Tuesday, August 26, 2014

Wajarkah DAP Menamakan Adun Sekinchan Ng Suee Lim Sebagai MB Selangor?


DYMM Sultan Selangor telah mengambil langkah yang bijaksana dalam kemelut jawatan MB Selangor.

Baginda telah memperkenankan perletakan jawatan TS Khalid Ibrahim, tetapi menitahkan supaya MB berkenaan meneruskan tugasan sehingga perlantikan MB yang baru.

Menariknya, baginda telah menitahkan kepada PKR, DAP dan PAS mencalonkan lebih dari 2 nama, yang bermakna setiap parti mesti menamakan sekurang-kurangnya 3 nama.

Baca kenyataan akhbar pihak Istana di bawah:-


Jika diamati perenggan terakhir kenyataan akhbar di atas, ternyata arahan kepada semua parti dalam PR untuk menamakan sekurang-kurang 3 nama daripada parti masing-masing.

Ini bermakna, DAP turut berpeluang menamakan calon dari kalangan Adun parti berkenaan untuk jawatan berkenaan. Soal pencalonan yang bercanggah dengan kelaziman dan tidak selari dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor adalah perkara lain.

Setidak-tidaknya, DAP boleh mencalonkan Adun Sekinchan yang fasih berbahasa Jawa, Ng Suee Lim sebagai MB Selangor.

Apa salahnya mencuba?

Pukul 12.00 UMNO Isytihar Parti Islam, 12.01 PAS Bubar Untuk Sertai UMNO...... Tapi 12.05 Parasit Akan Tubuh Parti Baru


Hakikatnya bagi majoriti rakyat Selangor, khususnya dikalangan Melayu/Islam untuk melihat perdamaian dan kerjasama UMNO - PAS. Namun begitu diakui bahawa untuk merealisasikannya adalah amat sukar.

Dua minggu lepas, ketika berbual dengan seorang sahabat yang juga merupakan aktivis PAS di utara Selangor, beliau mengulangi ikrar Mursyidul Am PAS, "Kalau pukul 12.000 UMNO isytihar sebagai parti Islam yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah, pukul 12.01 PAS akan akan bubar dan sertai UMNO".

Saya terus memintas hujah sahabat berkenaan dengan menambah, "Kalau pukul 12.000 UMNO isytihar sebagai parti Islam yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah, pukul 12.01 PAS akan akan bubar dan sertai UMNO. Tapi 12.05 minit akan tertubuh parti baru yang menggunakan nama Islam untuk menentang UMNO!".

Alasan yang saya berikan adalah kerana pendapat Nik Aziz sudah tidak laku, memandangkan dalam PAS kini, telah dikuasai oleh anasir-anasir yang tidak menghormati ulamak.

Dalam krisis dalaman PKR berhubung jawatan MB Selangor misalnya, Adun Hulu Klang Saari Sungib dan Adun Morib Hasnul Baharuddin terang-terang melanggari keputusan Majlis Syura Ulamak PAS.

Mengapa semangat menghormati ulamak tidak lagi wujud dalam PAS? Jawapannya boleh dibaca SINI.

Monday, August 25, 2014

Saari Sungib Bakal Menteri Besar Selangor?


Apabila mesyuarat khas AJK PAS Pusat hari ini membuat ketetapan untuk menyerahkan kepada perkenan dan kebijaksanaan Sultan Selangor dalam menentukan individu yang bakal menggantikan TS Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar, maka Adun Hulu Klang Saari Sungib sudah boleh memasang angan-angan untuk dilantik kejawatan berkenaan.

Antara faktor yang meletakkan Saari Sungib dalam keadaan paling sesuai untuk dilantik sebagai MB Selangor ialah beliau merupakan salah seorang dari kalangan Adun PAS yang terawal untuk memihak kepada keputusan PKR untuk melucutkan Khalid dari jawatannya,

Mengambil kira setiakawan Saari yang begitu kuat terhadap PKR dan DAP, hingga sanggup membelakangkan keputusan Majlis Syurah Ulamak PAS maka tidak sukar baginya untuk mendapatkan kepercayaan majoriti Dewan Undangan Negeri Selangor.

Tentunya amat sukar bagi PAS untuk menolak Saari, tambahan pula beliau belum lagi dikenakan tindakan tata tertib oleh Majlis Syurah Ulamak yang merupakan lembaga tertinggi yang mengatasi Lembaga Disiplin PAS.

Jika merujuk kepada kepada krisis-krisis MB Selangor yang terdahulu, seperti undi tidak percaya kepada Dato' Harun Idris dan penunduran sukarela TS Abu Hasan Omar, kedua-dua mereka telah digantikan oleh Adun dari berketurunan Jawa.

Harun telah diganti oleh Dato' Hormat Rafie sementara Dr Mohd Khir Toyo mengambilalih tempat Abu Hasan yang kebetulan kedua-dua mereka berketurunan Jawa.

Kalau perkara itu diteladani, maka tidak hairanlah Saari boleh tersenyum dan mengangkat jari jempul sambil memasang angan-angan agar dirinya diperkenankan!

Thursday, June 5, 2014

Sempena Ramadhan - Hasan Malek Tebus Dosa?


DS Hasan Malek belum pun menafikan wujudnya pengecualian faedah terhadap baki pinjaman RM32 juta dari Bank Rakyat kepada seorang individu yang dikatakan sebagai 'saudagar karpet'.

Perkara ini didedahkan oleh bekas Pengerusi Bank Rakyat, TS Sabaruddin Chik pada May lalu. Sabaruddin selanjutnya menjelaskan wujudnya campurtangan dari menteri yang membolehkan baki pinjaman berkenaan (yang asalnya RM40 juta), dibayar melalui 120 keping 'post-dated cheque' untuk tempoh 10 tahun.

Oleh kerana tiada penafian dari Malek berhubung dari pengucualian faedah terhadap baki pinjaman berkenaan, apabila Bank Rakyat melancarkan Skim Pinjaman Bazar Ramadhan 2014 dengan peruntukan dana RM45 juta, maka timbullah andaian Malek cuba menebus dosa sempena Ramdhan.

Skim yang dilancar oleh Perdana Menteri hari ini adalah berbentuk kredit mikro tanpa faedah, dengan pinjaman maksimum RM3,000 kepada peniaga-peniaga bazar Ramadhan seluruh negara.

Sementara kaedah pembayaran ialah 50% daripada jumlah pinjaman mesti dilangsaikan sebelum berakhir bulan Syawal dan baki selanjutnya mesti dibayar sebulan selepas Syawal.

Secara perbandingan, pinjaman RM45 juta mesti dilangsaikan dalam tempoh 2 bulan, tetapi pinjaman RM32 juta dapat keistimewaan penangguhan hingga 120 bulan.

Adilkah?

Wednesday, April 9, 2014

Calon Ketua AMK Dianggap 'Ngok' Oleh Exco DAP


Timbalan Speaker DUN Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad akan bertanding untuk jawatan Ketua AMK dalam pemilihan PKR akan datang.

Dalam sidang DUN Selangor hari ini, Nik Nazmi telah berselisih pendapat dengan bekas Speaker yang kini adalah Exco Kerajaan Selangor, Dato' Teng Chang Khim.

Selaras dengan dasar kiasu DAP, Teng ternyata terlalu berpegang pada prinsip bahawa dirinya sahajalah yang betul, manakala yang lain termasuk PKR adalah 'ngok' belaka, seperti dilaporkan oleh Malaysiakini di bawah:-
Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Datuk Teng Chang khim hari ini dilihat cuba 'mengajar' Timbalan Speaker Nik Nazmi Nik Ahmad tentang peraturan tetap dewan. 
Ia berlaku ketika Teng diminta membenarkan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor Azmin Ali meneruskan hujah mengenai penstrukturan air negeri bawah Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA).
Teng, kini exco, yang pada mulanya mencelah bertegas untuk meneruskan penjelasannya namun ditegur dengan tegas Nik Nazmi.
Beliau berkata, berpegang pada peraturan tetap, penjelasan perlu dibuat bagi mengelakkan kekeliruan.
"Penjelasan tafsiran perlu supaya kita tidak keliru, kalau tidak kita akan membahas pada asas undang-undang itu sahaja...," katanya sambil membaca peraturan tetap.
ADUN Sungai Pinang itu kemudian membaca peraturan tetap untuk mendapatkan ruang bagaimanapun tetap ditolak Nik Nazmi.
"Ya, saya faham Sungai Pinang (Teng), Sungai Pinang pun pernah menjadi speaker dan sekarang saya jadi speaker dalam sidang ini.
"Kalau ikutkan peraturan tetap, tafsiran saya sebagai speaker adalah tafsiran akhir dalam sebarang rujukan.
“Saya faham, sekarang saya sebagai speaker minta Sungai Pinang tolong duduk," kata Nik Nazmi.
Teng terus membaca peraturan tetap namun sekali lagi Nik Nazmi meminta beliau supaya duduk.

Era Pentadbiran Nik Aziz Sebagai MB, Paling Mudah Penyamun Tarbus Larikan Hasil Mahsul Negeri Kelantan


Tidak dapat disangsikan bahawa pentadbiran TG Nik Aziz ketika menjadi MB Kelantan cuba dipotretkan sebagai yang terbaik di Kelantan oleh pemimpin dan penyokong PAS.

Dengan gelaran ulamak, maka dengan sendirinya menjadi mudah bagi mereka untuk melihat luaran bahawa Nik Aziz adalah yang terbaik, walhal hakikatnya beliau adalah lemah dan mudah dipedaya oleh penyamun-penyamun tarbus di Kelantan.

Jika memandang dari segi niat, pentadbiran Nik Aziz dilihat begitu berhasrat melihat Yayasan Kelantan Darul Naim (YAKIN) dapat menjana sumber bagi menaja anak-anak negeri Kelantan melanjutkan pelajaran, apabila menghadiahkan kawasan perlombongan manganese kepada pertubuhan berkenaan.

Akan tetapi atas kejahilan Nik Aziz dalam hal-ehwal pentadbiran, maka telah berlaku ketirisan dalam hasil negeri, apabila sebahagian darinya telah dilarikan oleh penyamun-penyamun tarbus di negeri berkenaan.

Dalam Laporan Ketua Audit Negara 2013, penemuan audit mendapati bahawa bayaran tribute yang diterima oleh YAKIN tidak mengikut kuantiti manganese yang dilombong. Jabatan Audit Negara gagal mendapatkan rekod perlombongan, hingga terpaksa membuka stastik jumlah eksport bagi mendapatkan anggaran kuantiti pengeluaran lombong berkenaan.

Malah pihak audit juga mendapati 2 tapak lombong tidak mempunyai mesin penimbang meskipun bertahun-tahun telah beroperasi di tapak berkenaan.

Tindakan ini bagai disengajakan, bagi memberi ruang yang besar untuk hasil mahsul Kelantan diangkut keluar dari negeri berkenaan.

Nik Aziz Hanya Menangis Minta Maaf Kepada Rakyat Kelantan Tetapi Tetap Tidak Betulkan Keadaan .Munafik!

Jadi, tidak hairanlah Nik Aziz menangis dihadapan Anwar Ibrahim mengakui kesilapan-kesilapan sebagai MB Kelantan hujung bulan Mac yang lalu.

Anda boleh periksa sendiri Laporan Ketua Audit Negara mengenai Kelantan di SINI.

Tuesday, April 8, 2014

Banglo Exco Yang Pernah Seorang Ahli PKR Ditemui Separuh Bogel Dan Tidak Sedar Diri Ditegur oleh Ketua Audit Negara


Di atas ialah sebahagian dari unit-unit banglo di Kompleks Perumahan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Seksyen 7, Shah Alam.

Kompleks perumahan berkenaan telah siap dibina dan diduduki oleh anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional. Namun selepas PR mengambilalih pemerintahan, mereka dengan angkuh tidak mahu anggota exco kerajaan PR menduduki di kompleks perumahan berkenaan.

Sebaliknya, kompleks perumahan berkenaan telah dijadikan pusat perkaderan PKR, hinggalah tercetusnya kegemparan apabila seorang pemimpin masyarakat dan pemimpin cawangan PKR ditemui dalam keadaan separuh bogel dan tidak sedar diri, dipercayai terjatuh dari tingkat satu, salah sebuah unit banglo di dalam kompleks perumahan berkenaan. [Laporan baca SINI].

Malahan ada cakap-cakap yang mengatakan ia berpunca dengan pengaruh bahan yang memabukkan.

Berbalik kepada isu kompleks perumahan berkenaan, tindakan dangkal oleh kerajaan PR Selangor yang enggan menduduki di unit-unit banglo berkenaan, akhirnya ditegur oleh Ketua Audit Negara melalui Laporan KAN 2013.

Penemuan audit yang dibangkitkan oleh laporan berkenaan ialah Kerajaan Selangor tidak mendapat 'value for money', ekoran kegagalan memanfaatkan kompleks yang diwarisi dari Kerajaan BN sebelumnya.

Laporan itu turut mendedah sejumlah RM6.24 juta dibelanjakan oleh kerajaan PR sepanjang 5 tahun pertama pemerintahan mereka, yang akhirnya menyaksikan hasilnya hanyalah penemuan seoarang aktivis PKR ditemui pengsan dan separuh bogel terjatuh dari tingkat satu banglo di kompleks berkenaan!

Laporan KAN 2013 boleh dibaca SINI.