Monday, July 8, 2013
Khalid Ibrahim Dah Serik - Tobat Tak Mahu Guna Slogan Sial Anwar 'Ini Kalilah'
Khalid Ibrahim sudah tobat dan tak mahu guna slogan sial Anwar Ibrahim 'Ini Kalilah'.
Kalau terus guna slogan berkenaan, maka musuhnya akan serang. Ada orang kata, sebutan tersebut mirip bermaksud 'Akulah Allah'.
Untuk kempen kontijen Selangor ke SUKMA XVI yang negeri berkenaan jadi juara, Khalid Ibrahim guna slogan 'Kali Inilah'.
Akhirnya, Khalid telah buktikan slogan Anwar itu memang ada 'kesialan'nya.
Dengan slogan yang tiada kena mengena dengan Anwar itu, kontijen Selangor telah jadi juara dengan mengumpul 23 emas, 17 perak dan 30 gangsa, selepas 6 tahun mencuba.
PAS Pilih Politik Akhir Zaman - Bantuan Karpal Singh Kuatkan Islam
Kerjasama antara PAS dengan DAP diharuskan melalui doktrin 'Tahaluf Siyasi'.
Istilah 'Tahaluf Siyasi' didefinasikan sebagai kerjasama gerakan Islam dengan gerakan yang tidak bermatlamatkan Islam, dalam menghadapi musuh yang sama.
Doktrin 'Tahalauf Siyasi' menurut perspektif PAS kelihatan terlalu eksterim, apabila mengharuskan pula kerjasama dengan gerakan yang pernah atau berpotensi untuk menentang ideologi Islam. Contohnya, ialah kerjasama dengan DAP, apatah pula persahabatan intim yang dipupuk antara Pengerusi DAP Karpal Singh dan Mursyidul Am PAS TG Nik Aziz Nik Mat.
Meskipun terdapat 2 pandangan berkenaan hukum 'Tahaluf Siyasi' iaitu yang menghukumkan haram dan harus, PAS mengambil pendirian bahawa hukumnya adalah harus [Baca SINI], hanya kerana disandarkan kepada musuh politik yang sama, iaitu UMNO.
Karpal sebelum ini dengan tegas dan secara terus terang memberi amaran 'langkah mayat'nya jika PAS hendak menegakkan negara Islam.
Terbaru, Karpal secara terang-terangan mendesak supaya Ahli Parlimen Pas dan PKR menyokong cadangannya untuk meminda Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan berhubung status agama kanak-kanak di bawah usia 18 tahun.
Baca kandungan Perkara 12 (3) & (4) Perlembagaan Persekutuan dibawah,
PAS dalam reaksi terhadap desakan Karpal, telah membuat kenyataan melalui Timbalan Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan menyifatkan tindakan Karpal memberi kata dua itu adalah bertentangan dengan konsep perkongsian di antara ketiga-tiga parti itu dalam pakatan pembangkang. [Baca Utusan](3) Tiada seorang pun boleh dikehendaki menerima ajaran sesuatu agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau upacara sembahyang sesuatu agama, selainagamanya sendiri.(4) Bagi maksud Fasal (3) agama seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapanya atau penjaganya.
Sesungguhnya ini adalah kesilapan PAS, apabila memilih 'Tahaluf Siyasi' sebagai harus dan bukanya haram!
Barangkali ini adalah corak politik akhir zaman amalan PAS yang percaya kononnya musuh Islam boleh membantu menguatkan Islam.
Friday, July 5, 2013
Muhyiddin Tewas?
Sekilas pandang TS Muhyiddin Yassin telah tewas untuk pusingan pertama.
Soalnya, apakah Muhyiddin benar-benar tewas?
Menurut laporan Utusan hari ini, Muhyiddin mengumumkan penarikan balik Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2013 untuk kelulusan parlimen.
Apakah ini bermakna bahawa Kerajaan tunduk kepada tekanan dalaman dari MCA? [Baca SINI].
Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom berkata RUU tersebut adalah bertujuan menambahbaik dan memperkemas terhadap Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 agar selari dengan kehendak semasa.
Justeru ini bermakna, meskipun zahirnya Muhyiddin 'tewas' dengan penarikan balik RUU tersebut namun Seksyen 107 (b) RUU berkenaan berhubung dengan pemelukan agama Islam oleh minor (dibawah umur) yang ditentang kuat oleh MCA dan DAP, tetap berkuatkuasa melalui Seksyen 95 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 yang sedia ada.
Wednesday, July 3, 2013
MCA Sertai DAP Isytihar Tidak Akan Sokong Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013 Di Parlimen
MCA secara rasminya mengumumkan akan menentang whip parti (BN) di parlimen.
Baca petikan laman web MCA di bawah.
Walau bagaimana pun, janganlah kita lupa bahawa dalam sirah telah riwayatkan bahawa Saidina Ali bin Abi Talib merupakan kanak-kanak pertama memeluk Islam.
Apa pula pendapat PAS?
Baca petikan laman web MCA di bawah.
Ini bermakna MCA telah menyertai grup yang menentang Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013.
2 isu yang dibangkitkan ialah Seksyen 107 (b) berhubung dengan pemelukan agama Islam oleh minor (dibawah umur) dan Seksyen 51(3) (x) dan (xi) berhubung kuasa memutuskan agama (Islam) seseorang oleh Mahkamah Syariah.
Hakikatnya, Seksyen 107(b) sememangnya telah menjadi undang-undang melalui Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 yang dibaca seperti berikut:
Seksyen 95. Keupayaan masuk Islam. Bagi maksud Bahagian ini, seseorang yang tidak beragama Islam boleh masuk Islam jika dia sempurna akal dan---
(a) mencapai umur lapan belas tahun; atau
(b) jika dia belum mencapai umur lapan belas tahun, ibu atau bapa atau penjaganya mengizinkan kemasukannya.Sementara itu, Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim dalam kenyataan yang dilapor oleh Antara Pos menyebut bahawa Islam membenarkan penukaran agama kanak-kanak hanya jika ia dibuat oleh ibu kanak-kanak itu.
Walau bagaimana pun, janganlah kita lupa bahawa dalam sirah telah riwayatkan bahawa Saidina Ali bin Abi Talib merupakan kanak-kanak pertama memeluk Islam.
Apa pula pendapat PAS?
Tuesday, July 2, 2013
Video Pergaduhan Lelaki Melayu & India Di Tepi Jalan Tersebar
Jelas kelihatan rakaman aksi di atas bagai pergaduhan antara lelaki Melayu dengan lelaki India.
Anda saksikan sendiri disebalik aksi berkenaan dalam video di bawah.
Monday, July 1, 2013
Ketua Pembangkang Selangor Shamsudin Lias Tak Sudi Dijadikan Bahan Tukaran Dengan Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang DUN Selangor Dato' Mohd Shamsudin Mohd Lias menolak tawaran sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) Selangor.
Penolakan tersebut dibuat oleh Shamsudin kerana tawaran tersebut adalah dengan syarat Ketua Pembangkang Parlimen turut dilantik untuk jawatan tersebut diperingkat persekutuan.
Sunday, June 30, 2013
Lim Guan Eng Bimbang Bila Terhidu Kemungkinan Kerajaan Campuran BN-PAS
DAP mencadangkan agar PAS memboikot pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut di Terengganu sebagai tanda protes dakwaan wujudnya 'taktik kotor' yang digunakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), lapor mStar yang memetik kenyataan Setia Usaha Agung DAP Lim Guan Eng di Kulai Jaya.
Mengambil kira kedudukan kerusi 17-15 di DUN Terengganu yang memihak kepada BN mengatasi PAS, tentunya PRK di Kuala Besut akan membawa kedudukan 16-16, jika ditakdirkan PAS memenangi PRK tersebut.
Hal ini tentunya memberi tekanan kepada DAP dan PKR serta pada masa yang sama jika hal ini berlaku, tentunya kerajaan campuran BN-PAS di Terengganu tidak dapat dielakkan.
Ditambah pula pula dengan kesederhanaan dikalangan para pemimpin PAS Terengganu, kekhuatiran dengan automatik terbit di sudut hati Guan Eng.
Teori ini tidak mudah ditolak jika kalangan rakyat Terengganu nekad memerangkap para pemimpin UMNO dan PAS untuk bekerjasama demi kepentingan ummmah.
Sesungguhnya, ini yang amat dikhuatiri oleh Guan Eng hingga sanggup mencadangkan kemenangan walkover kepada BN.
Subscribe to:
Posts (Atom)








