Wednesday, February 27, 2013

Hadi Awang Awang & Nik Aziz Tak Tidur Malam Bila Dimalukan Di Majlis Pelancaran Manifesto Pakatan Rakyat


Riak wajah Hadi Awang dan Nik Aziz di atas sudah cukup untuk membayangkan kekecewaan mereka.


Dari petikan manifesto Pakatan Rakyat di atas, kedudukan Islam sekadar diterima sebagai agama persekutuan, malah tiada huraian selanjut berhubung dalam mendirikan kerajaan yang mendaulatkan syariat Allah.

Ini berbeza dengan kenyataan Hadi semasa Seminar Manifesto PRU 13  PAS Terengganu,
 “Kita (ahli PAS) perlu faham tiga konsep ‘Negara Berkebajikan’. Pertama, mengabdikan diri kepada Allah SWT. Kedua, ekonomi yang mencukupi dan ketiga, keamanan dalam negara dan luar negara.  
 “Ini tiga konsep yang penting bila kita (PAS) hendak tegakkan negara. Barang kali kita tidak sedar kerja kita untuk menang pilihan raya, untuk mendirikan sebuah kerajaan yang mendaulatkan syariat Allah. Hukum Islam yang adil adalah nombor satu yang disenaraikan oleh Allah SWT pada hari kiamat kelak”
Jika demikian jadinya, bagaimana agak Hadi dan Nik Aziz akan berdepan dengan Allah s.w.t kelak?

Mungkin dalam hati mereka berkata, "Lebih baik PAS kalah, daripada malu berdepan dengan Allah".

Ohhhh TidaaaK..... Lagi Kes Liwat 4 Pelajar Sekolah Menengah Libatkan VIP

KUALA LUMPUR: Seorang pengurus besar sebuah syarikat GLC ditahan kerana dipercayai meliwat empat pelajar sebuah sekolah menengah, minggu lalu.

Suspek yang berusia 40-an dan sudah berkahwin itu ditahan di Lumut, Perak susulan dari laporan polis yang dibuat pada 8 Februari lalu oleh ibu salah seorang dari mangsa. [Berita Harian]

Khalid Ibrahim Nekad Dengan Agenda Penyisihan Orang Melayu Dari Kawasan Dato' Keramat


Lantaran serangan dan bantahan bertali arus ke atas projek Datum Jelatek, MB Selangor TS Khalid Ibrahim tampil dengan kenyataan bahawa projek tersebut akan melonjakkan nilai hartanah di kawasan Dato' Keramat kepada RM500 juta.

Menurut laporan portal Media Selangorku,

 Pembangunan Projek Datum Jelatek di Keramat oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan melonjakkan pemilikan nilai hartanah masyarakat Bumiputera melebihi RM500 juta. 
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sebelum ini nilai pemilikan masyarakat Bumiputera di kawasan itu hanya sekitar RM20 juta. 
“Apa yang dilakukan oleh PKNS ialah membelinya dengan 15 kali ganda daripada harga asal iaitu berjumlah RM300,000. 
“Jadi masyarakat Bumiputera yang memiliki hartanah tersebut sudah memiliki nilai hartanah yang meningkat sebanyak 15 kali ganda. 
“Ini tidak tergambar jika kita tidak membuat pembaharuan dalam pembangunan tersebut,” kata Abdul Khalid

Kenyataan Khalid tersebut dengan sendirinya memperlihatkan agenda halus penyisihan orang Melayu dari kawasan Dato' Keramat dengan menjadikan faktor RM sebagai jalan keluar untuk agenda tersebut.

Tentunya, ini berlawanan sama sekali dengan manifesto Pakatan Rakyat untuk PRU13, malah ia kini telah menjadi bahan jenaka, apabila kononnya akan menjadikan kawasan elit di Damansara sebagai kawasan perumahan mampu milik di masa depan. [Klik SINI]

Dalam pada itu, baca ulasan menarik terhadap manifesto perumahan Pakatan Rakyat di blog bekas MB Selangor Dr Mohamad Khir Toyo, klik SINI.

Disaat Anwar Ibrahim Masih Ngajor Di Sekolah Prebet, Dr Mahathir Dah Mula Rancang Tubuh Universiti Islam


Penubuhan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bukan dari idea Anwar Ibrahim.

Itulah kenyataan yang diberikan oleh Dato' Dr Ismail Ibrahim bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi dan juga lebih dikenali sebagai bekas Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Menurut Ismail, idea penubuhan UIAM bermula dari satu persidangan di Universiti King Abdul Aziz, Mekah pada tahun 1977 yang turut dihadiri oleh Tun Dr Mahathir (Menteri Pelajaran ketika itu) telah mendorong kepada penubuhan sebuah universiti Islam di Malaysia.

Pembentang kertas kerja oleh Prof Syed Naquib Al-Attas di persidangan tersebut telah menarik perhatian Dr Mahathir.

Akhirnya apabila Dr Mahathir menjadi PM, beliau telah mengambil inisiatif dalam menubuhkan universiti berkenaan, melalui filosofi yang dirangka oleh Prof Kamal Hasan. Dr Mahathir turut terlibat dengan membuat beberapa penambahan dalam filosofi yang dicadangkan oleh Kamal Hasan.

Ini bermakna bahawa ketika Anwar masih lagi mengajar di sekolah swasta Yayasan Anda Akademik, Dr Mahathir telah pun memikirkan untuk menubuhkan UIAM.

Namun akhirnya, Anwar telah menodai UIAM dengan menyusun strategi politik peribadinya apabila menjadi Presiden UIAM.

Dengarkan kenyataan penuh Ismail dalam video di bawah.

Tuesday, February 26, 2013

Arahan Terbaru Anwar Ibrahim - Jangan Toleh Belakang


Manifesto Pakatan Rakyat telah pun dilancarkan dengan tajuk 'Manisfesto Harapan Rakyat'.

Menariknya manifesto ini ialah dimulakan dengan sepucuk surat yang berbentuk futuristik  yang bertarikh 14 September 2023.


Perenggan pertama dalam warkah impian sudah cukup untuk kita ketawa.

Bukan mempersendakan pembinaan kawasan elit Damansara bakal dibina dengan rumah mampu milik, tetapi kita harus berpegang kepada realiti track record pentadbiran di negeri-negeri pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Dengan Kelantan yang telah lebih 20 tahun dibawah pemerintahan PAS, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah telah masuk ke fasa terakhir 5 tahun pemerintahan Pakatan Rakyat, apakah langkah-langkah merealisaikan impian futuristik ini telah bermula?

Saya tidak arif untuk tentang apa yang yang berlaku di negeri-negeri lain, namun apa yang terhidang di depan mata di Selangor sudah cukup untuk saya meragui manifesto Pakatan Harapan Rakyat.

Apa yang berlaku di Selangor, bukannya pembinaan rumah mampu milik di bina di kawasan elit, sebaliknya kawasan perumahan rakyat marhaen diroboh untuk memberi laluan kepada perumahan mewah. Contohnya Datum Jelatek,di kawasan Dato' Keramat [Baca SINI].

Bukan itu sahaja, ia turut berlaku di Pelabuhan Klang bila kawasan perumahan yang dizonkan untuk Perumahan Awam Kos Rendah telah dipinda pelan pembangunannya kepada perumahan mewah [Baca SINI].

Pada saya, Anwar Ibrahim umpama tokong kepada pengikut-pengikutnya dengan menerapkan konsep 'pandang ke depan dan jangan toleh belakang'. 'Belakang' sudah jadi milik eksklusif bagi Anwar.

Namun, saya tetap memilih untuk menoleh ke belakang 5 tahun pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor. Cukuplah, jangan berikan harapan untuk 5 tahun akan datang kepada mereka.

Monday, February 25, 2013

Ahli PAS Rakam Penerima BR1M Pasir Puteh Dipaksa Angkat Sumpah Sokong BN?


Logikkah penerima-penerima BR1M menerima agihan bantuan diwaktu malam?

Tetapi itulah yang maklumat yang disebarkan oleh Harakahdaily yang melaporkan berita tanpa punya kredibiliti.

Video di bawah didakwa sebagai majlis angkat sumpah berkenaan yang didakwa berlansung di Kg Temila, Pasir Puteh, Kelantan.


Perlu diingat BR1M adalah agihan bantuan oleh kerajaan persekutuan dan mesti terikat dengan prosedur yang ditetapkan. Apatah pula ia melibatkan pihak bank yang menyediakan wang tunai dan pasti mereka tidak akan mengambil risiko dengan mengabaikan aspek keselematan untuk tujuan pengagihan.

Hakikatnya, PAS telah ketakutan bila penduduk-penduduk kampung telah berikrar untuk mengundi BN, meskipun ia tiada kena mengena dengan penerimaan BR1M.