Wednesday, January 30, 2013

Macam Tak Caya Pulak Bila Anwar Ibrahim Memperakui Daftar Pemilih SPR Kini Bersih


“Sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih tidak mengumumkan pembubaran parlimen, Kerajaan Negeri bercadang untuk bubarkan DUN dengan lebih awal, iaitu selepas Chap Goh Mei,” - Khalid Ibrahim

Tentunya kenyataan MB Selangor di atas merupakan arahan dari Ketua Umum PKR DS Anwar Ibrahim.

Dengan kenyataan tersebut, dengan sendirinya merupakan perakuan terhadap Daftar Pemilih SPR adalah benar-benar bersih oleh Khalid dan Anwar.

Tahniah kepada SPR!

Dengar kenyataan awal berhubung amaran Anwar terhadap SPR pada 18 April 2012 dalam video dibawah:-

Isu RCI Sabah - Tiada Lagi Kontrak RM6.8 Juta Sejak 2006 Dorong Nasir Sungip Sabitkan SPR?


Mohd Nasir Sungip merupakan salah seorang pemberi keterangan dalam isu RCI Sabah.

Beliau mendedahkan kepada RCI dengan dakwaan bahawa dirinya adalah dibawah arahan SPR Negeri Sabah.

Blog GAP telah mempertikaikan dakwaan Nasir, dengan alasan bahawa dari keterangan-keterangan kepada RCI, mereka yang berada dalam JPN Sabah ketika itu mendapat laba dari operasi tersebut. [Baca seterusnya klik SINI]

Seperkara lagi yang perlu diimbas kembali, dalam tempoh tersebut telah berlaku proses penukaran I.C biru kepada I.C bermutu tinggi (KPBT). Jadi, kesempatan inilah yang diambil oleh mereka yang terlibat dalam pemberian I.C biru kepada pendatang asing.

Berbalik kepada Mohd Nasir Sungip, dari semakan yang dibuat didapati bahawa beliau pernah mendapat kontrak bekalan bernilai RM6.8juta dengan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sumber - klik SINI
Apakah itu kontrak terakhirnya dengan kerajaan, lantas mendorong beliau sengaja mencetuskan keraguan terhadap SPR?

Tuesday, January 29, 2013

Akhirnya, Bukan Salah Khir Toyo & Kerajaan BN Selangor Sebelum PRU12

Foto - TMI
Sebelum ini dari Anwar Ibrahim bawa ke Khalid Ibrahim, Ronnie Liu dan hinggalah ke peringkat bawahan bermatian-matian menyalahkan Kerajaan BN Selangor sebelum PRU12 yang bertanggungjawab meluluskan projek kondo 29-tingkat di Batu Caves.

Anwar memberitahu komuniti dari kaum India yang kerajaan PR Selangor tidak mahu mengambil risiko tindakan undang-undang dari pemaju, jika projek tersebut dibatalkan.

Sementara Khalid Ibrahim pula bertindak menubuhkan badan bebas yang bertujuan mengkaji projek berkenaan, malah kononnya berjanji akan mendedahkan pihak yang memberi kelulusan.

Namun setelah badan bebas bersidang, tidak pula diumumkan pihak mana yang memberi kelulusan projek. Sebaliknya, sekadar diumumkan oleh Khalid bahawa projek berkenaan dibatalkan.

Malahan, dalam kenyataan terbaru MB Selangor itu dan Exco Kerajaan Dr J. Xavier memaklumkan pemaju telah tidak mematuhi syarat kelulusan. Ini bermakna, jika pun Kerajaan diketuai oleh Dr Khir Toyo sebelum ini, telah meluluskan projek berkenaan, syarat-syarat ketat telah pun diberikan terlebih dahulu.

Adalah jelas bahawa kenyataan-kenyataan awal Anwar hinggalah ke peringkat juak-juaknya adalah pembohongan yang sengaja hendak mencalar imej BN.

Seorang Ahli Parlimen PKR Bersenget Hati Dengan ADUN PKR, Gara-Gara Berebut Kerusi


Mungkin hanya bersandiwara, atau mungkin betul-betul mereka saling mencatas berebut kerusi.

Hakikatnya, itulah gelagat MP Kapar S. Manikavasagam a.k.a Mike dan ADUN Seri Andalas Dr Xavier Jayakumar.

Terbaru, Mike mengeluarkan kenyataan sebagai, "Mungkin Xavier berminat bertanding di Kapar".

Anwar Kian Terdesak - Pertahan Melayu & Bumiputera Dimasukkan Dalam Risalah PKR


Anwar kini telah merasa bahang penolakan terhadap PKR oleh rakyat menjelang PRU13.

Semalam, rumah saya telah dikunjungi oleh 2 orang pembanci PKR yang bertujuan untuk mendapatkan maklum balas kecenderungan pengundi terhadap Pakatan Rakyat. Oleh kerana, Khalid Ibrahim sememangnya terlalu yakin, maka jalan terbaik ialah menambahkan keyakinan Khalid hingga ke tahap melampau.


Kalau rating dah mencecah 65%, Khalid tidak perlu lagi bekerja keras untuk membuat tinjauan. Lebih baik duduk rumah dan tidur.

Hakikatnya, baik Khalid mahu pun Anwar, mula khuatir dengan sokongan Melayu.

2 orang pembanci PKR tersebut, telah meninggalkan untuk saya satu risalah berkenaan pembelaan Melayu dan Bumiputera oleh Pakatan Rakyat, setelah selesai sessi temu bual.

Oleh kerana saya punya urusan di luar daerah, maka saya tidak sempat untuk membaca risalah berkenaan.

Sekembalinya saya dari luar daerah disebelah malam, saya mencari risalah berkenaan untuk membaca intipati gelembong Khalid dan Anwar. Namun usaha saya gagal. Bila bertanya kepada anak saya, dia hanya menjawab makcik (kakak saya) telah buang ke tong sampah.

Pasti PKR telah menyedari kelemahan mereka, lantas mereka ingin turut dikenali sebagai memperjuangkan Melayu dan Bumiputera. Walau apa pun yang akan mereka lakukan, hakikatnya UMNO lebih istiqamah dalam perjuangan bangsa dan agama, berbanding mereka.

Monday, January 28, 2013

Anwar, Kit Siang & Hadi Awang Sepakat Bahawa Logo Pakatan Rakyat Paling Tidak Punya Nilai Komersil Sebagai Simbol Parti Dalam PRU


Parlimen akan terbubar secara automatik pada 28 April 2013. Melainkan PM mengambil keputusan untuk membubar parlimen lebih awal dari itu, maka PRU13 akan berlansung lebih awal dari itu.

Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PAS, DAP dan PKR sering mendabik dada kononnya punya sokongan kuat dari rakyat. Namun, setelah mereka berkongsi kuasa di Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang, mereka gagal untuk bersepakat menggunakan logo (imej di atas) sebagai simbol parti gabungan mereka.

Nampaknya, meskipun telah hampir 5 tahun tertubuhnya kerajaan Paka Rakyat di 4 negeri, simbol parti di atas telah gagal dijadikan sebagai simbol yang diyakini oleh para pengundi Malaysia.

Maknanya, simbol parti tersebut tidak mempunyai nilai komersil sama sekali. Malah Pakatan Rakyat hingga hari ini gagal didaftarkan sebagai parti untuk bertanding dalam PRU.

Nik Aziz & Karpal Singh Berbaiah Untuk Saling Mengundi Untuk PAS & DAP?


Nik Aziz telah mengunjungi Karpal Singh di Pulau Pinang.

Karpal telah meraikan sambutan hari jadi Nik Aziz.


Mungkin juga mereka memperbaharui berbaiah untuk saling mengundi untuk DAP dan PAS dalam PRU13.

Apakah impian PAS untuk menubuhkan negara Islam akan terlaksana andai Pakatan Rakyat dapat menawan Putra Jaya?