Tuesday, December 18, 2012

DAP Dapat Rezeki Terpijak Bila Nik Aziz & Husam Bagi Projek Pada Tengku Wong


Semalam blog Pisau.Net mendedahkan perihal pemimpin DAP Perak Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming serta beberapa orang lagi telah memperolehi 10,526 ekar tanah di Kelantan. [Rujuk butiran di SINI]

Bila membaca butiran yang didedahkan oleh blog berkenaan, perolehan tersebut adalah melalui pengambilalihan Upayapadu Plantations (M) Sdn Bhd.

Melalui semakan, pemilikan asal Upayapadu adalah dibawah Datuk Seri Wong Yeon Chai. Rujuk kepada keratan The Star (4/5/2006) berhubung pemilikan Upayapadu dan penganugerahan pajakan 50 tahun keatas tanah berkaitan.


Siapa sebenarnya Wong Yeon Chai? Menurut laporan Utusan (26/4/2001), beliau turut dikenali sebagai Tengku Wong. 


Pada tahun 1992, Wong telah mencetuskan kontroversi dalam industri pembalakan, apabila Menteri Perusahaan Utama Dr Lim Kheng Yaik mendakwanya sebagai membawa keluar hasil hutan secara haram. [Rujuk NST 20/12/1992]


Beliau sebenarnya telah disenaraihitamkan untuk kerja-kerja pembalakan di Pahang. Namun, Wong tidak berhenti setakat itu. 

Beliau telah menyaman Kerajaan Pahang dan ini telah dijadikan isu politikoleh pihak  pembangkang. Sepatutnya mereka turut sama mempertahankan tindakan MB Pahang sebaliknya mereka memperbesar-besarkan seolah-olah Pahang dan rakyatnya berhutang.

Blog Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim (4/9/2009) telah memperbesarkan kes saman Upayapadu milik Wong dan petikan adalah seperti di bawah;


Meskipun Wong mempunyai track record yang teruk, pelik apabila Kerajaan PAS Kelantan dibawah MB TG Nik Aziz begitu mudah meluluskan projek berkenaan. Dalam hal ini, mustahil Exco Kelantan Husam Musa tidak mengenali Wong, yang telah sememangnya menjadi individu yang penuh kontroversi sejak 1992.

Seperkara lagi, projek keatas tanah seluas 10,526 ekar tersebut mendapat pembiayaan dari Forest Plantations Development Sdn Bhd (FPD), iaitu anak syarikat Lembaga Industri Perkayuan Malaysia (MTIB) dengan jumlah pinjaman RM16.2 juta.

Daripada jumlah RM16.2 juta, sebanyak RM2.0 juta telah digunakan oleh Upayapadu melalui pengurusan lama.

Melalui surat yang didedah oleh Pisau.Net, pemilik baru Upayapadu yang diketuai oleh Ngeh telah memohon penyambungan pinjaman RM16.2 juta tersebut, keatas projek yang telah terbengkalai semenjak 2007.

Persoalannya, apakah FPD akan meluluskan utilisation keatas baki RM14.2 juta yang belum digunakan, kepada projek telah terbengkalai selama 5 tahun?

Kalau FPD meluluskan permohonan tersebut, bermakna DAP bakal menerima durian runtuh yang berupa dan RM14.2 juta pula disumbangkan oleh Kerajaan Persekutuan, disamping pajakan 50 tahun keatas tanah seluas 10,526 ekar dari Kerajaan Negeri Kelantan. Itu belum lagi RM24 juta dari saman keatas Kerajaan Pahang, yang didoakan kemenangannya oleh Anwar Ibrahim. 

Oh lumayan, lumayan!

Monday, December 17, 2012

Album Hadi Awang Dekad 80an - Macho Juga, Ada Iras-Iras Arwah Mokhtar Dahari

 Bila membelek album Hadi Awang pada dekad 80an, kelihatan agak macho juga. Kalau ditelek lama-lama, ada sedikit iras-iras legenda bola sepak negara arwah Mokhtar Dahari.

Kemunculan Hadi pada awal dekad 80an, agak agresif dan membawa gelombang baru samada dalam PAS sendiri, mahu pun politik negara.
Dalam pada itu, Mokhtar Dahari tetap dikenang sebagai legenda bola sepak negara.

Pada pertengahan 80an, saya sering bertembung dengan Mokhtar Dahari samada pada waktu minum pagi mahu pun makan tengahari di sekitar Leboh Ampang.

Pejabat arwah dengan pejabat saya bertugas tidak sampai 100 meter jaraknya.

Kalau Mokhtar Dahari masih hidup, usianya kini menghampiri 60 tahun dan tidak sehebat dulu.

Sementara itu, Hadi Awang kini berusia 65 tahun. Nyata Hadi Awang di usia muda amat berbeza dari segi pandangan politiknya yang kelihatan amat layu dan kaku.

Mari kita bongkar album Hadi pada usia 30an dalam video di bawah.

S.U Agung PAS Kena Ketulah? Hidapi Masalah Kelu Lidah Untuk Sebut Nama Anwar Sebagai PM


Ketika ditanya pendirian PAS berhubung siapa calon PM yang bakal dinamakan sebagai persediaan kempen PRU13, secara tiba-tiba Setia Usaha Agung PAS seolah-olah dikelukan lidahnya.

Ternyata sukar baginya untuk menyebut nama 'Anwar Ibrahim'.


Barangkali, beliau kena ketulah 'Amanat Hadi'? Sedangkan menentang UMNO pun dianggap jihad, apatah lagi kalau menentang PKR yang merupakan parti berbilang bangsa yang tidak menerapkan sama sekali peraturan Islam.

Sama-sama kita tunggu fatwa PAS; menolak Anwar adalah jihad. 

Anwar Di'badut'kan Di Tapah


Antara Pos melaporkan kenyataan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim bahawa beliau rela menjadi alat DAP ketika berucap dalam ceramah umum di Nibong Tebal kelmarin.

Sementara itu di Tapah, Anwar telah menampilkan dirinya sebagai 'badut' dan merelakan dirinya menjadi bahan tawa.


Dalam pada itu, ada lagi satu lagi video yang baru dimuat semalam di SINI.

Sunday, December 16, 2012

Gara-Gara Cuma Dapat 216 Undi, Calon CEC DAP Nekad Puji Najib Depan Para Wartawan


Kecewa dengan trend pemilihan para perwakilan, calon Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP Zulkifli Mohd Noor menyifatkan ahli-ahli DAP masih gagal menterjemahkan konsep 'Malaysia Malaysia' yang didokong oleh kepimpinan parti.

Anwar Ibrahim Sahkan Mansor Osman Bakal Digugurkan Sebagai TKM1 Pulau Pinang

Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mansor Othman telah disahkan tidak akan dilantik semula ke jawatan tersebut, andainya Pulau Pinang kekal dibawah Pakatan Rakyat pada PRU13 yang akan datang.

Keputusan itu telah diumumkan oleh Ketua Umum PKR DS Anwar Ibrahim dalam ceramah umum di Jawi, malam tadi.

Anwar dalam majlis berkenaan telah menamakan Mansor sebagai calon PKR untuk kawasan parlimen Nibong Tebal.

Dengan pengumuman tersebut, bermakna dengan sendiri Mansor bakal tergugur dalam jemaah pentadbiran Pulau Pinang, sekiranya mereka kembali memerintah negeri berkenaan.

Tokoh Melayu Terhangat Dalam DAP

Senator Dr Ariffin SM Omar telah diangkat sebagai 'Tokoh Melayu Terhangat Dalam DAP' apabila mendapat undi tertinggi dikalangan calon-calon Jawatakuasa Kerja Pusat (CEC) DAP.

Bentuk pemilhan dalam DAP, para perwakilan akan mengundi untuk memilih 20 orang CEC dan mereka yang terpilih dalam CEC akan membuat keputusan melantik Pengerusi DAP, Setia Usaha Agong dan lain-lain jawatan utama dalam parti.

Disamping itu, mereka juga akan memutuskan perlantikan 10 anggota tambahan CEC.

Dengan kedudukan teratas dikalangan calon-calon berbangsa Melayu, Ariffin telah dilantik sebagai Naib Pengerusi Kebangsaan DAP.

Perhatikan keputusan pemilihan calon-calon Melayu dan dalam kurungan adalah kedudukan mereka dari keseluruhan 63 calon-calon yang bertanding untuk 20 jawatan utama CEC.

  • (37) - Dr Ariffin SM Omar - 348 undi
  • (38) - Ahmad Ton - 347 undi
  • (40) - Zairil Khair Johari - 305 undi 
  • (43) - Zulkifli Mohd Noor - 216 undi 
  • (53) - Tengku Zulpuri Shah Raja Puji - 121 undi 
  • (58) - Solaiman OP Syed Ibrahim - undi 
  • (62) - Roseli Abdul Ghani - 39 undi 
  • (63) - Harun Ahmad - 28 undi
Kesimpulannya, meskipun Ariffin merupakan yang 'terhangat' dikalangan Melayu, namun beliau hanyalah sekadar 'suam-suam kuku' dalam DAP.

Sebagai perbandingan, berikut adalah keputusan penuh pemilihan CEC DAP 2012:-
  1. LIM KIT SIANG -1607 
  2. LIM GUAN ENG -1576 
  3. KARPAL SINGH - 1411 
  4. CHONG CHIENG JEN- 1211 
  5. LOKE SIEW FOOK (ANTHONY) -1202 
  6. WU HIM VEN (VINCENT) - 1202 
  7. TAN KOK WAI -1199 
  8. GOBIND SINGH DEO - 1197 
  9. PUA KIAM WEE (TONY)- 1162 
  10. TENG CHANG KHIM- 1152 
  11. FONG KUI LUN- 1137 
  12. NGA KOR MING -1075 
  13. CHONG ENG- 1006 
  14. CHOW KON YEOW- 986 
  15. LIEW CHIN TONG- 984 
  16. M. KULA- 984 
  17. BOO CHENG HAU- 958 
  18. KOK SUH SIM (TERESA) -925 
  19. TEO NIE CHING -903 
  20. NGEH KOO HAM - 824  
Sementara itu, berikut adalah kedudukan terkini CEC DAP 2012.
Chairman: Karpal Singh
Deputy chairman: Tan Kok Wai
Vice chairmen: Chow Kon Yew, M. Kulasegaran, Chong Chieng Jen, Teresa Kok, Arrifin SM Omar
Secretary-general: Lim Guan Eng
Deputy secretary-general: Chong Eng, Ngeh Koo Ham, P Ramasamy
Treasurer: Fong Kui Lun
Deputy treasurer: Nga Kor Ming
National Organising Secretary: Anthony Loke
Assistant: Vincent Wu, Thomas Su
National Publicity chief: Tony Pua
Assistant: Teo Nie Ching, Zairil Khir Johari