Friday, December 14, 2012

Lanskap Politik Baru Malaysia Selepas PRU13 Ditangan Ibrahim Ali?


Khabarnya Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) akan mengadakan Persidangan Tahunan Kali Ke 3 esok di Astaka Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, jam 9 pagi yang bakal dirasmikan oleh Mufti Perak TS Harussani  Zakaria.

Meski pun Perkasa bukan parti politik, namun bila dipimpin oleh orang politik iaitu Dato' Ibrahim Ali, kecenderungan pertubuhan tersebut terhadap politik tidak dapat disangkal.

Difahamkan, Perkasa mempunyai keanggotaan seramai 300,000 orang. Secara perbandingan, DAP mempunyai 150,000 anggota. Lantas ini bermakna, Perkasa mempunyai sekali ganda bilangan keanggotaan berbanding DAP.

Jika diukur dari segi keanggotaan tentunya di atas kertas, Perkasa juga mampu mencorakkan lanskap politik negara menjelang PRU 13.

Namun, persoalannya mampukah pertubuhan yang dipimpin oleh Ibrahim Ali melaksanakannya?

Baca kupasan berkenaan persoalan di atas di SINI.

Isu Selangor - Pemimpin PKR Selangor Akui Sokongan Rakyat Semakin Merudum


Salah seorang anggota pimpinan PKR Selangor yang juga anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor Dr Yaakob Sapari semakin hilang keyakinan.

Ketika baru menjadi anggota pentadbiran tertinggi Kerajaan Negeri Selangor beliau kelihatan begitu optimistik. Perkara pertama yang beliau janjikan kepada rakyat Selangor ialah membawa masuk hasil negeri berjumlah RM150 juta setahun. [Baca SINI]

Selangor Agro Festival 2012 (SAF) yang sedang berlansung (11 Dis - 16 Dis 2012) di perkarangan parkir Stadium Shah Alam adalah acara kerajaan Selangor dibawah tanggung jawab Yaakob.

Festival ini juga adalah acara tahunan yang diwarisi dari Kerajaan BN yang terdahulu.

Tahun lepas keyakinan Yaakob terhadap sambutan rakyat begitu tinggi.

Baca petikan dari Sinar Harian di bawah.


Namun keyakinan Yaakob semakin menurun.

Apakah beliau telah dapat melihat betapa sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat semakin merudum?

Jika pada tahun 2011 beliau meletakkan sasaran jualan RM11 juta dengan kehadiran pengunjung 1 juta (hakikatnya tidak tercapai pun), tahun ini Yaakob meletakkan sasaran 500,000 pengunjung dan jualan RM1 juta.

Rasanya, itulah sasaran yang realistik bagi yang Yaakob yang sering salah dalam pengiraan!

Media Selangorku

Thursday, December 13, 2012

Pemimpin PKR Rebah & Dikejarkan Ke Hospital


MP PKR Subang Sivarasa Rasiah dilaporkan telah rebah di rumahnya dan dikejarkan ke hospital. Puncanya hanya disebut sebagai masalah kerongkong.

Kejadian ini dimaklumkan kepada Hakim Datuk V.T Singham, apabila Sivarasa yang juga peguam tidak hadir mewakili anak guamnya dalam suatu kes di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang sepatutnya berlansung hari ini.

Wanita PKR Yang Lebih Lasak Dari Eli Wong - Cakap Berbaur Seksis Gerenti Tak Kisah Punya!


Barangkali inilah wanita yang paling lasak dimilikki PKR.

Rasa-rasanya kalau cakap berbaur seksis pun, gerenti tak marah punya!

Tengok gelagat bakal memegang Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dalam kabinet angan-angan Pakatan Rakyat.

Wednesday, December 12, 2012

Malang Lelaki Penjual Karpet - Mercun Meletup Ditangan Di Pejabat Harakah, Jalan Pahang


Inilah bahana dari bermain mercun yang meletup di tangan.

Seorang lelaki penjual karpet dilaporkan telah membakar mercun di pejabat Harakah.

Baca laporan seterusnya di SINI.

Skandal Di Seberang Tambak Johor - Speaker Umum Letak Jawatan


Tersebar berita di seberang Tambak Johor.

Melibat seorang Speaker Dewan.

Baca petikan laporan Sin Chew di bawah.

Kalau Abby Abadi Ada Tentu Cepat Selesai Kerja Bungkus Ration!


Daripada duduk ngumpat-ngumpat twitter kat Malaysia, alangkah lebih baik bagi Abby Abadi tolong membungkus ration makanan untuk rakyat Palestine di Gaza.


Apa dia ingat ingat sukarelawan-sukarelawan Malaysia bungkus makanan di Palestine, nak bawa balik Malaysia?