Thursday, August 30, 2012

Istimewa Dari TLDM Untuk Anwar Ibrahim - Perbarisan Kawad Senyap Di Shah Alam Malam Ini


Dilaporkan oleh portal Selangorku, TLDM akan membuat persembahan kawad senyap di hadapan Anwar Ibrahim, sempena sambutan Malam Kemerdekaan peringkat Negeri Selangor malam ini.


Moga persembahan ini akan melekakan Anwar hingga tak dapat bergerak ke Dataran Merdeka untuk menyertai pak janggut A. Samad Said.

Lumrah bagi Anwar, jika crowd ramai di Dataran Merdeka, tidak mustahil untuknya meninggalkan majlis di Shah Alam.

Tahniah buat Zahid Hamidi!

Jamal Abdillah & Siti Nurhaliza Akan Tampil Bersama Najib Di Sungai Buloh


Raja Pop Jamal Abdillah dan Ratu Pop Siti Nurhaliza adalah antara artis yang akan tampil di pentas BN Selangor sempena Rumah Terbuka Aidil Fitri BN Selangor yang bakal berlansung di Institut Penyelidikan Getah Malaysia, Sungai Buloh.

Menurut siaran media yang diedarkan oleh BN Selangor, majlis berkenaan akan diadakan pada 1 September 2012 (Sabtu), bermula jam 1 petang hingga 6 petang.

Pelbagai juadah bakal disajikan oleh 22 kawasan parlimen di Selangor.

Perdana Menteri dijadualkan akan berada di lokasi jam 2 petang.

Khalid Ibrahim Diapit 2 Exco DAP Untuk Buat Kenyataan Ubah Pendirian


Bagai telah  diketuk kepala oleh DAP, MB Selangor Khalid Ibrahim hanya dalam tempoh 24 jam telah mengubah pendiriannya mengenai isu anti lompat parti.

Tonton video 1 mengenai pendirian awal dan video 2 yang mempertontonkan Khalid diapit oleh 2 anggota Exco Kerajaan Negeri dari DAP yang ditugaskan untuk menyaksi Khalid melafazkan pendiriannya.


Tuesday, August 28, 2012

Ibu Jari Mazlan Aliman Automatik Terangkat Bila Najib Umum Bagi RM5,000 Kepada Anak Peneroka


Apa pula komen Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat Mazlan Aliman bila PM mengumumkan durian runtuh untuk anak peneroka?

Pastinya, Mazlan tidak akan berterima kasih dengan pemberian tersebut, malah akan menuntut lebih dari itu.


Sedikit mengenai Mazlan Aliman yang dipetik dari blog Cili Api (yang turut melabelnya sebagai 'Pengkhianat Felda');
Mazlan Aliman ini berumur 42 tahun dan dilahirkan di Batu Pahat Johor dan dibesarkan di Felda Bukit Ramun, Kulai Johor.Mendapat pendidikan awal di Sek.Men. Alauddin Felda Bukit Besar, Kulai .
Kelulusan tidak diketahui tetapi pernah mendapat pendidikan di UPM.Penglibatan beliau dalam masyarakat dan politik ialah sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat , Ketua Pemuda PAS Negeri Johor dan Presiden ANAK .
Nampaknya cukup besar jawatan beliau ini dan tidak hairanlah beliau pernah bertanding di semasa PRU 12 di kawasan Felda juga iaitu Parlimen Bera di negeri Pahang . Tetapi beliau silap percaturan dan beliau ingat rakyat terutama peneroka Felda di Pahang senang diperbodohkan oleh kaki pengacau ini .
Latar belakang beliau ini serta keluarga bermula di Felda selepas mereka masuk ke tanah rancangan ini pada 1969 .Felda seperti kita sedia maklum telah berjaya membantu peneroka -peneroka dari generasi pertama hingga lah sekarang malah ada peneroka telah menjadi jutawan .
Begitu juga dengan nasib keluarga Mazlan Aliman ini yang hidup senang dengan bantuan FELDA dan Kerajaan BN !
Ibunya yang juga seorang peneroka dan dapat 10 ekar tanah begitu juga dengan 4 orang adik beradiknya yang juga memperolehi 10 ekar tanah setiap seorang.
Mazlan Aliman pulak pernah menjadi peserta dalam Felda tetapi keluar program Tanam Semula Felda ini kerana hendak tanam sendiri.Baginya bila beliau pilih untuk tanam sendiri , hasil yang diperoleh lebih banyak . Tetapi usahanya gagal gara-gara nak untung banyak dan akhirnya beliau masuk semula ke Skim Penanaman Semula Felda .
Kesimpulannya , manusia seperti Mazlan Aliman adalah orang yang tak reti bersyukur dan tidak mengenang budi . Felda yang banyak membantu keluarganya daripada susah hingga senang seperti sekarang itu pun mahu difitnah oleh beliau dan konco2nya demi untuk kepentingan politik PAS .
Selain itu, menurut sumber dari Majalah FELDA "ICT JELAS" bilangan 04/2010, Abang Kandung Mazlan sendiri telah membuat pengakuan bahawa keluarga Mazlan tidak bersetuju dengan tindakan Mazlan yang menentang FELDA .
Jadi , jika keluarga Mazlan sendiri pun tidak bersetuju & restu dengan tindakan beliau, adakah kita perlu percaya dengan orang seperti Mazlan ini?
Kenapa Mazlan begitu kuat menentang FELDA?

Nasihat Ustaz Ahmad Awang Kepada Nasharudin Mat Isa - "Berundurlah!"


Dalam mendepani perbezaan pendapat antara sesama anggota komponen Pakatan Rakyat, Presiden PAS DS Abdul Hadi Awang pernah menyimpulkan bahawa "perbezaan pendapat itu harus diraikan".

Namun, apabila timbul syor dari bekas Naib Presiden PAS Ahmad Awang supaya bekas Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa supaya menarik diri sebagai anggota Majlis Syura PAS, seolah-olah bermaksud bahawa "perbezaan pendapat tidak harus diraikan" dalam majlis tersebut. (Baca petikan dari Free Malaysiakini di bawah)


Dalam pada itu, dalam kenyataan berasingan yang disiarkan oleh Utusan Malaysia, Ketua Dewan Ulamak PAS Dato' Harun Taib dipetik sebagai berkata, Nasharudin masih relevan walau pun lantang mengkritik parti.

Monday, August 27, 2012

Anwar Ibrahim Dah Pasang Angan-Angan - Kalau Jadi PM Nak Ulang Alik Dari Segambut


Anwar Ibrahim dalam kenyataan yang disiarkan oleh Malaysiakini membayangkan akan berulang-alik dari Segambut dan tidak mahu tinggal di kediaman rasmi PM, jika angan-angannya sebagai PM menjadi kenyataan.

Almaklum, malam di Putrajaya tidak semeriah dan sehidup di KL.

Kondo untuk bersunyi-sunyi banyak dan bertaburan di KL.

Tempoh masa perjalanan pun panjang dan Wan Azizah pun takkan syak apa-apa. Kalau tinggal di Putra Jaya, perjalanan ulang-alik dari rumah - pejabat kurang 10 minit.

Kalau itulah niat Anwar, didoakan angan-angannya akan terus menjadi angan-angan.

"Kalau dia diberanak pada tahun katak, dia lompatlah" - Komen Tun Dr Mahathir Berkenaan Undang-Undang Anti Lompat Parti