Tuesday, December 13, 2011

Najib Jenis Orang Yang Tak Mengacau, Tapi Memantau!


Saya berkesempatan duduk dalam satu majlis borak-borak informal dengan seorang kepimpinan tertinggi diperingkat Perhubungan UMNO Negeri.

Dalam majlis tersebut, saya memilih untuk berdiam dan tidak bercakap sepatah pun.

Akan tetapi, seorang sahabat yang agak lebih berani telah bertanya untuk mendapatkan hint calon-calon di kawasannya.

"Dato' Seri, di kawasan saya nama sipolan tu sentiasa bermain di bibir sebagai winnable candidate"

Maka dijawab oleh pemimpin berkenaan, "Jangan bermimpi disiang hari. Dalam keadaan hari ini, ketua, timbalan ketua malah ajk pun tak boleh pasang angan-angan"

Lalu disampuk pula oleh sahabat yang lain " Masakan Dato' Seri tak tahu, kan Dato' Seri baik dengan PM?"

"Eh... Kau orang ni bawa calon ke? Untuk makluman kau orang, PM ni satu orang tak kacau sesiapa, tapi dia memantau!" jawabnya.

Mungkin ada kebenaran kata-kata itu. Bak kata PM, dalam satu perjumpaan tertutup dengan penulis maya seluruh negara, 2 bulan yang lepas, "kalau boleh sesiapa yang terpilih jadi calon, jangan kacaulah ketua bahagian.....".

Selepas PRU13, Selangor Harus Ada MB Yang Garang

Duduk lepak-lepak dan borak-borak dengan rakan lama berhubung ke arah mana Selangor akan dibawa, jika BN menang.

Padanya, MB Selangor (sekiranya BN menang) mesti berwatak garang. Maknanya, MB itu disegani dan digeruni dikalangan kawan dan lawan. Alasannya, kalau MB kelihatan lembik, maka mudah dipermainkan kawan dan lawan.

Namun pada pandangan saya, terpulang kepada PM Najib dalam menentukan pilihannya. Rasanya, kalau dilihat dan dikaji matlamat Najib, pastinya ingin meletakkan dan mengekalkan Selangor No. 1 dari segi penjanaan ekonomi negara.

Dalam masa yang sama, PM juga boleh memilih untuk memperlahankan pergerakan ekonomi Selangor kerana biasanya dalam keadaan agresif, boleh membawa kemudaratan. Beberapa hal yang harus diambil kira, misalnya dalam isu PKFZ harus diselesaikan. Samada suka atau tidak PKFZ, harus diaktifkan dan mesti diberikan keutamaan untuk bernafas. Jika tidak, maka ia akan kekal sebagai kompleks gajah putih, malah akan menjadi tempat jin-jin bergelandangan.

Disamping itu, projek-projek terbengkalai yang ada penglibatan pemimpin BN mesti harus diselesaikan. Ini semua adalah untuk mengelakkan ia akan menjadi isu yang bakal dimainkan oleh pembangkang.

Apa pun, terpulang kepada PM untuk memilih dan yang pasti beliau mempunyai penasihat-penasihatnya dalam hal yang berkenaan.

Bila Habis Edah Hasan Ali Akan Menyeberang Jambatan?


Jangan under rate Dr Hasan Ali. Dia anak jati Selangor. Samada saudara mara sebelah ibu, mahu pun sebelah bapanya merata di kawasan-kawasan parlimen Kapar, Klang dan Kota Raja. Sedikit sebanyak ia memberi impak kepada hala mana yang dipilihnya.

Kenyataannya di atas adalah berterus terang.

Perlu diimbas kembali, Hasan adalah jeneral bersama disamping Khalid Ibrahim dalam mengepalai Barisan Alternatif (BA), disaat PR belum wujud sama sekali. Selain dari izin Allah, usaha manusia yang dijana oleh dua orang ini, telah menyebabkan beberapa kerusi UMNO telah dirampas oleh PAS dan PKR.

Semasa PRU12, masing-masing menjawat Pesuruhjaya PAS dan Pengerusi PKR Selangor. Hakikatnya, kekuatan BA bertunjang pada mereka.

Hint telah diberi. Bak kata Hasan ketidakpastian adalah politik dan yang pasti itu bukan politik. Nada yang penuh dengan teka teki.

Mudah sahaja untuk Hasan, kalau dah habis edah kelak datanglah menyeberang ke sebelah sini.

ABU Jahal & ABU Lahab Kalau Berani Adakan Rapat Rakyat Di Ijok

Monday, December 12, 2011

Najib Bantu MCA Hambat Keluar Ronnie Liu Dari DUN Pandamaran

Majlis Bertemu Pelanggan JKKK (P) Pandamaran pada 10/12/2011

PM DS Najib Razak mungkin tidak mahu berlengah. Ronnie Liu harus dinyahkan dari kawasan DUN yang diwakilinya, Pandamaran.


Dengan respons yang semakin baik dikalangan pengundi-pengundi Cina di Pandamaran, Najib akan akan hadir bersama masyarakat Cina sempena majlis perayaan tokong-tokong Tao Selangor di Kompleks Sukan Pandamaran, pada 14 Disember 2011, jam 8 malam.

Ini merupakan lawatan kedua Najib ke Pandamaran, setelah perayaan Tahun Baru Cina pada tahun 2010.

Perang Anwar Ibrahim Lwn Ustaz Azizan

Anwar dengan pakaian istiadat memperaga jam
(gambar & berita AgendaDaily)

Ustaz Azizan dengan pakaian istiadat memperaga kereta baru
(gambar & berita Cucu Tok Selampit)

Kalau Nak Keluar Islam, Jangan Bagi Tau Sesiapa - Raja Petra