Oleh kerana, Yaakop tidak menafikan yang beliau kenal dengan pelakon lelaki dalam video berkenaan, tidakkah ini membuka ruang untuk diperbahaskan?Monday, October 3, 2011
Penafian Yaakop Sapari Terhadap Video Adegan Asmara Di Pejabat ADUN Kota Anggerik Undang Persoalan
Penafian yang dibuat oleh Exco Kerajaan Negeri Selangor Yaakop Sapari berhubung dengan video skandal di pejabat perkhidmatannya bukan dapat mematikan isu tersebut, malah telah menimbulkan tandatanya.
Pertama, mengapa Yaakop Sapari cuma membuat penafian terhadap pelakon wanita dan tidak menafikan pelakon lelaki?
Kedua, mengapa perlu ditunjukkan sijil cuti sakit pembantu tadbir, Norlela Idris?
Oleh kerana, Yaakop tidak menafikan yang beliau kenal dengan pelakon lelaki dalam video berkenaan, tidakkah ini membuka ruang untuk diperbahaskan?Mungkin ada teori yang mengatakan bahawa lelaki berkenaan mengambil kesempatan tatkala pembantu tadbir sedang bercuti, lantas membawa seorang wanita untuk melakukan adegan asmara di pejabat Yaakop.
Andainya ia benar berlaku di pejabat Yaakop, bermakna ia dilakukan oleh orang PKR sendiri dan tentunya ia tiada kena mengena dengan UMNO, seperti didakwa oleh Yaakop.
Raja Nong Chik Tertiarap Di Kg Baru Tapi Mahu Ber'Tai-Chi' di Chinatown?
Pertama, berita yang menjadikan pihak pembangkang menjadi gah dan mendakwa Raja Nong Chik terpaksa tunduk dengan desakan mereka.
Kedua, laporan berkenaan penolakan usul untuk membicang pengambilalihan tanah di Jalan Sultan (Chinatown).
Apakah Raja Nong Chik memilih untuk tertiarap dikedua-dua gelanggang atau memilih untuk bertaichi di Chinatown?
Perlu juga diingat, antara Kg Baru dan Jalan Sultan ada perbezaan. Di Kg Baru adalah pembangunan semula, sementara di Jalan Sultan pula ia pembangunan infra. Berdasarkan pengalaman yang lalu, pembangunan infra biasanya tiada kompromi.
Jadi, apakah pilihan bagi Raja Nong Chik?
Sunday, October 2, 2011
KITA Tidak Akan Sertai BN, Tapi Mungkin Hanya Zahid Ibrahim?
Mungkin tidak bagi KITA untuk menyertai BN, tapi bagaimana dengan Zaid sendiri?
"Walaupun KITA tidak pernah ditawarkan menyertai BN tetapi yang penting kita boleh bekerjasama dengan BN atau mana-mana parti lain untuk rakyat kecuali pada pilihan raya dan perkara yang menyentuh dasar.
"Apa pun, KITA tidak akan menyertai sebagai parti komponen BN yang sudah besar jika ditawar sekalipun,” - Zaid Ibrahim
Persoalannya apakah ideologi yang ingin diterap dan dibawa oleh Zaid melalui kita? Janganlah sekadar untuk meletakkan diri setaraf dengan rakan dan lawan politik. Zaid kena ingat bahawa dalam konteks hari ini kebanyakan parti, khususnya pembangkang hanya terus hidup dalam mencipta isu.
Malah Zaid sendiri pun kini sedang berdepan dengan keraguan dikalangan ahli partinya, ekoran pemecatan dan penarikan diri kepimpinan tertinggi parti KITA.
Gambar-Gambar Yang Buat Anwar Ibrahim Terliur
Ada blog pro pembangkang bising-bising sebab Istana Negara.
Aku pun bayar cukai jugak, tapi tak kisah pun. Sebab namanya pun Istana Negara. Makna bukan milik sesiapa. Ia adalah milik negara.
Agaknya dia orang dengki sebab Anwar Ibrahim tak ada chance nak angkat sumpah kat situ.




Bila-bila kau orang (pro pembangkang) senang, ajaklah Anwar Ibrahim angkat sumpah jadi ketua pembangkang kat rumah yang dalam gambar dibawah.
Ngeh Khoo Ham Masih Terkilan Sebab Cuma Seketika Merasa Pakai Toyota Camry Kerajaan Perak
Sudah-sudahlah tu Ngeh, apa lagi mahu bising?
Tidak puas hati, bawa sahajalah ke mahkamah.
"Ekoran keputusan Mahkamah Agung itu - mahkamah tertinggi di negara ini - maka pembentukan panel hakim Mahkamah Persekutuan oleh mana-mana orang lain, adalah tidak dibenarkan.
"Oleh yang demikian, keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai kes krisis Perak adalah tidak sah," kata Ngeh (kanan) kepada Malaysiakini.
Subscribe to:
Posts (Atom)


