Wednesday, March 9, 2011

Bila Saifuddin Nasution Mula Bersuara...........

Sudah lama Saifuddin Nasution tidak berucap dipentas rakyat. Mungkin terlalu sebok membuat housekeeping di ibu pejabat PKR hingga tidak mempunyai masa untuk menyertai beberapa siri ceramah, mahupun kempen pilihanraya kecil. Almaklum, bukan senang untuk mentadbir suatu organisasi yang tunggang langgang seperti PKR. Banyak yang perlu diperbaiki dan dikemaskini. Apatah lagi tatkala PKR baru sahaja selesai mengadakan pemilihan yang penuh dengan kontroversi bebeberapa bulan yang lalu.

Saifuddin telah memilih Dewan Rakyat sebagai platform untuk melontarkan suara dan pendapatnya. Di Dewan Rakyat Ahli Parlimen Machang itu, mengajak semua ahli Dewan Rakyat supaya mengambil pedoman dari kebangkitan suara raya rakyat yang berlaku di seluruh dunia Islam.

Sebenarnya, suara rakyat telah pun bermula semenjak berakhir PRU2008. Kebanyakan blogger pro BN sendiri, telah mengasak Tun Abdullah Ahmad Badawi supaya berundur. Cuma bezanya, blogger pro BN tidaklah mengajak rakyat untuk berdemontrasi, berarak atau berhimpun untuk meminta Pak Lah supaya turun dari kerusi PM ketika itu. Sebaliknya Pak Lah, dengan secara terhormat malah berhemah dengan sendiri membuat peralihan kuasa kepada DS Najib Tun Razak.

Saya yakin, Najib sendiri menyedari dan memahami aspirasi rakyat. Jika tidak masakan timbulnya slogan "pencapaian diutamakan, rakyak didahulukan".

Malaysia dan Mesir mempunyai suasana dan latarbelakang yang berbeza. Melainkan kebanyakan rakyat kelaparan, mungkin demontrasi akan berlaku dan gerakan rakyat akan mudah terbentuk dan terlaksana.

Kesempatan yang terhidang dengan penguasaan Pakatan Rakyat di Kelantan, Selangor, Kedah, Pulau Pinang malah di Perak tidak digunakan sebaiknya. Sebaliknya yang terserlah ialah kepincangan dan kelemahan pentadbiran, kerana rakyat berpeluang membuat perbandingan antara pentadbiran PR dengan pentadbiran BN sebelumnya.

Sementara bagi kes Kelantan, itulah satu-satunya negeri di Malaysia yang menyamai Mesir, jika disamakan tempoh masa pemerintahan MBnya. TG Nik Aziz Nik Mat telah pun menjadi MB lebih 20 tahun. Jadi dalam hal ini, yang perlu diturunkan, bukanlah Najib tetapi Nik Aziz! Sanggupkah Saifuddin menjuarai gerakan rakyat untuk menurunkan Nik Aziz dari teraju pentadbiran Kelantan?

Tuesday, March 8, 2011

Selangorkini Pun Dah Berani Tak Buat Liputan Program Khalid Ibrahim?

Hanya banner ini yang terpampang di Selangorkini, lidah rasmi Kerajaan Negeri Selangor. Yang peliknya tidak ada satu berita pun yang diterbitkan oleh Selangorkini, berhubung dengan majlis tersebut.

Berani betul staff Selangorkini tidak membuat liputan program kerajaan negeri. Dimana suara Faekah Husin Setia Usaha Politik MB yang selalu membalun bagi pihak Khalid Ibrahim?

Khusus untuk rakyat Selangor, gambar-gambar program tersebut boleh ditatap di blog Gerakan Timur.




Mahathirleaks: Gadis- Gadis Itu Diminta Menanggalkan Pakaian

"Katanya, lelaki itu telah membawa setiap gadis itu secara berasingan ke sebuah rumah di Kenny Hills. Di situ mereka bertemu seorang yang mereka dikenalpasti sebagai timbalan perdana menteri. Mereka diminta menanggalkan pakaian untuk mengadakan hubungan seks." - Malaysikini

Di atas adalah sebahagian petikan dari yang diceritakan oleh Tun Dr Mahathir didalam memoir terbarunya "A Doctor In The House" terbitan MPH Group of Companies yang bakal dilancar jam 10 pagi ini.

Kalau sempat aku akan cari buku yang berharga RM100 itu hari ini juga.

Monday, March 7, 2011

Pengakuan Saksi Skandal Melawati

Disiarkan e-mail dari Raja Azmi Raja Azman:

Saya telah menghadiri Majlis Pelancaran Buku Jingga di Stadium Malawati pada malam Sabtu lepas. Majlis tersebut diadakan sempena Karnival Sambutan Tiga Tahun Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang berlangsung pada 5 dan 6 Mac, 2011 di tempat yang sama.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang dijadualkan berucap di upacara tersebut ialah Anwar Ibrahim, Hadi Awang, Lim Kit Siang dan Khalid Ibrahim.

Majlis bermula pada lebih kurang 9.30 malam setelah pemimpin-pemimpin PR, ahli-ahli exco dan SUK negeri Selangor mengambil tempat masing-masing di atas pentas. Kehadiran amat mengecewakan. Hanya kira-kira 1,000 orang berada di stadium ketika majlis dimulakan. Jangkaan hadirin menjangkau 10,000 orang nyata jauh meleset. Alasan yang diberi oleh Hasan Ali, selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, ialah ramai aktivis PR terlibat dengan pilihanraya kecil Merlimau dan Kerdau.

Daripada tinjauan rambang di kalangan para hadirin, majoriti adalah ahli-ahli PAS dari bahagian Sungai Burong yang dipimpin oleh Hasan Ali. Bakinya terdiri daripada kakitangan jabatan dan agensi kerajaan negeri Selangor yang telah dikerah untuk hadir serta penghulu-penghulu mukim yang dilantik oleh PR. Nampaknya tak banyak beza antara PR dan BN dalam cara mereka meramaikan hadirin di sesuatu majlis. Juga terdapat ramai remaja belasan tahun yang ditugaskan untuk mengedar risalah-risalah dan cenderamata.

Tujuan saya menghadiri majlis tersebut ialah untuk mendapat penjelasan terperinci tentang Buku Jingga. Malangnya, hasrat saya tidak tercapai, harapan hampa berkecai. Majlis penerangan Buku Jingga bertukar menjadi majlis pemujaan kepimpinan Khalid Ibrahim. Kejayaan demi kejayaan kerajaan negeri Selangor diomong-omongkan tanpa menyentuh walau sedikit pun kelemahan dan kepincangan pentadbiran negeri. Ucapan-ucapan hanya bersifat “masuk bakul, angkat sendiri”.

Yang paling mencuit perhatian saya ialah penjelasan Khalid Ibrahim tentang isu kerajaan negeri Selangor membayar kos penginapan wakil-wakil PKR dari Sabah dan Sarawak semasa Kongres Kebangsaan PKR yang lepas. Menurut Khalid, pembayaran tersebut ialah sumbangan negeri Selangor kepada peningkatan proses demokrasi negara. Wakil-wakil tersebut kononnya telah didedahkan kepada proses pemilihan. Wow! Kata-kata yang sungguh indah, niat cukup murni. Tetapi hakikatnya menggunakan wang rakyat negeri Selangor untuk tujuan politik kepartian ialah satu bentuk rasuah. Tiada beza dengan budaya UMNO. Di mana perubahan yang dilaung-laungkan?

Majlis Pelancaran Buku Jingga tersebut gagal kerana tiada kerjasama ikhlas dari PAS dan DAP dalam mendokongi kempen Buku Jingga. Bilangan orang bukan Melayu yang hadir di majlis tersebut boleh dikira dengan jari. Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim menarik diri pada saat-saat terakhir setelah dimaklumkan bahawa Presiden PAS, Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah menolak jemputan ke majlis tersebut. PKR telah diwakili oleh Wan Azizah Ismail, Hasan Ali mewakili PAS dan Tan Seng Giaw mewakili DAP.

Satu petanda amat membimbangkan yang dapat dilihat dari majlis tersebut ialah kecenderungan kerajaan negeri Selangor yang diterajui PKR dalam membazirkan wang rakyat. Majlis pelancaran itu diadakan semata-mata kerana ada peruntukan yang dapat digunakan dari bajet negeri Selangor. Oleh kerana jumlah hadirin yang rendah, banyak nasi bungkus yang dibekalkan terpaksa dibuang begitu sahaja.

Segala kos penganjuran karnival tersebut ditanggung oleh kerajaan negeri Selangor. Jika belanja jamuan menyambut ulangtahun ke-40 Yayasan Selangor mencecah RM800,000.00, bayangkan berapa juta wang rakyat telah dibelanjakan untuk karnival yang berlangsung selama dua hari.

Pembaziran wang rakyat ialah satu manifestasi penyalahgunaan kuasa. PKR sering mengecam UMNO kerana menyalahguna kuasa. Daripada insiden pembaziran kos penganjuran karnival ini, PKR dilihat sebagai “kata dulang, paku serpih; kata orang, sendiri yang lebih”. Reformasi yang dijanjikan masih tinggal sebagai janji.

Jika objektif majlis tersebut untuk meraih sokongan rakyat kepada Buku Jingga, nyata majlis yang saya hadiri telah gagal sama sekali. Majlis-majlis sedemikian sepatutnya digunakan untuk menjelas dan mengupas “Janji-janji Reformasi Dalam 100 Hari” supaya rakyat dapat menghayati semangat reformasi yang terkandung dalam Buku Jingga. Setakat in, Buku Jingga hanya wujud sebagai sebuah mitos di awang-awangan kesedaran politik rakyat.



PAS Umpama Orang Lemah Tenaga Batin

Seperkara yang perlu rakyat tahu ialah realiti bahawa PAS umpama seorang yang lemah tenaga batin. Jadi tidak hairanlah, blog-blog yang pro PAS banyak memaparkan iklan ubat kuat.

Dalam hal ini, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasarudin Hassan At-Tantawi pun dah terkena sindrom yang serupa. Beliau kini kendur semangat bila disergah Teresa Kok dan para pemimpin DAP yang berhubung saranan pengharaman judi di semua negeri-negeri pemerintahan Pakatan Rakyat.

Dalam menegakkan syiar Islam di Malaysia, sebenarnya PAS berdepan dengan Mursyidul Am Pakatan Rakyat yang mempunyai kuasa veto mengatasi Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat.

Orang yang dimaksudkan ialah Lim Kit Siang. Baca laporan The Malaysian Insider di BLOG LIM KIT SIANG.

Solat Hajat Perdana Pakatan Rakyat Semakin Menyerlahkan Misteri Lelaki DNA Y


Cuma kurang 2 hari lagi, genaplah 2 bulan Solat Isyak dan Solat Hajat Perdana Pakatan Rakyat diimamkan oleh Ustaz Hadi juga dengan harapan agar Allah SWT menyelamatkan Malaysia dan Selangor termasuk isu ketidak-adilan yang berlaku di dalam perbicaraan Datuk Seri Anwar.

Kini sedikit demi sedikit ditunjukkan kepada kita semua bermula dengan kegagalan Sidang Khas DUN Selangor untuk meminda perlembagaan negeri berhubung perlantikan SUK. Kemudian kegagalan PAS dalam 3 PRK berturut.

Disamping itu, penurunan mendadak kehadiran di Stadium Melawati Shah Alam, iaitu dari 30,000 ketika Solat Isyak dan Hajat Perdana kepada cuma 1,500 ketika Pelancaran Buku Jingga.

Sementara itu ketidakadilan yang dialami oleh Saiful Bukhari Azlan dalam perbicaraan Kes Liwat 2 Anwar Ibrahim (ekoran tertinda 50 kali), kini telah pulih dan berjalan lancar. Malah misteri lelaki Y, pemilik DNA yang ditemui oleh ahli-ahli kimia semakin menemui jawapannya.

Terima kasih kepada PAS dan PKR yang telah menganjurkan majlis tersebut dan tidak lupa kepada semua yang telah hadir, khususnya Bob Lokman yang merupakan antara selebriti yang telah turut serta.

Moga kebenaran akan terserlah, insyaallah.

Sunday, March 6, 2011

PRK Merlimau & Kerdau : Penonjolan Skuad Tongkeng?

Tahniah diatas kemenangan BN di kedua-dua PRK Merlimau dan Kerdau.

Satu yang menarik di PRK kali ini ialah penonjolan Skuad Tongkeng, disamping jentera BN yang lain.

Keadaan sebaliknya berlaku dipihak PR. Mana fungsi Skuad Skodeng PAS? Malah Skuad Skodeng tenggelam dibawah Skuad Liwat yang menjadi bahan tawa dipihak BN!