Tuesday, June 16, 2015

Akhirnya Dengan Bantuan Adun PAS, Lim Guan Eng Berjaya Tumbangkan Kuasa Eksekutif Kerajaan Islam Selangor!


Hari ini, secara rasmi Setia Usaha Agung DAP Lim Guan Eng mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat tidak lagi wujud, selepas DAP mengambil pendirian menerima keputusan Muktamar PAS 2015 yang memutuskan hubungan dengan parti berkenaan.

Dalam pada itu, Lim turut membuat gesaan kepada MB Selangor supaya “membentuk semula” kerajaan negeri Selangor, yang bermaksud secara langsung mengenepikan wakil PAS sebagai sebahagian kuasa eksekutif kerajaan Selangor.

Mungkin setelah membuat pertimbangan dan menilai kekuatan, Lim dengan berani dan yakin membuat gesaan di atas.


Keyakinan beliau timbul apabila 2 Adun PAS iaitu Saari Sungib (Hulu Klang) dan Mohd Hasnol Baharuddin (Morib), (foto atas kiri dan kanan Lim Kit Siang) sedang dalam 'keterlenaan', gara-gara dijulang sebagai hero ketika kedua-dua Adun berkenaan bertindak melanggar arahan pucuk pimpinan PAS untuk tidak menyokong DS Wan Azizah, dalam kemelut perlantikan MB Selangor bagi menggantikan TS Khalid Ibrahim.

Komposisi DUN Selangor yang dianggotai oleh 56 Adun adalah diwakili oleh DAP (15), PAS (15), PKR (13), BN (12) dan Bebas (1).

Jika PAS disingkir dari kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bermakna kedudukan akan menjadi PR (28), PAS (15), BN (12) dan Bebas (1).

Secara matematikalnya, kelihatan bahawa DUN Selangor bakal tergantung tanpa majoritu. Namun begitu, dengan keyakinan Lim yang 2 Adun PAS bakal belot sekali lagi, maka PR akan membentuk majoriti mudah dengan 30 kerusi berbanding 26.

Akan tetapi, tindakan tersebut akan memberikan impak kepada hilangnya penguasaan politik Melayu/Islam dalam badan eksekutif dan perundangan Selangor.

Perhatikan data-data berikut.

Populasi Selangor adalah terdiri dari Melayu (57.1%), Cina (28.6%), India (13.5%) dan lain-lain bangsa (0.8%) yang membentuk 5.4 juta penduduk.

Dalam pada itu, komposisi mengikut agama ialah Islam (57.9%), Kristian (3.8%), Buddha (24.4%), Hindu (11.6%) dan lain-lain anutan (2.3%).

Tambah menarik, komposisi Adun PR mengikut agama akan mementuk DAP (Islam 0, Bukan Islam 15), PKR (Islam 10, Bukan Islam 3) dan 2 Adun PAS yang mungkin belot membentuk (Islam 2).

Bermakna secara kesuluruhan bilangan Adun PR yang menguasai kerajaan ialah Islam (12) berbanding bukan Islam (18)!

Maka, dari angka tersebut dirumuskan bahawa penguasaan badan eksekutif tidak lagi dibawah orang Islam.

Sebaliknya, diandaikan Adun Hulu Klang dan Morib memilih untuk mematuhi keputusan parti, kedudukan kerusi bakal menjadi 28-28, yang bermakna tanpa majoriti.

Kini terpulang kepada Azmin untuk memilih, samada untuk bersekongkol membentuk kerajaan majoriti bukan Islam di Selangor atau membubarkan DUN.

Sementara bagi Saari dan Hasnol, jika memilih untuk terus khianat kepada PAS, maka mereka juga bersengkongkol dalam merealisasikan impian DAP untuk menjatuh kerajaan Melayu/Islam di Selangor.

12 comments:

Anonymous said...

Come on, orang2 Melayu! Nak bertekak sesama sendiri, go ahead tetapi cuba berhenti seketika dan bersatu seketika apabila kita sedang diserang secara TERANG2AN!

Anonymous said...

Akan Hilang melayu di dunia..

Anonymous said...

S'gor mmg dah tertimpa bala' , tunggu bala' yg lebih besar.

Anonymous said...

bumi di pijak milik orang.....tahniah melayu selangor......

Anonymous said...

Ya, Allah satukan umat Islam di Malaysia. Ameen.

Anonymous said...

Mana ada kerajaan Islam Selangor. Kerajaan DAP adala.RUMAH URUT dan tempat maksiat bertambah kerajaan Islan ke?

Anonymous said...

Siapa salah cina DAP,PKR atau melayu UMNO, melayu PKR dan melayu PAS...

Anonymous said...

Kerajaan islam di Selangor! Hassan Ali pun kena tendang keluar oleh islamik PAS. Yang tertinggal pun masih Yes Tuan Min.

Anonymous said...

KAN DIA ORANG YG DOA! KO BN KO BN KO. AKHIRNYA BN OK, BN OK, BN OK, SUDAH TERBLIK KOT DAH! A SAMAD BARU MEMELUK DAP DENGAN UCAPAN, TIADA PARTI WAJIB DIPANDUNYA, MELAKA DAP. MAMPUS DIA BESOK TENGOKLAH BERSAF SAF ORANG PAS SSOLAT KAN DIA. Tak percaya ada umur korang tengoklah! DAP LAH NAMA, janganlah percaya.

Anonymous said...

PAS sebenarnya tiada pilihan selain dari bersatu dengan UMNO ataupun menyertai BN. Masih terhegeh-hegeh lagi walaupun selepas dipijak-pijak Guan Eng . Tak faham betul lah aku.

Anonymous said...

Mmg itu kesudahanya cina dap masih tak berpuas hati mencuba untuk merampas tanah melayu untuk dikuasai oleh bangsa cina, bila berkuasa senang mereka membawa masuk org2 hong kong, singapura dan taiwan ke sini dgn projek perumahan yg
didirikan yg tak mampu dibeli oleh org melayu. Org melayu mmg lemah mudah ditipu, diugut dan di buli oleh bangsa cina.

Ibu.Karina Safah said...


PENGAKUAN SAYA BERSAMA KELUARGAKU INI BUKAN CERITA ATAU PUN REKAYASA BENER-BENER TERBUKTI SAMA SAYA.
Terima kasih sebesar-besarnya yang kami ucapkan kepada mbah warjoh yang telah memberikan keberhasilan dan keberuntungan bagi keluarga saya.berkat bantuan beliau saya sekarang sudah hidup tenang karena suamiku sudah punya usaha tambak yang luasnya sekitar 5 hektar kurang lebih. begitupun juga saya dirumah buka warung sembakau dan sekarang pun saya sekeluarga tidak di kejar-kejar hutang lagi. mulanya keluarga Kami di berikan angka gaib hasil ritual dari mbah warjoh yang sangat Jitu 100% dijamin tembus.sehingga keluarga saya sekarang merasa tenang lagi.sekali lagi terima kasih mbah jasamu dikeluarga saya tidak akan terlupakan.Jika anda butuh angka gaib hasil ritual mbah warjoh silahkan Tanyakan aja Pada mbah dinomer hp beliau di: 0851 4534 4218 Terima kasih.