Melalui tulisannya di The Rocket, Kit Siang menjangka Pakatan Rakyat akan sekadar mendapat 21 kerusi melalui DAP-11, PKR-5 dan PAS-5 daripada 56 kerusi DUN Selangor pada PRU14.
Ini bermakna BN diramalkan akan menang 35 kerusi dan seterusnya dapat memerintah Selangor.
Apakah UMNO Selangor benar-benar bersedia untuk menang di Selangor?
Sejujurnya, saya cuba untuk berdiam diri dari mengulas apa yang berlaku dalam UMNO Selangor, apatah lagi untuk mengulas tempelakan Presiden UMNO DS Najib Razak yang menyifatkan UMNO Selangor sebagai lembab, dalam ucapannya sempena Konvensyen UMNO Selangor lebih sebulan yang lalu.
Namun dalam tempoh beberapa hari yang lalu, telah menjadi viral di media sosial dengan apa yang dinamakan sebagai keperluan 'Team Transformasi', yang bermula dengan cadangan 8 nama pemimpin UMNO oleh blog KL Chronicle untuk rombakan dalam kepimpinan utama UMNO Selangor; telah menarik minat saya untuk mengulas isu yang dibangkit oleh Najib.
Rentetan dari cadangan blog berkenaan, timbul pula poster berikut dengan sedikit penambahan beberapa nama seperti berikut:
Dari poster di atas, selain DS Noh Omar, penjawat-penjawat Ketua UMNO Bahagian ialah YB Mat Nadzari (Hulu Selangor), Dato' Zein Isma (Subang), Dato' Nasaruddin (Klang), Dato' Kamaruzzaman (Kota Raja), Dato' Sulaiman Karli (Kuala Langat), Dato' Azhari (Shah Alam) dan Dato' Yusoff Haniff (Kelana Jaya).
Selain dari nama-nama di atas, mereka adalah terdiri dari kalangan bukan Ketua Bahagian.
Saya berpandangan untuk merombak kepimpinan UMNO Selangor bukanlah suatu perkara yang mudah, kerana perlantikan Noh sebagai Pengerusi Perhubungan selepas PRU13 adalah cadangan majoriti Ketua-Ketua Bahagian dan bukan atas pilihan Najib.
Dari awal lagi saya agak musykil dengan kaedah perlantikan tersebut (yang pernah saya tulis SINI) apabila,
- Perlantikan Noh dibuat atas cadangan (desakan?) Ketua-Ketua Bahagian dan bukan penyerahan mandat kepada Presiden untuk membuat pilihan; dan
- Pengumuman Noh sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor dibuat mendahului pengumuman Presiden.
“Dalam pada itu, Umno akan melakukan bedah siasat dalam masa terdekat bagi mengenal pasti punca prestasi buruk parti pada PRU-13 dan bersedia lebih awal untuk PRU-14. Banyak pengajaran kita peroleh daripada kekalahan ini, terutama dari aspek komunikasi sesama ketua Umno bahagian sendiri."Apabila 'aspek komunikasi' dibangkitkan dalam kenyataan di atas, adalah mudah untuk ditafsirkan bahawa ia adalah ditujukan kepada DS Zin Mohamed, yang sebelum itu adalah Setia Usaha Perhubungan merangkap ko-ordinator BN Selangor.
Zin telah menjadi sasaran dan telah dianggap sebagai punca kekalahan teruk UMNO dan BN di Selangor pada PRU13. Akhirnya, Zin bukan sahaja terkeluar dari senarai kepimpinan utama UMNO Selangor, malah telah gagal mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Sepang.
Soalnya sekarang, apakah berulang kembali kelemahan 'aspek komunikasi' dalam UMNO Selangor?
Membandingkan situasi terdahulu (tatkala Noh dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan) dengan situasi sekarang, 11 dari 22 Ketua Bahagian berkenaan adalah terdiri dari muka-muka baru. Kesemua jawatan-jawatan peringkat pengurusan parti adalah terdiri dari muka-muka yang sama seperti perlantikan terdahulu, kecuali Ketua Penerangan disandang oleh Zein Isma (mengganti Dato' Amirudin Sutero yang gagal mempertahankan Ketua UMNO Bahagian Kuala Selangor).
Keadaan inilah yang mungkin mendorong kepada timbulnya desakan untuk mencuba 'Team Transformasi". Namun, apakah Najib sedia menerimanya?
Saya berpandangan bahawa tidaklah semudah yang dijangka untuk Najib menerima cadangan untuk merombak kepimpinan UMNO Selangor, kecuali kesemua 22 Ketua Bahagian menyerahkan kembali 'kuasa mutlak' kepadanya untuk melakukan perubahan drastik.
Hal ini sebenarnya telah ditunjukkan oleh blog Medan Info Kita, namun penyampaiannya yang agak vokal hingga barangkali tidak terlihat oleh kepimpinan UMNO Selangor, yang anda boleh baca SINI.
Berikut luahan hati Najib yang saya kutip dari blog berkenaan,
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau bersedia melakukan perubahan 'drastik' berhubung kepimpinan Umno Selangor sekiranya diberikan 'kuasa mutlak' untuk bertindak sedemikian.
"Kalau dia (ahli Umno) hendak saya membuat perubahan yang drastik, dia kena beri sokongan dan mandat sepenuhnya," kata Najib kepada Mingguan Malaysia.
"Tetapi kalau dipertikaikan, berbelah bagi dan sebagainya, susahlah saya hendak berbuat sesuatu kalau penyelesaian itu memerlukan penyelesaian yang drastik," tegas beliau.
"Kalau mandat diberikan yang memerlukan penyelesaian drastik, tahulah apa saya hendak buat. Tapi kalau saya ambil tindakan drastik, tidak dapat sokongan parti, tindakan saya boleh dipertikaikan," kata Presiden Umno.
"Ya, mandat tambahan. Beri saya kuasa mutlak," kata Najib.
Kenyataan Najib itu menyusul sehari selepas Datuk Seri Noh Omar berkata beliau diberikan mandat oleh Najib untuk terus menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri.
Jika ini gagal diselesaikan, baik apa jua team yang diketengahkan maka akan menempah kekalahan.
3 comments:
NAMPAK NYA UMNO MASIH TERBUAI DAN TERLENA DGN PERMAINAN PSY KIT SIANG YG KITA TAU KAKI PEMBELIT .BUAT UMNO SELANGOR KALAU KORANG BETUL BETUL NAK MENANG BUAT KERJA SUNGGUH SUNGGUH! DEKATI RAKYAT SEPANJANG MASA..BUKAN BERGANTUNG SEMATA MATA ATAS KEPINCANGAN PIHAK LAWAN.RAKYAT TAK KISAH SIAPA PUN YG JADI CALUN.JANJI DIA KAKI "BUAT KERJA"
Bulllshit!!..kalau itu semua dream team utk menawan Selangor!!.Saya anak jati Selangor....pelbagai daerah dlm selangor saya merantau cari rezeki...dan pelbagai pandangan yg saya dgr tentang senario politic Selangor,..Untuk pengetahuan kepada mereka yg bermimpi terutama org politic....anak anak muda di selangor sudah tidak hormat anda lagi terutama Umno.Maaf yee...bunyi mcm tak sedap tapi itu hakikat!!.maaflah...anak anak muda tidak akan mengundi pada pilihanraya akan dtg..!Jgn momokkan kami dgn ugutan agar keluar mengundi..!!..buat umno selangor....maaflah yee
Ada aku kisah.....
-Nuh Umaq
Post a Comment