Sunday, November 16, 2014

Jamu Rakyat Dengan Makanan Percuma - Strategi Khalid Ibrahim Lawan Anwar & Azmin


Dalam meneruskan perkhidmatan sebagai wakil rakyat bebas di kawasan parlimen Bandar Tun Razak dan kawasan DUN Pelabuhan Klang, bekas MB Selangor TS Abdul Khalid Ibrahim menggunakan NGO baru yang namanya lebih sesuai untuk pengusaha katering, iaitu 'Sajian Rakyat'.


Semalam, Sajian Rakyat melancarkan program sulungnya di Bandar Tun Razak.

Tidak dapat dipastikan samada program itu akan memberi impak besar kepada Khalid dalam persaingan politik dengan DS Anwar Ibrahim dan MB Selangor Azmin Ali, atau ia bakal sekadar majlis makan dan santai sesama sendiri Khalid dengan para penyokongnya.

Walau bagai mana pun, ia adalah permulaan 'lawan tetap lawan' Khalid terhadap Anwar dan Azmin.

Dalam pada itu, Khalid telah pun memindahkan pusat perkhidmatannya di DUN Pelabuhan Klang, dari Kota Pendamar ke Bandar Bukit Tinggi, yang pada pengamatan kami bertujuan untuk menjarakkan diri dari operasi PKR Cabang Klang.

Sebelum ini PKR Klang, pejabat Adun Pelabuan Klang dan pejabat perkhidmatan Ahli Majlis MPK berada dibawah satu bumbung di Kota Pendamar.

5 comments:

Anonymous said...

Haa...lantak. Ada org bagi makan, makan je la. Benda free. Pasal khalid nk perang saraf dgn anwar & azmin, tak pyh ambik peduli. Tu hal dorang. Yg penting, sajian tiap minggu ada. Horeyyy

Anonymous said...

Harap dibenarkan kaum cina tapau demi merealisasikan gagasan 1 malaysia

Yang benar
Ah jib gor

Unknown said...

LAWAN JE TAN SRI JANGAN RISAU YOU RAMAI PENGIKUT, ANWAR DAH NAK MONOPOS DAH, RAMAI RAKYAT HARAP ANWAR MASUK DALAM TU PSAL BUKTINYA RAMAI MELAYU SKONG BARISAN PRU 13 SKARANG NI PLAK POPULIRITI PM MERUNDUM,,,,,SKARANG MASA BERTINDAK TAN SRI......KAMI MENCARI PEMIMPIN TULEN,,,,,BUKAAN YG SUKA MAIN WAYANG

Anonymous said...

BUAT PARTI BARU LEPASTU CONTEST PRU14 KT SELANGOR JOINT PAS VERSI ULAMAK BUKAN PAS VERSI UDSEMAK ...RASA2 NYA BOLE MENANG BANYAK....TANSRI PROVEN AS GOOD LEADER....KALAU KALAH TAK LUAK PUN....YANG PENTING CUUUUBA DULU

Anonymous said...

Yang penting melayu kena bersatu kerana cina dah bersatu......... Melayu majority kalau bersatu masa depan Islam dan melayu dibumi Malaysia akan terjamin.......