Dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Presiden PAS seolah-olah berkenyakinan bahawa salah seorang calon PKR yang berdepan dengan saingan 3 penjuru dengan BNdan PAS adalah pengedar pil kuda.
Berikut adalah transkrip keterangan beliau, yang dipetik dari Harakah Daily;
Peguam: Adakah Datuk Seri setuju bahawa kenyataan Datuk Seri adalah fitnah?
TGHH: Siapa orang yang saya fitnah itu?
Peguam: Datuk Seri (TGHH), adakah benar kenyataan Datuk Seri adalah satu pembohongan?
TGHH: Tidak benar. Ia adalah suatu dosa besar menurut agama Islam.Bermakna, Hadi punya maklumat berkenaan apa yang didakwa berkenaan calon PKR yang terlibat mengedar pil kuda dalam video di bawah. Jika tidak, masakan beliau membuat kenyataan tersebut, sedangkan beliau faham bahawa fitnah adalah dosa besar dalam Islam.
Kebetulan, nama Chegu Bard turut disebut di dalam mahkamah.
Peguam: Bagaimana YB boleh menganggap Tuan Guru dalam ceramahnya memaksudkan orang muda di kalangan calon yang mengalami pertindihan kerusi? Adakah benar Chegu Bard juga seorang di antara calon di kerusi bertindih?
YB Azan: Ya benar.
Peguam: Adakah benar Chegu Bard juga orang muda?
YB Azan: Err... saya tak kenal siapa Chegu Bard.Berdasarkan keterangan Hadi di atas, bermakna beliau menafikan plaintif Mohd Shamsul Mat Amin sebagai pengedar pil kuda.
Oleh kerana Chegu Bard adalah antara calon bertindih (PKR dan PAS), maka apakah beliau antara orang yang dimaksudkan oleh Hadi?
No comments:
Post a Comment