Wednesday, October 22, 2014

Bahana Menerima Bantuan Syaitan - PAS Kini Sibuk Dengan Pemulihan Akidah Dikalangan Ahli Parti


PAS kini terperangkap dalam menentukan halatuju perjuangannya, gara-gara kesilapan menerima apa juga bantuan, meski pun datangnya dari syaitan.

Mungkin tuturan kata-kata Mursyidul Am PAS TG Nik Aziz sekadar berkias bagi menunjukkan bahawa PAS sedia berkerjasama dengannya, asalkan dapat menumbangkan UMNO/BN, namun ia telah mendatang mudarat yang amat besar pada hari ini.


Atas dasar yang disandarkan atas matlamat menjatuhkan kerajaan UMNO/BN, tanpa pegangan untuk mendapat redha dari Allah, kerjasama PAS dengan DAP serta PKR tidak menampak hasil dakwah yang diharapkan, sebaliknya PAS menerima bahana secara langsung dari segi pencemaran idealismenya, mahupun dari segi struktur parti berkenaan.

Bermula dari krisis perlantikan MB Selangor, mendedahkan betapa dari segi menangani dan pendekatan yang digunakan dalam penyelesaian krisis jelas berbeda.

Percanggahan pendapat dibuktikan dalam Muktamar PAS Pusat 2014 yang berlangsung di Johor September lalu, bila berlaku pertembungan idea yang saling berlawanan sesama perwakilan, termasuk di barisan kepimpinan tertinggi mereka.

Adalah sukar untuk menafikan bahawa pertembungan ini adalah antara kelompok pro ulamak dengan kelompok profesional.

Rentetan dari apa yang berlaku di mukatamar berkenaan, ternyata bahawa kelompok pro ulamak tidak senang duduk dan melalui Lajnah Dakwah PAS Pusat bingkas untuk memperbetulkan pemikiran ahli-ahlinya serta memperkasa idealisme mengikut acuan mereka.

Golongan pro ulamak mula sedar akan ancaman liberalis, yang apa mereka labelkan sebagai 'Islam tanpa syariat' sedang melanda PAS. Ancaman liberalis ini sudah ketahap mempertikai Majlis Syura Ulamak, disamping luahan tidak senang terhadap kepimpinan ulamak.

Oleh itu mereka telah memulakan program yang dipanggil sebagai 'Nadwah Permekasaan Du'at' atau dengan ringkasannya NEKAD.

Setakat ini NEKAD 1.0 dan NEKAD 2.0 telah pun selesaikan dilaksanakan, malah NEKAD 3.0 akan menyusul pada 1 November 2014, di Merbok, Kedah.

NEKAD 1.0 telah berlangsung pada bulan September dengan fokus menjurus kepada pemerkasaan fikrah dan ideologi, sementara NEKAD 2.0 yang baru berlangsung bulan ini adalah bertemakan 'Melestarikan Keistiqmahan Perjuangan Islam'.

Dalam pada itu NEKAD 3.0 bulan depan akan membawa tajuk 'Daie : Mendepani Serangan Pemikiran'.

Jelas bahawa tumpuan kini lebih terarah kepada dakwah dikalangan ahli PAS sahaja. Menurut AJK PAS Pusat, Nasrudin Hasan, NEKAD merupakan wacana pengukuhan akidah. Dengan berterus terang beliau menyatakan bahawa matlamat program ialah menangkis serangan ideologi yang merosakkan akidah termasuklah yang datang dari fahaman Syiah, Islam tanpa Syariat, Islam Liberal dan seluruh jaringan mereka.

Melihat kepada trend, berkemungkinan NEKAD akan berlangsung setiap bulan sehinggalah ke tarikh pemilihan PAS Pusat yang dijadual berlangsung Jun tahun depan.

Nampak gayanya, kelompok pro ulamak telah bertindak 'menyediakan payung sebelum hujan'!

7 comments:

Anonymous said...

Kalau PAS ikhlas mahu memperbaiki hala tuju perjuangan mereka,langkah pertama yg mereka perlu lakukan ,ialah mufarakh dari bersingkokol dgn Anwar.Anwar lah virus bahaya yg menular pada PAS.Virus Anwar cukup berbahaya,kerana beliau seorang peliwat yg mana perbuatan yg di laknat oleh Allah dan RasulNya.Selagi Pas bersama Anwar selagi itulah PAS seperti berssubahat dgn perbuatan yg di laknat Allah.Bukan sesuatu yg mustahil Pas juga sedang menerima hukuman dari Allah sekarang.

Anonymous said...

Kira oklah tu!!

PAS IBLIS DAP/PKR SYAITAN!!!

Sebab itu boleh bekerjasama!!

Anonymous said...

silap tu bro,

PAS/UMNO = Iblis
PKR/DAP = Syaitan

Jangan biarkan diri kita diperangkap ahli politik dunia yang gila kuasa dan harta. Semua pemimpin politik tanahair sekarang adalah di bawah telunjuk Cina Syaitan.

Anonymous said...

Aqidah dua tuan aji kat atas tu pun pd aku dah problem dah. Anak buahnya pulak, fikir fikir lah sendiri.
Amanat HH81, dr sudut aqidah ASWJ, boleh diterima ke ? Pd aku Amanat HH81 tu berideologikan Khawarij.
NA tu pulak, gaya gaya cakapnya, mirip ke Wahabi.

Anonymous said...

PEGANG ANJING TAK ADA OTAK.
DOA PECAH PERUT ADA OTAK............
NILAILAH DIRI..... SEMPURNAKAH AKU DISISI ALLAH.

exPAS said...

PAS tu sendiri IBLIS, so nak harap ia berubah ikhlas apanya.. dah iblis, memang sentiasa jahat dn menipu manusia. Bubar kan PAS utk hapuskan punca dn sarang iblis topeng manusia munafik nih!

Semoga PAS dn pemimpinnya dibalasbAllah atas semua kerosakan in7. Btapa ramai jd buta kayu taksub sesat dsbbkn doktrinnPAS LAKNATULLAH ni yg sukar diubati dn dipulihkan..

mae said...

tak nampak ahli pas berdakwah. kerjanya berpolitik semata2.