Pemimpin PAS Dr Dzulkefly Ahmad telah menggariskan 3 cadangan kepada MAS dalam memulihkan organisasi syarikat penerbangan nasional berkenaan, melalui artikelnya di Harakah Daily;
- Mengatasi permasalahan pengurusan yg tidak cekap dan berkesan di segi ‘Menajamkan Akumen Strategi Bisnes bagi menangani cabaran persaingan sengit perkhidmatan ‘routes’ serta kawalan kewangan dan pelaburan-perolehan supaya produktif dan berpulangan tinggi.
- Menghentikan campurtangan politik yang menyiksa pengurusan..’Political Interference’ yg menganggu kelancaran pengurusan di segi pengambilan, perlantikan dan kenaikan pangkat serta khususnya di segi pemberian kontrak servis dan perbekalan yang 'berat sebelah' serta membebankan kewangan dan menguntungkan kroni.
Beliau menulis saranan ketiga beliau (disamping 2 saranan di atas) seperti berikut,
- Mengimbangi peranan dan tekanan kesatuan sekerja yg ditanggapi terlalu kuat dan tidak membantu pencapaian prestasi dan keefisienan sistem pengurusan. Peranan mereka mesti diolah dan ditala bagi memperkukuhkan MAS dan tidak sebaliknya.
1 comment:
Pendapat ni dia ceduk lg komen2 di cyber space....
Bende ni dah lama berpusing di cyber space...
Peranan kesatuan sekerja pun bukan benda baru... byk analisa ekonomi pon ceta benda yg sama....
Post a Comment