Friday, January 3, 2014

DAP Akan Usulkan Pindaan Terhadap Enakmen Kawalan Proses Murtad Kepada Orang Islam Di Selangor - PAS Sedia Sokong?


Menurut laporan The Selangor Chronicle, DAP akan memulakan usulkan pindaan terhadap Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988.

Terus terang dikatakan bahawa saya sememangnya menunggu adanya usaha bukan sahaja meminda, malah untuk memansuhkan enakmen berkenaan.

Hal ini adalah lantaran sikap membisu pemimpin-pemimpin beragama Islam dalam PKR dan pemimpin-pemimpin yang dikatakan ulamak dalam PAS terhadap isu pertikaian penggunaan kalimah Allah oleh mereka selain Islam.

Samada pemansuhan mahu pun pindaan terhadap enakmen berkenaan hanya memerlukan 'majoriti mudah' dan sebagai rakyat biasa, saya ingin benar melihat pendirian para Adun Islam PAS dan PKR dalam membuka kebebasan berugama secara mutlak di negara ini.

Saya percaya bahawa sikap membisu PAS dan PKR adalah lebih terdorong kepada aspek teknikal perundangan, yang jelas menunjukkan pemimpin Islam dalam parti-parti berkenaan terperangkap dalam 'game' tersebut. Saya khuatir dengan sikap mereka yang tidak berfikiran melangkui agenda sebenar kelompok yang ingin membuka ruang kebebasan beragama secara mutlak di negara ini, bakal memudaratkan kepada kedudukan Islam di negara ini.

Apakah ini juga satu permulaan kepada pindaan kepada kedudukan Islam dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan?

6 comments:

Anonymous said...

Bagus....sila buka rentak tarinya ya....

Anonymous said...

Pas dan PKR akan menyokong apa saja yang dibuat oleh DAP, kerana mereka bukan menjaga Islam, tapi menjaga pengundi cina, termasuk menggadaikan Kalimah Allah pada sekutu mereka DAP, itulah hakikat parti yang menggunakan nama Islam bagi membodohkan penyokong mereka yang memang dah bodoh dan dungu.

Anonymous said...

Allah bayar cash pada pas.....syiah dan pluralisme sekutu pas......hikmah dan takdir allah kenapa tidak ada penyatuan pas- umno.....pada melayu pas buka mata dan hati dan buang kan ego yang ditanam oleh pemimpin kelian....pemimpin kamu bukan pembela umat islam dan melayu......

Salleh said...

Ntah....teramat x faham langsung dgn PAS. Berapi2 kalau dgn UMNO. Tpi dgn DAP....menikussssss. Dgn sedara sesama islam sanggup berperang. Tpi dgn kafir yg jelas2 tunjuk belang.....boleh dibuat baik2 plak. Boleh tepuk bahu lgi. Walaupn ilmu agama bnyk....blm ada jaminan semua tindak tanduk PAS betul. Hukum dan akhlak PAS belum tentu boleh diikuti. Ramai artis2 baru berubah....dan terus cenderung kpd PAS sbb anggap itu shjlah jln yg diikuti utk jdi baik tanpa ilmu yg cukup. Tu yg jdi artis baru berubah....tp mulut langsung x dijaga. Sya tertarik dgn satu video ustaz Harun Din menceritakan pasal kisah syiah. Dia pn pnh dijemput ke iran bersama2 bbrp rakan masa sekitar tahun 80-an. Disana mereka brainwash...pastu ajak masuk syiah. Ustaz Harun Din menolak...tetapi bbrp rakan dia terus masuk syiah....termasuk guru dia sendiri yg mengajar diuniversiti. Bermakna ustaz yg ilmu bnyk pn blm tentu sepanjang masa berada dijln yg betul. Itu yg aku lihat sekarang ni. Ustaz dgn ilmu agama bnyk....tpi mulut...mengata , mencaci.....itukah dia akhlak islam? Dlm soal pertahankn akidah umat islam malaysia pn masih berdolak dalih. Fikir2lah balik.

jebat said...


PAS 11

PIS (fish) !!

PUSSY ( CARILAH SEDIR ISTILAH NYA)

hangkedee said...

Pas pertama lulus serban ketayap
Pas kedua Pus pus kucing kurap DAPIG
Pas ketiga pussy semua giler lubang sebab simbolnya lubang kosong.
Pas ke empat sila sambung......