"Selama ini kita tidak pernah berkelahi mengenainya kerana mereka (penganut Kristian di Semenanjung) tidak pernah menggunakan istilah itu, jadi mengapa perlu menyakiti hati pihak lain, tak rugi kalau tak guna istilah Allah," - Tun Dr MahathirCukup menarik kenyataan Tun Dr Mahathir yang dipetik oleh The Malaysian Insider di atas.
Setelah sekian lama Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988 diwartakan, mengapa hanya kini dipersoalkan.
Dalam membicarakan isu ini, kita tidak lari dari hakikat mengaitkannya dengan politik, meski kebebasan berugama dijadikan alasan untuk mencabar penggunaan kalimah 'Allah'.
Mengimbas kembali kepada suasana ketika enakmen ini digubal (1988), perlu diketahui negara dalam keadaan;
- PAS dan UMNO bersaing untuk menjuarai isu-isu Islam, malah turut bersaing untuk kelihatan lebih Islamik
- PAS memainkan isu Kritianisasi terhadap orang Melayu dan Islam dan dilihat sebagai ancaman terhadap keselamatan dan keharmonian negara
- DS Anwar Ibrahim berada dalam kerajaan sebagai menteri
Justeru, apa juga berkaitan maruah Islam PAS dan UMNO saling sambut menyambut. Karpal Singh sendiri pernah menyatakan kekhuatiran terhadap persaingan diantara dua parti Melayu/Islam berkenaan dalam menjuarai Islam. Ini kerana, melalui persaingan tersebut mendorong kepada perlaksanaan dasar-dasar yang berbentuk Islamik yang tidak disukai oleh DAP.
Tanpa disedari, persaingan PAS dan UMNO untuk kelihatan Islamik menjadikan Islam itu kuat dan digeruni. Jika Islam tidak kuat, masakan tiada cabaran yang dibuat terhadap enakmen berkenaan ketika itu.
Berbeza keadaannya pada hari ini, iaitu apabila Anwar Ibrahim berada diluar kerajaan, strategi politik yang dikepalai oleh beliau lebih menjurus kepada bentuk penyatuan DAP dan PAS disamping PKR.
Untuk setakat ini, Anwar berjaya melenturkan Mat Sabu dan Khalid Samad yang pernah menjadi tokoh muda PAS yang begitu lantang dalam menjuarai isu Kristianisasi pada 1987, menjadi lembik dan liberal dari segi pemikiran.
Disaat dan ketika Anwar berada di kerusi empuk anggota kabinet, Mat Sabu dan Khalid Samad pula menjadi tahanan ISA dengan isu yang dimainkan oleh mereka.
Rentetan daripada itu, maka mendorong kepada penggubalan dan perwartaan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988.
Teruskan dengan membaca dan melihat faktanya di SINI.
No comments:
Post a Comment