Sunday, December 29, 2013

Apa Guna Keris Tersisip Dipinggang Exco Agama Selangor Kalau Tak Reti Bertikam?

Anda lihat sendiri keceriaan Exco Agama Selangor Sallehin Mukhyi (foto) dengan keris tersisip dipinggang, ketika dirakam sempena majlis hari keputeraan Sultan Selangor di Istana Alam Shah Klang, 11 Disember lalu.

Adun PAS Sabak ini, hanya memerap di kerusi exco tanpa berbuat apa-apa apabila Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988, dipertikaikan oleh NGO bukan Islam.

Jika tidak mahu menjawab pun, apa salahnya kalau mengambil inisiatif untuk meredakan keadaan, apabila pemimpin gereja serta Majlis Perundingan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) mempertikaikan usaha-usaha  penguatkuasaan JAIS terhadap enakmen berkenaan sebagai tidak mematuhi perlembagaan.

Isu bermula apabila kumpulan Kristian atas nama International Full Gospel Fellowship menggunakan kalimah 'Allah' dalam suatu majlis berlangsung di sebuah hotel di Klang.

Dalam keadaan PAS Selangor sebagai parti terbanyak disamping DAP yang masing-masing mempunyai 15 kerusi dalam DUN Selangor, berbanding PKR yang sekadar punya 14 kerusi, sewajarnya mereka (PAS) membuat pendirian terhadap kedudukan enakmen berkenaan, iaitu samada untuk kekal dikuatkuasakan atau dimansukhkan.

Pada tahun 2010, MP PAS Shah Alam Khalid Samad pernah mendakwa bahawa enakmen berkenaan telah ketinggalan zaman dan satu syor pindaan telah dirangka mensesuaikan enakmen berkenaan dengan keadaan semasa, baca SINI.

Meskipun telah melangkui 3 tahun, belum ada satu pun draf yang dikemukakan oleh PAS untuk meminda enakmen berkenaan, walhal isu penggunaan kalimah 'Allah' berterusan menjadi polemik politik.

Sejarah penggubalan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988, hakikatnya rentetan dari isu Kristianisasi yang dimainkan oleh PAS pada tahun 1987.

Dalam Kertas Putih Ops Lalang 1988 yang bertemakan 'Kearah Memelihara Keselamatan Negara' (butiran penuh klik SINI), ada menyebutkan peranan Khalid Samad dan Mohamad Sabu dalam menimbulkan keresahan dan ketegangan dikalangan orang Islam terhadap bukan Islam (muka surat 10 dan 11 kertas berkenaan).



Mengambilkira cetusan keresahan dan ketegangan yang dimulakan oleh Khalid dan Mat Sabu, lalu langkah pencegahan dibuat melalui Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988, yang melarang penggunaan istilah-istilah berikut oleh bukan Islam:-



Keseluruhan enakmen berkenaan boleh baca SINI.

Sikap berdiam diri pentadbiran tertinggi kerajaan negeri Selangor dalam isu ini adalah dipersoalkan, malah seolah-olah sengaja mengheret Sultan untuk mencemar duli untuk menjawab isu ini, atas kapasiti Ketua Agama Islam, hinggakan memaksa Pengerusi MAIS Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa untuk mempertahankan enakmen berkenaan, baca SINI.

Dalam pada itu, khusus kepada Khalid Samad dan Mat Sabu, mereka kini berubah pendirian dalam menangani gejala pemurtadan dikalangan masyarakat Islam. Sementara bagi Sallehin yang menjadi Exco Agama, dimanakah peranan anda sebagai Exco yang ditauliahkan oleh Sultan?

2 comments:

Anonymous said...

dah kira ok la tu daripada menangis sambil cium keris ....
duk diam2 tiap bulan dapat RM20,250... selama 60 bulan tu !!
pada pengundi Selangor ... terima lah apa saja yang kamu pilih ... air .. tol .. cukai .. GRO .. agama .. gangster ..
... tak mau buat demo guling kerajaan negeri ke ... ????

usin said...

lebih 20 ribu sebulan tu! kira lumayan la jugak. jangan lupa bayar utang dgn jpa masa belajar dulu. utang sikit cam tu jangan bawak ke mati, susah pulak nak jawab dgn malaikat....