Sunday, November 10, 2013

Mat Sabu Punca Kehilangan Sokongan Melayu Terhadap PAS - Nik Amar Nekad Lawan Timbalan Presiden PAS


Kini sah akan berlaku pertembungan untuk kerusi Timbalan Presiden dalam pemilihan PAS bulan ini.

Nik Amar hari ini telah mengesahkan untuk mencabar Mat Sabu bagi jawatan tersebut dan menjadikan alasan kehilangan sokongan Melayu terhadap PAS punca penyertaannya.

Dengan keputusan itu bermakna sekali lagi membawa kepada petunjuk bahawa ada kecenderungan untuk mengembalikan kepimpinan ulamak dalam menerajui PAS.

Nik Amar punya berlatarbelakang pendidikan Islam, malah memiliki sarjana berbanding Mat Sabu yang sekadar drop out ITM.

Bagi AJK PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad pertembungan samada untuk memilih ulamak atau bukan ulamak, harus mengambilkira kompentensi dan integriti yang kelebihan adalah milik Nik Amar

Namun apabila Dr Dzul mengajuk cakap mengikut pelat Cina, "tiada serupa bikin dan bikin pun tiada serupa janji," dalam merujuk betapa tidak itiqamahnya PAS terhadap DAP, jelas menunjukkan yang golongan bukan ulamak lebih cenderung untuk memilih Mat Sabu.

2 comments:

Anonymous said...

Sekadar nak mengigatkan seluruh perwakilan dan ahli Pas. Mat Sabu sering mendesak pemimpin BN yang lemah termasuk menyebabkan parti mereka lemah, letak jawatan.Cuba fikir sejenak, PRU 13 yg lalu berjalan semasa Mat Sabu jadi Timbalan Presiden. Apakah kekelahan teruk PAS hingga hilang negeri Kedah, dan Mat Sabu pun kalah di parlimen Pendang sebagai kubu Pas, ertinya Mat Sabu mesti bertanggung jawab. Mat Sabu bukanlah seorang pentadbir, hanya sesuai sebagai penceramah Raja Lawak politik.Perwakilan juga, khasnya yang tahu dan ada bukti Mat Sabu seorang Syiah, mesti menolak Mat Sabu, kerana dia akan mendatangkan bala yang besar kepada Pas. Walau pun Datuk Nik Amar dikatakan banyak kekeurang berbanding Mat Sabu, tetapi di sisi Allah dia lebih beriman kerana Ahli Sunnah Wal Jamaah.ngat sokong Mat Sabu, sokong Syiah, sokong Syiah sokong puak yang menghina sahabat.

Kawan Mat Toi said...

Selepas Mohamad Sabu menang Timbalan Presiden Pas penggal lalu, ada suara dari pemuda Pulau Pinang kata Lim Guan Eng taja Mohamad Sabu. Kalau benar begitu, perwakilan wajib menolak Mohamad Sabu, kerana dibelakngnya adalah musuh Islam. DAP, sekali pun Lim Guan Eng yang nampak islamik itu, tidak akan bersetuju dengan Islam. Mohamad Sabu hanya jadi boneka Lim Guan Eng.