Thursday, October 24, 2013

Setelah Gagal Selama 5 Bulan, Kini Azmin Ali Merbahaya Kepada Wan Azizah & Khalid Ibrahim


Umum mengetahui bahawa Presiden PKR DS Wan Azizah lebih cenderung untuk memilih TS Khalid Ibrahim menyambung tugasan sebagai MB Selangor, selepas PRU13.

Pendirian tersebut amat berbeza dengan pendirian Majlis Pimpinan PKR Negeri (MPN) Selangor, yang memihak kepada Pengerusi MPN mereka, Azmin Ali untuk mengambilalih jawatan MB Selangor.

Ketika umum melihat nasib Khalid dari sudut dalaman PKR Selangor yang boleh dikatakan sebagai 'tutup buku' selepas PRU13 Mei lalu, mujur sokongan dari PAS dan DAP Selangor serta watikah cadangan Wan Azizah sebagai Presiden PKR telah menyelamatkan Khalid untuk dilantik semuala sebagai MB Selangor.

Selepas gagal selama 5 bulan menyemaikan kebencian terhadap Khalid, akhirnya Azmin berjaya mempengaruhi PAS dan DAP melalui termeterinya tandatangan Dr Rani Osman (Pesuruhjaya PAS Selangor) dan Lau Weng San (Pengerusi DAP Selangor) keatas memorandum bersama PKR Selangor yang dihantar kepada Khalid Ibrahim.

Tergelincirnya pendirian PAS dan DAP itu, menunjukkan permulaan diatas kebangkitan Azmin dalam politik dalaman Pakatan Rakyat Selangor, sementelah sememangnya berkuasa dalam PKR Selangor.

Sementara itu bagi Wan Azizah, langkah Azmin ini tentunya akan menjadi awal sifir baginya, samada mahu terus kekal sebagai Presiden PKR atau sebaliknya.

Gerakan Azmin itu jelas merbahaya kepada Wan Azizah dan Khalid Ibrahim.

No comments: