Sunday, June 23, 2013

Apa Sudah Jadi Pada Majlis Keselamatan Negara? Sudah 6 Jam Tapi PM Belum Umum Darurat


Sehingga artikel ini ditulis, PM sebagai Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) belum lagi membuat pengumuman berhubung pengisytiharan darurat untuk kawasan Muar dan Ledang yang telah pun mececah indeks pencemaran udara (IPU) ketahap 746 pada jam 7 pagi tadi.

Kebanyakan media utama sekadar melaporkan kenyataan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar DS G. Panivel yang menyatakan PM DS Najib Razak bersetuju mengistiharkan darurat untuk 2 daerah berkenaan.

Malah menurut laporan media lagi, Ketua Pengarah Jabatan Alam sekitar telah memaklumkan kepada Pengarah MKN berhubung situasi terkini IPU.

Untuk rekod, pada tahun 2005 Klang dan Kuala Selangor telah diisytiharkan darurat apabila IPU melepasi 500.

Suatu perkara yang amat malang apabila tiada tindakan dari MKN, sebaliknya terlalu bergantung kepada laporan dari JAS.


Apa sudah dengan MKN yang laman webnya dikemaskini setakat 6 Jun 2013? (Sila semak SINI).

7 comments:

Anonymous said...

Nak umum darurat, Agong kena tandatangan la. Masa Tun Mahathir umum darurat alam sekirar tahun 90an dulu, camtu gak. Bukan kuasa Perdana Menteri.....

Anonymous said...

Petikan berita dari Utusan Malaysia

Tokoh pendidik, Prof. Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah yang juga Presiden Majlis Perundingan Melayu berkata AKIBAT METROKRASI PENDIDIKAN yang diamalkan oleh Kementerian Pendidikan :

1. Meritokrasi telah berjaya mewujudkan ketuanan Cina.

2. Tidak ada yang menguntungkan kepada pelajar Melayu.

3. Kemerosotan bilangan pelajar Melayu di IPT. Kini ada hanya kira-kira 35 peratus pelajar Melayu dan selebihnya kaum Cina.

4. Pelajar cina menjadi penerima utama biasiswa iaitu 80% pada 2012.

Amat menyedihkan dan amat malang bagi orang Melayu. Perdana Menterinya orang Melayu, Menteri Pendidikannya orang Melayu .. tapi nasib orang melayu tak terbela.

Pendedahan bermakna daripada Prof. Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah diharap dapat menyedar orang Melayu begitulah " Nasib Melayu Di Bumi Sendiri ".

Seruan saya, TERUS LAH BERPECAH, TERUS LAH BERCAKARAN wahai pemimpin2 Melayu SEMUGA HENDAKNYA SATU HARI NANTI kita orang2 Melayu mencapai KEJAYAAN MENJADI BANGSA YANG MEREMPAT di bumi sendiri.

Seruan kita kepada Najib Razak, Hadi Awang dan Anwar Ibrahim TERUSKAN USAHA MURNI KALIAN dan JANGAN BEREHENTI selagi MELAYU TIDAK MEREMPAT DI BUMI SENDIRI.

Hj Ariffin

MELAYUJATI said...

Kaum Melayu yang perlu mengambil iktibar dari meritokrasi ini, belajar rajin2 bukan main2, initak kelulusan sekadar cukup makan, tapi nak masuk u, dunia sekarang dunia pantas siapa cepat dia dapat siapa usaha lebih dia akan berjaya, mak bapak melayu asyik tukar kereta, melancung, beli barang2 tak perlu, tapi anak nak masuk u kena pinjamn PTPTN, mana nak cukup, kadang 2 sianak makan pun tak cukup , makan megi selalu, kurang nutrien macam mana nak bijak kepala otak, lepas tu yang pulak dapat PTPTN beli h/phone mahal2, ada beli motor, dan ada juga bayar downpayment beli kereta, bila duit PTPTN tak cukup mulalah jimatkan makan, janji bergaya bior papa, macam mak bapak dia orang. sebab itulah Dr Mahathir cakap beliau gagal, gagal nak mengubah minda melayu ni, terutama sekali melayu haprak....bila tak dapat kerja salahkan kerajaan, majikan nak ambil kerja macam mana kalau kelulusan pun atas pagar, dah tu keperibadian pulak hancus, personaliti menjelekkan, serba kekurangan tapi nak menjawat jawatan besar sebab dia ada ijazah , tulehhhhhh.....

Anonymous said...

Dharurat tu Najib bilang Da Lapuk, Nak Tanya dia Bila dia nak mansuhkan Anta Cetak, Akta hasutan dan Akta Polis, ? Semua Akta tu da lapuk, janji dtepati! Kita tunggu kalau Najib sanggup mansuhkan Akta Penting Akta d atas takkan Najib tak berani?

Muslim said...

1. Hentikan semua aktiviti yg boleh meningkatkan debu terapung di udara, spt pembakaran, pembinaan, kuari dsb.
2. Semburan air dr bangunan bangunan tinggi dan lori lori air yg sentiasa bergerak mungkin juga dpt mengurangkan kepadatan debu terapung di udara.
3. Pembenihan awan dan hujan tiruan juga patut dicuba.
4. Solat hajat dan doa agar dihindari dr bala' yg ditimpakan tidak harus dilupakan.

Husin Lempoyang said...

Kalau cina marah, cepatlah dia umumkan

Anonymous said...

anwar tak perlu jadi pm sebab najib jadi proksi anwar..apa sahaja permintaan pembangkang semua dituruti tetapi cadangan daripada penyokong UMNO/BN sendiri dibakul sampahkan......buat penat jer sokong bermati-matian.