Saturday, May 18, 2013

Dah 5 Tahun Perintah Baru PAS Nak Merancang? Patutlah Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor Main Futsal Di Gelanggang BN


Ustaz yang tengah tendang bola dalam foto atas bukan calang-calang orang. Jawatannya ialah Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor. Rasanya dia bangga dapat bermain di padang futsal yang terpampang dengan bendera BN.

Disamping jawatan tersebut, Sallehen Mukhyi juga adalah YDP PAS Sabak Bernam malah pernah menjadi Penyelaras DUN PR Selangor bagi DUN 02 Sabak.

Pada PRU13, Sallehen menang dan telah secara rasmi menjadi ADUN di kawasan berkenaan. Dalam kenyataannya kepada portal Media Selangorku, Sallehen berazam untuk melakukan penstrukturan semula pembangunan pekan Sabak Bernam dalam mempertingkatkan ekonomi dan membasmi kemiskinan.

Bukan memperkecilkan azam beliau, cuma sekadar bertanya apa yang beliau buat selama 5 tahun menjadi Penyelaras PR DUN Sabak? Malah untuk tempoh 5 tahun lepas, Selangor telah pun diperintah PR dan apa pula tindakan dan usaha beliau di Sabak? Goyang kaki?

Inilah antara contoh kelemahan PAS di Selangor, iaitu umpama melukut di tepi gantang. Oleh kerana tiada tindakan pro-aktif, maka tiada seorang pun layak untuk diketengahkan menjadi MB Selangor.

Sallehen gagal untuk 5 tahun pemerintahan PR di Selangor untuk mengurus sumber-sumber yang diwarisi dari Kerajaan BN sebelumnya.

Atas kapasitinya sebagai YDP PAS Sabak Bernam, sewajarnya untuk tempoh 5 tahun (2008 - 2013) Sallehen mengambil peluang dengan kewujudan institusi-intitusi nasional yang telah bertapak di Daerah Sabak Bernam. Antaranya termasuklah Institut Perakaunan Negara, Politeknik Sultan Idris, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi dan Kolej Komuniti yang dengan sendirinya menjadi pemangkin dalam pertumbuhan ekonomi di kawasan berkenaan.

Ditambah pula dengan institusi yang dibina oleh Kerajaan Selangor seperti Institut Latihan Dakwah Selangor, Asrama Yayasan Selangor dan Institut Kemahiran Yayasan Selangor, bermakna Sabak Bernam telah dijadikan hab modal insan oleh Kerajaan BN.

Malang sekali, Sallehen gagal mempertahankan Institut Kemahiran Yayasan Selangor yang pernah menjadi kontroversi apabila telah ditutup oleh regim Khalid Ibrahim atas alasan tidak membawa keuntungan. Hakikatnya, tidak kedengaran suara penentangan dari Sallehen dan dengan sendirinya menunjukkan kerelaannya dengan penutupan pusat modal insan di dalam kawasannya.

Kalau inilah kaedah dan pendekatan yang diambil oleh YDP PAS Sabak Bernam itu, bermakna proses pembangunan kawasan tersebut adalah 5 tahun untuk memandang, 5 tahun kedua untuk merancang dan 5 tahun ketiga untuk melaksana.

Soalnya, bila Sabak Bernam akan maju seperti daerah lain di Selangor?

4 comments:

Anonymous said...

Penceramah Ugama PAS, Ustaz Khalid Nayan telah mulakan sessi kuliah agama berunsur politik di Masjid Kampong Raja Uda, Port Klang. Dengan bongkak mencabar Jemaah yang mendengar membuat laporan. ceramah saperti ini akan berterusan hingga ke PRU ke 14.

Rakyat Selangor tak boleh berbuat apa apa kerana Pengurusan Masjid di Selangor di tadbirkan oleh orang PAS. Nasihat DYMM Baginda Sultan tidak di peduli. Perhatikan di Masjid Selangor semasa solat Jumaat, khutbah ke dua. Mereka mereka ini tidak akan mengangkat tangan mendoakan kesahjeteraan Baginda Sulta.

Anonymous said...

Benda macam ini pun nak jadi isu....mentaliti kampungan sungguh.

Anonymous said...

Pas sepanjang tahun sebar fitnah, bukan nak majukan negeri. Apa lah yang boleh diharap daripada pas. Pas pun penyokong peliwat dan penzina,tapi berlagak konon nak jaga pintu syurga.

Anonymous said...

Hai PAS..ALLAH SWT perkenankan doa awak jadi Khalifah Selangor supaya tutup Carsberg di ShahAlam APASAL TAK BUAT? Orang Selangor pilih awak Kususnya orang Islam ..supaya awak bertanggung jawag jadi MB APASAL TAK jalankan tanggungjawab? Kalau tak mahir kene belajar ..prove to the world ape yang hendak diperjuangkan selama ni...kenapa chicken out? APASAL suruh LGBT gang yang perintah? lari dari tanggungjawab?