Friday, May 17, 2013
Amaran Awal Khalid Ibrahim Pada Najib Razak
Satu risalah amaran MB Selangor kepada PM tersebar di laman sosial.
Amaran MB Selangor itu adalah berkenaan dengan cabaran supaya tidak mengutip cukai di Selangor jika Kerajaan Pusat tidak mahu membantu negeri berkenaan.
Suatu kelebihan bagi Khalid ialah mengira pendapatan, tetapi jika dikaji pula dari segi menjana pendapatan maka itu pulalah kekurangan Khalid.
Dalam meletakkan Selangor sebagai negeri termaju di Malaysia bukanlah suatu proses sekelip mata. Namun itulah bagi Khalid, celik sahaja mata sebagai MB Selangor, negeri yang ditadbirnya telah pun menjadi kaya raya.
Maka itulah modal yang dijaja oleh Khalid dan Pakatan Rakyat, kononnya dalam tempoh 5 tahun mentadbir Selangor, sudah mengatasi puluhan tahun pentadbiran Barisan Nasional.
Khalid semasa kempen untuk kerusi DUN Pelabuhan Klang yang ditandinginya pada PRU13 mendakwa yang kononnya beliau lebih pandai dari Najib. Malah beliau juga tampil dengan anggaran hasil mahsul dari Pelabuhan Klang sebanyak RM30 bilion setahun dan menuntut 5% daripada amaun itu untuk kawasan yang telah dimenanginya itu.
Dengan gelagat Khalid itu, jelas bahawa beliau tidak punya pemikiran yang inovatif, malah kemampuan Khalid sebenarnya adalah sekadar mengurus kepada benda yang telah ada.
Dalam biografi Tun Dr Mahathir, 'A Doctor In The House', TDM memperincikan pembangunan Pelabuhan Klang sebagai hab perkapalan, yang menceritakan betapa sebelum beliau menjadi PM, kerajaan BN telah pun merangka untuk memperbesarkan dermaga di pelabuhan berkenaan.
Kawasan yang sebelumnya adalah kawasan paya bakau telah ditebus menjadi jajaran dermaga untuk kapal-kapal berlabuh. Bukan itu sahaja, TDM juga menceritakan betapa kabinet telah mengarahkan Menteri Pengangkutan untuk mengkaji jumlah TEU (20 footer equivalent unit container) yang diguna dan dikendalikan seluruh Malaysia. Penemuan kajian menunjukkan kebanyakan kontena dihantar ke pelabuhan Singapura untuk tujuan import dan eksport, kerana kebanyakan 'mother vessel' tidak masuk terus ke Pelabuhan Klang. Ini bermakna, peranan Pelabuhan Klang hanyalah sebagai 'feeder' kepada Singapura.
Kabinet TDM ketika mengarahkan menteri sendiri menjadi 'salesman' untuk melobi syarikat-syarikat perkapalan membawa masuk 'mother vessel' mereka ke Pelabuhan Klang.
Hakikatnya, apa yang diusahakan oleh kerajaan BN lebih 20 tahun dulu telah pun menunjukkan kejayaan dengan jumlah TEU yang dikendalikan meningkat lebih 10 kali ganda (sebelum ini kendalian sekadar 1 juta TEU setahun dan kini mencecah 13 juta TEU untuk keseluruhan pelabuhan di Malaysia).
Berbalik kepada betapa tidak inovatifnya Khalid, beliau telah pun diberi peluang untuk menerajui Guthrie malahan diberi peluang untuk memilikinya. Khalid bukan bermula dengan 'zero' dalam mengendalikan Guthrie, tetapi diberi peluang untuk memulakan dirinya sebagai tokoh korporat pada sebuat entiti yang telah pun menempa nama.
Kegagalan Khalid di Guthrie, tidak dijadikan iktibar olehnya. Sebaliknya, ia terbawa-bawa dalam mengurus kerajaan Negeri Selangor. Kalau Khalid berjaya di Guthrie, tentunya Guthrie yang 'makan' Sime Darby dan bukan sebaliknya.
Apakah pembaharuan Khalid dalam menambah hasil negeri? Cukupkah dengan hanya dakwaan bahawa rezab tunai Selangor meningkat semasa pentadbirannya, walhal pada masa yang sama pembangunan infrastruktur asas gagal diteruskannya?
Kesimpulannya, inilah hakikat kelemahan Khalid. Beliau tidak inovatif dan sekadar mampu merengek untuk itu dan ini, serta setiap malam sebelum tidur menghitung 'harta' yang diwarisinya dari Kerajaan BN sebelumnya.
Jadi, apa yang hendak dibanggakan oleh para penyokong Khalid?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
16 comments:
Kalau tak gagagagap bukan khalid le..jd MB pun ats SBB PAS TAKUT....CUBA TANYA KHALID PUNCA KEKAYAAN SELANGOR ASAL DARI SAPE....PASTI GAGAGAP PUNYA...
salam blog tuan sudah dipautkan,mohon dipautkan juga disini..tq
Berapa Billion sangat lar tu... Selangor dah lama membangun, biar prioritise belanjawan kepada yg perlu ajer...
tak payah layan, tak payah respon. biar gagap terus membebel. teruskan proses biasa pembayaran cukai setiap kerajaan negeri dan serahkan hak peruntukan setiap negeri macam biasa. buat apa nak layan orang gila...
hahaha tarik balik apa yg BN bina di Selangor.
Selangor ni patut bawah BN, takdelah Khalid kata dia yang majukan selangor , skrg dah mula nak lawan pusat.Biasalah nama pun pembangkang.
Rezab tunai Selangor meningkat sbb jual anak syarikat kerajaan negeri dgn sumber negeri. Nie org panggil Cosmatic Improvement
Masing-masing dah pandai nak buat undang-undang yang menguntungkan mereka begitu juga di Pulau Pinang,orang lain yang buat, dia kata dia buat macam umang-umang bangkai, sedarlah orang Islam dan Melayu, jangan di tipu oleh puak-puak yang mementing diri sendiri.
Apa nak bising,Melayu Sgor terutama orang PAS nak juga digulakan olih mata sepet.Menang lebih kerusi pun kecut telor nak claim jawatan MB...setuju..setuju di perkudakan olih DAP dan PKR.Kita tunggu dan lihat,5 tahun agak lama,berapa banyak lagi harta Sgor akan digadaikan dan berapa lama orang Melayu akan tahan dengan kerenah politik PR.5 tahun dahulu mereka sepatutnya mendapat iktibar tapi inilah masaalahnya dengan golongan penduduk bandar yang beranggapan mereka kaum intelek dari orang Kg yang beri sepenoh sokongan kepada UMNO.
Wakakakakakakakakakakaka ...
Seronok tengok Khalid Ibrahim buat statement macam ni.
Betul2 gua setuju. Biar Khalid kutip cukai dia sendiri untuk tadbir negeri Selangor. Biar dia tahu susah senang mentadbir kerajaan.
Gua setuju BN jangan bagi sebarang dana pada Selangor.
Gua setujuuuuuuuuuuuu sangat.
kalau gitu, putrajaya tak perlu lah bayar RM 600juta setahun kepada selangor kerana putrajaya ambil tanah selangor masa pembinaannya.
umno bodoh suka mempolitikkan keadaan zahid dan ahmad maslan adalah spesis lembu bodoh
orang melayu umno bodoh selamanya lebih mementingkan poltik perkauman sempit dari memperbaiki semangat federalisme
umno bodoh terukanlah dengan apa yang dikatakan ancaman kepada melayu hakikatnya umno lah yang mengancam dan membunuh melayu
tanah rizab melayu makin sikit sebab umno..umno barua tauke cina
inilah melayu celaka umno
kalau takat jual aset pkns senanglah kalau gitu, ibarat orang kaya hasil jual harta pesaka nenek moyang
mgkin anda yg bdoh.mlysia mju krna org umno la.hdup snang.mlayu mlas cm pr .nk sng sklip mta.pkai roket ktkan.
Anon 2.14
Kalau anda orang Sgor,anda lah orang Melayu paling bodoh.Selama 5 tahun lepas anda telah diperbodohkan olih Ketua saorang orang Melayu tetapi tidak bolih membuat keputusan \melainkan dapat persetujuan kaum mata sepet,masih lagi beri sokongan.Malu lihat saorang MB angkat sumpah macam zaman silam pegang tombak.Kita lihat dalam 5 tahun akan datang ni bolih bertahan atau tidak,jangan harapkan restu kaum mata sepet nak menang pilihanraya.
jgn lupa tanya khalid soalan senang, satu hari brp gelen air pakai kat kilang guiness stout, carlsberg, mineral water dan lain2?
brp banyak boleh supply pada penduduk dgn kapasiti yg sama?
kenapa selangor kurang air? camana nak selesai?
kalau duit banyak air takde tak guna jugak.
Post a Comment