Friday, February 22, 2013

Khalid Ibrahim Sudah Dirasuk Syaitan - Arahkan Semua Projek Persekutuan Digantung Untuk Perlaksanaan Di Seluruh Selangor Gara-Gara Kalah Di Mahkamah


Gara-gara marah kerana tewas di mahkamah MB Selangor TS Khalid Ibrahim bertindak bagai dirasuk syaitan dengan mengeluarkan arahan menggantung semua projek prasarana Kerajaan Persekutuan di Selangor, seperti jalanraya dan bangunan.

Menurut laporan portal Media Selangorku terang-terang menyebut,
Keputusan itu dibuat Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai respons terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini di dalam kes dua tiang kamera penguatkuasa automatik (AES) yang dipasang di lebuhraya di dalam kawasan Sepang.
Dengan arahan tersebut, bermakna Khalid sengaja membuat onar terhadap Kerajaan Persekutuan dan pada masa yang sama menjadikan rakyat Selangor sebagai tebusan.


Projek di atas adalah antara contoh projek Persekutuan di Selangor, iaitu pembinaan jambatan antara Pulau Carey dengan Pulau Indah di Pelabuhan Klang.

Projek di atas amat penting bagi mempermudahkan trafik antara Pelabuhan Barat di Pulau Indah dengan tanah besar dalam konteks meningkatkan lagi kecekapan pelabuhan tersebut mengendalikan kargo ke seluruh negara.


Khalid bertindak dengan kemarahan walhal jambatan tersebut dibina demi kesejahteraan rakyat di negeri yang ditadbirnya.

Jika inilah sikap dan pendirian Khalid, maka rakyat Selangor WAJIB menolak Khalid dan Pakatan Rakyat  dari terus mentadbir Selangor.

7 comments:

Anonymous said...

Ini la sikap pemerintah yg zalim.

Anonymous said...

Elokle si gagap MB ni buat giler.. supaya rakyat senang dan dgn yakin menolak Pakatan Haram Lahanat PRU13 ni!!

Dia xprofesional jd pemerintah, dendam dan sakit hati, bakar kelambu..

Anonymous said...

Dlm selama aku mengikuti politik sejak kecil lagi, ni le pertama kali aku jumpa MB paling pelik sekali. Lawak bebenor. Skrg ni dh jelas sgt2 perangai buruk die tu. Bkn perangai buruk die...perangai sebenar PKR. Rakyat ape dipedulikn. Air xde...ape aku peduli. Jln x siap...ape aku peduli. Yg penting...padan muka kerajaan pusat. Ni MB paling stupid sekali yg aku pnh jumpa. Kalau keputusan mahkamah memihak kpd PKR, dikatakan mahkamah telus. Tp bila kalah, terus diserang. Yg buat keputusan tu mahkamah, bkn kerajaan. Kdg2 ade gk keputusan tidak memihak kerajaan. Tp ade ke kerajaan buat perangai mcm budak2 kecik....CEHHHHHH.,....pi rahhhh. X matang langsung.

Anonymous said...

Bodoh piang punya Menteri Besar. Aku malu nak mengaku di MB kerna tindakan dia sangat kebudak-budakan. Buat malu orng Melayu aje. Ini lah namanya jahanam punya MB. Bodoh,tolol, budak hingusan, dungu, bahalol, bangang, dll yg sewaktu dgn nya.

Anonymous said...

Perintah negeri Selangor mcm dia punya negeri. Ingat, ini rakyat punya negeri. Lu jangan suka hati bikin ini negeri mcm bapak dia punya negeri. Porahhhhh...Ptuihhh!!!

Anonymous said...

Woi gagap... hang tunggu PRU 13 nanti . Tahulah kami nak ajar. Celako...celako...celakomu... (aku nie anak murid nik aziz wali seliapar tau)

Anonymous said...

Asalamualaikum...
sebenaonyer khalid pejuang umno dgn biorkan dirinyer di caci maki
oleh penduduk m`sia..pasainyer dier nk bg laluan mudah tuk umno n bn menawan balik s`gor..itu lew yg haku pahamnyer...kekekekeeee...