Thursday, February 21, 2013

Hadi Awang Dah Tempah Kot Untuk Angkat Sumpah Jadi PM

 “Kita (ahli PAS) perlu faham tiga konsep ‘Negara Berkebajikan’. Pertama, mengabdikan diri kepada Allah SWT. Kedua, ekonomi yang mencukupi dan ketiga, keamanan dalam negara dan luar negara.  
 “Ini tiga konsep yang penting bila kita (PAS) hendak tegakkan negara. Barang kali kita tidak sedar kerja kita untuk menang pilihan raya, untuk mendirikan sebuah kerajaan yang mendaulatkan syariat Allah. Hukum Islam yang adil adalah nombor satu yang disenaraikan oleh Allah SWT pada hari kiamat kelak,”- Abdul Hadi Awang

Di atas adalah petikan ucapan Presiden PAS DS Abdul Hadi Awang semasa berucap pada majlis penutup Seminar Manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 PAS Negeri Terengganu di Dewan Tok Guru Masjid Rusila, Marang pada 2 minggu lepas.

Tentunya ia adalah intipati dari Buku Hijau PAS "Negara Berkebajikan - Tawaran PAS" yang dilancarkan pada 11 Disember 2011.

Meskipun Buku Hijau PAS dianggap oleh para pemimpin-pemimpin PAS bukan sebagai sebagai saingan kepada Buku Jingga PR, namun secara lansung ia memberi isyarat betapa wujud kelemahan dalam Buku Jingga.

Seperti yang terkandung dalam Buku Jingga, Islam sekadar diiktiraf sebagai agama persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Naib Presiden PAS Salahudin Ayub ketika pra pelancaran Buku Hijau menyifatkan buku berkenaan sebagai nilai tambah kepada Buku Jingga. Jadi tidak syak lagi membuktikan betapa hasrat untuk mendaulatkan syariat Allah dalam kerajaan tidak diterima oleh DAP dan PKR.

Oleh yang demikian, kenyataan yang dilontar oleh Hadi Awang di atas adalah lebih besifat retorik semata-mata dan sekadar untuk membangkitkan semangat ahli dan penyokong PAS untuk terus menyokong parti berkenaan.

Dalam banyak keadaan, pandangan-pandangan PAS tidak diterima pakai oleh DAP dan PKR. Contoh yang amat nyata ialah berkenaan dengan isu kalimah Allah. Meskipun, Majlis Ulamak PAS telah menolak penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam tetapi ia tidak diterima oleh PR sebagai pandangan yang berwibawa.



Mampukah Hadi mendepani DAP dan PKR dalam mendaulatkan syariat Allah dalam kerajaan kalau dapat menawan Putra Jaya?

Jawapannya, ia hanya boleh dicapai jika Hadi yang menjadi PM.

3 comments:

Anonymous said...

PA WAJIB AKUR KEPADA KEPTUSAN MAJLIS PRESIDEN DAN PAKATAN RAKYAT. PAS JUGA HARUS HORMAT KARPAL SING DAN ANWAR IBRAHIM DALAM ISU INI. PAS HARUS SOKONG KEPUTUSAN INI. SEKIRANYA PAS BERKERAS JUGA, KAMI ALI PKR TIDAK AKAN MENGUNDI PAS DALAM PRU 13. PAS BOLEH TERUS BERSANDIWARA DENGAN MAJLIS SYORU PAS.

Anonymous said...

Bangang punya Haji Hadi. Negara Kebajikan apa jadahnya kalau perkataan kebajikan tak masuk langsung dalam 3 konsep tadi.

Kemudiannya 3 konsep tadi mana yang membawa kebajikan lebih yang di war warkan iaitu lebih dari yang BN bagi?

Kalau nak membohong tu agak agak lah. Awak tu taraf guru ngaji mukadam nak sibuk pasal negara. Jaga Terengganu pun tunggang langgang sebab tu rakyat tak pilih lembu ni lagi.

Anonymous said...

Ayat yg paling syahdu..." jaga terengganu pun tunggang langgang sebab tu rakyat tak pilih lembu ni lagi...".