Friday, January 18, 2013
Apa Nak Jadi Dengan Pegawai Agensi Kerajaan Nik Aziz? Ada Unsur Rasuah Bila Didapati Guna Kereta Tajaan Pemaju
Blog Akar Umbi tidak tahu bahawa NGO R Nazri Deraman rupanya adalah seorang Pengurus di Perbadanan Bandar Baru Tunjong sehingga didedahkan oleh oleh blog Kickdefella.
Adalah malang apabila MB Kelantan tidak mengetahui bahawa Nazri menggunakan kenderaan milik Noble Residence Sdn Bhd, salah sebuah syarikat pemaju yang banyak mendapat projek di agensi kerajaan negeri Kelantan berkenaan.
Nazri dikesan menggunakan kenderaan nombor pendaftaran WQQ 7537 milik Noble (baca SINI).
Jika benar ini berlaku, bermakna integriti Nazri dan Perbadanan Bandar Baru Tunjong boleh dipertikaikan. Tapi, mungkin pada Nik Aziz ini sekadar ehsan dan bukan rasuah.
Nasib Baiklah Dengan Dr Mahathir, Kalaulah Kena Dengan Anwar Gerenti Kena Tanya, "You dari mana? Utusan, TV3? Shut up!"
Wartawan-wartawan tentunya amat beruntung bila berdepan dengan Tun Dr Mahathir berbanding DS Anwar Ibrahim.
Tun Dr Mahathir lebih cool dengan asakan soalan wartawan, berhubung dengan RCI di Sabah.
Bezakan pula cara Anwar.
Wednesday, January 16, 2013
Nik Aziz Semakin Geram - Maklumat Mesyuarat Majlis Ulamak Sampai Ke Telinga Seteru
Seteru utama TG Nik Aziz, Prof Md Noor Deris mendakwa telah mendapat maklumat dalaman mengenai perjalanan mesyuarat Majlis Syura Ulamak PAS, yang seterusnya melarang penggunaan kalimah Allah sebagai terjemahan Bible berbahasa Melayu.
Berita Harian dalam laporannya menyebut. Md Noor mendakwa, beberapa anggota Majlis Syura telah memberi kata dua kepada pucuk kepemimpinan jika terus membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain, termasuk tekanan untuk keluar parti. [Seterusnya baca SINI].
Sebenarnya, keadaan ini sudah dijangka bila Nik Aziz secara-cara tiba-tiba diserang simptom gagap.
Sebagai pembuktian simptom gagap yang dialami oleh Nik Aziz, rentetan dari tekanan dalam mesyuarat Majlis Ulamak, klik SINI.
Arahan Anwar Ibrahim - Kalau Ada Lubang Kasi Tampal Cepat-Cepat
PRU13 pastinya akan berlangsung dalam tempoh 100 hari lagi.
Kerahan dari Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor, kalau ada lubang cepat-cepat tampal.
Itulah yang mesti dilakukan oleh keatas selenggaraan jalan-jalan rosak yang dibawah selenggaraan kerajaan Negeri Selangor.
Istilah 'menurap jalan' sudah tidak lagi wujud di Selangor. Spefikasi yang kerap digunakan ialah 'tampal jalan', iaitu merujuk kepada baikpulih jalanraya yang rosak di negeri tersebut.
'Tampal jalan' seperti foto di atas sudah dikira cukup baik di Selangor.
Bagi sesetengah kawasan yang tidak bernasib baik, penduduk sendiri dipaksa membuat kebajikan dengan menampal jalan dengan kaedah dan inisiatif mereka sendiri.

Kaedah 'tampal jalan' yang terbaik di Selangor setakat ini hanyalah di kawasan DUN Menteri Selangor. Foto di atas dirakam di Jalan Dato' Sukim, Batu 7, Ijok. Anda dapat menyaksikan turapan jalan yang cuma di sisi jalan, menjajar dari pangkal hingga ke hujung jalan.
Hanya itulah yang termampu bagi kerajaan negeri yang tangkai jering dibawah pentadbiran Khalid Ibrahim atas nasihat Anwar Ibrahim, tetapi mendakwa punya rezab tunai lebih RM2 bilion.
Hanya itulah yang termampu bagi kerajaan negeri yang tangkai jering dibawah pentadbiran Khalid Ibrahim atas nasihat Anwar Ibrahim, tetapi mendakwa punya rezab tunai lebih RM2 bilion.
"Listen Listen Listen" Versi Anak Mami Muka Tak Lawa Chapter II
"Listen, Listen, Listen" sebenarnya ada 2 versi. Satu menampilkan anak mami yang berwajah comel dan versi kedua dengan penampilan yang kurang comel.
Saksikan versi kurang comel chapter II dibawah,
Sementara itu, kalau nak menonton chapter I klik SINI.
Tuesday, January 15, 2013
Najib Kini Bergelar Doktor
Beliau dianugerahi dengan Doktor Kehormat dari Universiti Ohio, Amerika Syarikat dan menjadikannya sebaris dengan bekas YDPA dan negarawan negara, disamping Almarhum Tuanku Jaafar, Allahyarham Tun Hussein Onn dan Tun Musa Hitam.
Baca petikan laporan The Star di bawah.
Blog Akar Umbi dengan ini merakamkan ucapan tahniah kepada PM diatas penganugerahan tersebut.
Subscribe to:
Comments (Atom)








