Tuesday, December 11, 2012

Bekas Pimpinan Tertinggi PKR Dedahkan Anwar Ibrahim Guna Pengaruh Bagi Soh Chee Wen 500 Ekar Tanah Untuk Projek Tanam Pisang

Protes tanaman pisang di jalan berlobang di Dumai, Indonesia

Bekas anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR S. Gobalakrishnan mendedahkan ketidakadilan dalam pengambilan dan penganugerahan tanah oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Menurut beliau, 2 plot tanah yang diperuntukkan oleh pemilik estet sebagai tapak perumahan para pekerja mereka telah diambilalih oleh kerajaan negeri.

Sebaliknya rakan baik Anwar, Soh Chee Wen telah diberikan 500 ekar tanah di Hulu Selangor untuk projek tanaman pisang.

Monday, December 10, 2012

"Makan 'free' ok, bayar sorry," Ujar Adun DAP Kepada Penjaja Hainan


Adun DAP Teratai Jenice Lee mendakwa beliau tidak memberi sebarang komitment berhubung penjualan tiket bernilai RM13,500 untuk konsert amal anjuran Persatuan Hainan Selangor & Wilayah Persekutuan kepada lelaki penjaja warga emas.

Sebaliknya, beliau sekadar berjanji untuk menghantar orang untuk makan percuma!


Cerita awal berkaitan isu berkenaan baca SINI.

Apek Tua Kerugian RM13,500 Angkara Adun DAP Teratai Jenice Lee


Adun DAP Teratai, Selangor Jenice Lee telah menyebabkan kerugian RM13,500 kepada seorang warga emas Tan Kim Swee.

Semuanya bermula dengan niat warga emas berkenaan untuk mendapatkan pertolongan dari Pusat Perkhidmatan Adun berkenaan menjualkan 18 buku tiket konsert amal Persatuan Hainan Selangor & Wilayah Persekutuan.

Namun harapan warga emas berkecai, apabila gagal mendapatkan sejumlah RM13,500 dari nilai tiket-tiket berkenaan. Malahan, buku-buku tiket yang diberikan gagal dipulangkan oleh Jenice. Lantaran itu, warga emas terpaksa meminjam wang untuk melangsaikan kutipan untuk konsert amal berkenaan.

Anwar Ibrahim & B.J Habibie - Rupanya Mereka Adalah Pakar Tikam Belakang


Selepas 25 tahun berlalunya era reformasi, baru terserlah persamaan watak sebenar 2 orang timbalan iaitu masing-masing ialah Anwar Ibrahim (bekasTimbalan Perdana Menteri Malaysia)  dan B.J Habibie (Naib Presiden Indonesia).

Persamaan watak yang dimaksudkan ialah kedua-duanya adalah 'pakar tikam belakang'.

Gerakan reformasi yang tercetus di Malaysia dan Indonesia berlaku hampir serentak (dalam tempoh 1997 - 1999) dengan motif utamanya ialah pertukaran regim. Malahan slogan yang digunakan adalah sama, cuma yang membezakan hanyalah penggunaan istilah. Di Malaysia, slogannya ialah membenteras 'korupsi, kronisme dan nepotisme' sementara di Indonesia, mereka menggunakan 'korupsi, kolusi dan nepotisme'.

Bagi Anwar dan Habibie, pergerakan mereka tidak dapat dihidu kerana dari awal penglibatan mereka dalam persada politik, kedua-duanya lebih dilihat sebagai kroni/kolusi kepada boss masing-masing (Dr Mahathir dan General Suharto).

Gerakan Anwar di Malaysia terhidu di Malaysia. Dengan menggunakan sayap Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, bunga-bunga penularan gerakan reformasi dimulakan oleh sayap parti tersebut melalui penggunaan slogan 'Pemuda Pemangkin Gerakan Reformasi'. Bila berlaku krisis politik Mahathir - Anwar, dengan sendirinya taring ini terserlah melalui penggunaan jeritan 'reformasi' oleh kelompok pro Anwar.

Dalam pada itu, pergerakan Habibie di Indonesia tidak sehebat Anwar Di Malaysia. Mungkin Habibie tidak mahu dilihat sebagai objek utama menikam Suharto. Tambahan pula gerakan reformasi di Indonesia telah diisi melalui tokoh-tokoh seperti Gus Dur, Megawati dan penggerak protes rakyat Amien Rais.

Justeru dalam perbezaan keadaan ini, Anwar lebih beruntung kerana ketiadaan tokoh lain yang menggerakkan reformasi di Malaysia. Jika keadaan adalah sebaliknya, maka tidak mustahil nasib Anwar juga akan seperti Habibie.

Hari ini, kedua-dua tokoh tersebut hanya dapat mengimbau kenangan dalam perjalanan politik masing, malah yang lebih penting ialah kegagalan mereka sebagai 'pakar tikam belakang'. Anwar dilihat sebagai ahli politik yang memilih untuk masih berada di gelanggang, sementara Habibie memilih untuk berada di sebalik tabir politik.

Pendedahan rahsia Anwar dan Habibie yang lebih spesifik boleh dibaca di AIDC.

Sunday, December 9, 2012

"Tak Dipelawe........" Jawab Ibrahim Ali


Dalam reaksi kemungkinan menyertai UMNO, Presiden Perkasa Dato' Ibrahim Ali menjawab "Tak dipelawe.....(Video)".

Baca kenyataannya kepada Sinar Harian di bawah;


Menyedari dirinya pernah dipecat dari UMNO sebelum ini,  Ibrahim amat maklum bahawa keahliannya mesti mendapat kelulusan dari Majlis Tertinggi.

Mungkinkah ada kekangannya di situ?

Gol Pendahuluan Jaringan Mat Yo Minit 47 - Malaysia Dahului Thailand 1 - 0


Malaysi ketika ini mendahului Tailand 1 - 0 dalam pusingan 1, separuh akhir Piala AFF Suzuki, melalui tandukan Mat Yo.

Kini masa berbaki 12 minit.

Update : Kedudukan berubah 1 - 1 pada minit 78

Dr Hasan Ali Menghadap Sultan Selangor Khamis 6 Disember Lalu


Portal Sel13 melaporkan Dato' Dr Hasan Ali mengadap Sultan Selangor pada 6 Disember yang lalu.

Tiada sebarang butiran mahu pun kenyataan berhubung pertemuan itu. Namun ia sekadar menyebut kehadiran Dr Hasan bersama para pemimpin tertinggi JATI.

Menariknya, rombongan kepimpinan JATI mengenakan seragam Melayu serba merah seolah-olah mereka juga menyertai gelombang merah untuk menge'NYAH'kan Pakatan Rakyat dari Selangor.