Wednesday, September 26, 2012

Pendedahan Rakaman Audio Babitkan Peribadi Lim Guan Eng


Sah bahawa hal karekter peribadi Lim Guan Eng telah didedahkan melalui rakaman audio.

Kisah peribadi Guan Eng boleh dibaca di SINI, dan rakaman audio karekter peribadinya pula didedahkan dalam video di bawah.

Tuesday, September 25, 2012

2 Pemimpin PKR Sarawak Minta Ampun Pada Taib Mahmud


2 orang pemimpin PKR Sarawak minta ampun dari KM Sarawak TS Abdul Taib Mahmud, di atas fitnah dan kata-kata dusta yang dilemparkan oleh mereka.

Mereka ialah Wan Zainal Abidin Wan Senusi dan See Chee How.

Majoriti Kepimpinan PAS Restui Penolakan Hudud Oleh DAP - Lim Guang Eng Ambil Kesempatan Cop Nasharuddin Mat Isa Sebagai Agen UMNO


Hari ini bekas Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa telah mengadakan sidang media solonya di Bangunan Parlimen. Tiada pemimpin-pemimpin PAS yang lain menemani beliau.

Sidang media solo Nasharuddin adalah bertujuan meminta  DAP Setiausaha Agung Lim Guan Eng meminta maaf kepada Mursyidul Am PAS TG Nik Aziz, berhubung kenyataan Guan Eng yang mengatakan hudud adalah pilihan dan bukan wajib.


Dalam reaksi keatas tuntutan Nasharuddin, Guan Eng dengan berang mengatakan bahawa bekas Timbalan PAS itu bertindak macam agen UMNO.

Mungkin kenyataan Guan Eng ini berpunca dari sikap majoriti kepimpinan PAS yang merestui penolakan hudud oleh DAP.

Anwar Ibrahim Kantoi!!! Mengaku Di Sidang Dewan Rakyat, Pertumbuhan Negatif Semasa Jadi Menteri Kewangan


Anwar Ibrahim cuba memberitahu Dewan Rakyat bahawa pertumbuhan negara adalah negatif selama 24 tahun (1988 - 2012).

Tanpa disedari beliau juga telah memasukkan dirinya sebagai Menteri Kewangan yang gagal kerana pernah memegang portfolio berkenaan untuk tempoh 1991 - 1998.

Inilah akibat kerana terlalu suka banyak bercakap. Akhirnya, menyerlahkan keburukan diri sendiri.

Baca petikan yang didedahkan oleh Keadilan Daily di bawah:-

Monday, September 24, 2012

Sunday, September 23, 2012

'Giant Killer' Dari Jelebu Tumbangkan Shahidan Kassim


Giant Killer dari Jelebu mengalahkan DS Shahidan Kassim dalam persaingan pemilihan Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysua (KOAM).

Presiden Persatuan Olahraga Negeri Sembilan Dato' Zainal Abidin Ahmad telah dipilih dalam mesyuarat pertubuhan berkenaan yang berlansung hari ini. Melalui semakan, Zainal juga adalah ADUN Sg Lui dalam kawasan parlimen Jelebu, disamping menyandang jawatan Bendahari UMNO Bahagian Jelebu.

Bagi saingan jawatan Timbalan Presiden, penyandang jawatan Dato' Karim Ibrahim tewas kepada Presiden Persatuan Olahraga Terengganu Dato' Wan Hisyam Wan Salleh.

Ini bermakna para perwakilan mesyuarat agung KOAM telah memberi mandat kepada muka-muka baru dalam menerajui pertubuhan tersebut.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.

Pemilik Jet Eksekutif Yang Terbangkan Anwar Ibrahim & Pemimpin-Pemimpin Pembangkang Untuk Bersukaria Telah Dikenalpasti


Pemilik jet eksekutif yang menerbangkan pemimpin-pemimpin parti pembangkang yang diketuai oleh Anwar Ibrahim telah dikenalpasti.

Pemilik jet ialah Wells Fargo Bank Northwest, Salt Lake City, USA dan operasi adalah dibawah pengendalian Bresnan International Aviation of White Plains, New York.

Mungkin penerbangan tersebut adalah penerbangan percubaan, sebelum kesepakatan kerajaan-kerajaan negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan dimuktamadkan untuk sama-sama berkongsi sewa pajakan sepanjang tempoh kempen PRU13 yang akan datang.

Baca seterusnya di Stop The Lies.