Friday, February 10, 2012

Bekas ADUN Mengaku Malu Untuk Keluar Rumah Ekoran Isu Yang Dimainkan Oleh Ronnie Liu

Bekas ADUN Pandamaran Dato' Teh Kim Poo mengakui bahawa diawal-awal peralihan pentadbiran PR di Selangor, beliau malu untuk keluar rumah. Ini adalah berikutan serangan bertalu-talu oleh Ronnie Liu yang mengalahkannya di DUN berkenaan, khususnya dalam hal pentadbiran kerajaan tempatan dan isu pasir.

Namun, bagi Teh segalanya telah berlalu dan kini giliran beliau sebagai Pengerusi BN Klang merangkap Penyelaras Parlimen BN Klang untuk menyerang Ronnie Liu yang merupakan anggota exco Kerajaan Negeri Selangor, malah bertanggung jawab dalam hal-ehwal PBT.

Isu-isu seperti pungutan sampah dan janji perumahan kos rendah di DUN Pandamaran adalah antara perkara yang gagal diselesaikan oleh Ronnie.

Apatah lagi dengan pertambahan dalam aktiviti pelacuran menjadikan Ronnie Liu sendiri kini malu untuk turun ke kawasan yang diwakilinya.

Thursday, February 9, 2012

Jurufoto Peribadi Anwar Ibrahim Juga Dibunuh Seperti Patrick Wong?

Bila membaca dakwaan RPK bahawa kematian ahli perniagaan Patrick Wong sebagai bukan sebagai kemalangan ketika percubaan menghalang rompakan, sebaliknya mati dibunuh, lantas fikiran teringatkan ketua jurugambar peribadi Anwar Ibrahim, Muhammad Salman Nasaruddin yang mati kemalangan di depan rumahnya di Seksyen 16, Petaling Jaya hanya beberapa hari menjelang tarikh PRU 2008.

Kematian Salman ialah pada 4 Mac 2008 dan PRU 2008 berlaku pada 8 Mac 2008. Seperkara yang harus diberi perhatian, kematiannya hanya beberapa bulan selepas kematian ayahnya Dato' Nasaruddin Jalil (bekas setia usaha peribadi Anwar Ibrahim).

Arwah Salman bukanlah sembarangan orang. Beliau adalah anak lelaki tunggal (disamping adik beradik perempuan lain) dan pewaris utama kepada bekas setia usaha peribadi Anwar Ibrahim tersebut.

Nasaruddin dikaitkan sebagai orang Anwar yang menduduki kerusi pengarah beberapa syarikat berhad dan antaranya ialah MBf. Malah, dalam perakuan berkanun bekas Penolong Gabenor BNM, Nasaruddin disebut sebagai menerima agihan RM10 juta.

Berbalik kepada Salman, selepas tengah malam arwah dikatakan baru selesai menjalankan tugasan di rumahnya berkaitan foto-foto yang diambilnya dalam siri kempen PKR sempena PRU2008. Menurut sumber, beliau kemudian telah keluar dari rumah dengan andaian keluar menghisap rokok. Adalah difahamkan, didalam keluarganya hanya arwah yang merupakan perokok. Jadi, setiap kali untuk melepaskan ketagihan, arwah akan menghisap sebatang dua rokok di luar rumah.

Kematian Salman telah disifatkan sebagai langgar lari. Namun persoalan yang belum terjawab hingga hari ini, takkan beliau menghisapkan rokok di tengah jalan?

Jika benar teori kematian Patrick Wong yang dikemukakan oleh RPK, adalah sukar untuk menolak kematian Salman dikaitkan dengan menggunakan kaedah yang sama.

Wednesday, February 8, 2012

Dunia Eli Wong Disamping Khalid Ibrahim & Helmi


Apa kena mengena Khalid Ibrahim dengan tertangkap atau tidaknya boyfriend Eli Wong di Indonesia? Mungkin sakit hati kalau kalau Eli Wong 'berchacha' dengan Helmi?

Dari Ceruk To' Kun Ke Tokyo - Anwar Menjulang Nama

Kalau Tun Dr Mahathir dengan polisi 'Pandang Ke Timur' yang menjadikan Jepun dan Korea sebagi negara untuk teladan, namun setelah melewati 3 dekad, Jepun pula telah memandang seorang insan dari Ceruk To' Kun sebagai ikon.

Baca kisah Anwar majalah Jepun di SINI.

Takkan Tak Boleh Guna Budi Bicara?

Nak marah pun tak boleh, sebab dah memang tugas dan tanggungjawab polis untuk mengambil tindakan terhadap pesalah-pesalah trafik.

Cuma, bayangkan kalau dah datang dari jauh ke pusat peranginan tetapi kena saman oleh polis trafik.

Puncanya, ramainya pengunjung ke pusat peranginan dan ruang parkir tidak cukup untuk menampung kenderaan-kenderaan pengunjung. Lantas, kenderaan melimpah hingga ke bahu jalan.

Foto-foto di bawah dirakam semasa cuti umum yang panjang sempena pertembungan cuti Maludir Rasul dan Thaipusam di sebuah resort di Port Dickson.

Takkan tak boleh guna budi bicara kot?




Simbolik Protest Tian Chua Terhadap Anwar Ibrahim?

Sesuatu yang menarik, apabila suatu penemuan oleh blog Gelombang Wangsa Maju terhadap hebahan yang dibuat oleh Naib Presiden PKR Tian Chua berhubung satu laman web, yang pada andaianawal adalah laman web peribadinya, seperti di bawah:-

Namun, apabila pergi ke tianchua.net, hasilnya adalah seperti berikut,


Bagi blog Gelombang Wangsa Maju, ia membuat kesimpulan bahawa Tian Chua seorang gila seks. Namun bagi saya, ia adalah seolah-olah satu sindiran ke atas Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim. Mungkinkah ini satu protes ke atas Anwar dan pada masa yang sama adalah simbolik simpati Tian Chua keatas Presiden PKR Wan Azizah?

Sunday, February 5, 2012

Anggota Delegasi PKR Di Turki Cemas - Anwar Mengamuk Di Bilik Hotel

Anwar Ibrahim pasti mengamuk di Turki, bila membaca berita di bawah. Apatah pula Khalid Ibrahim hanya sekadar tersengih-sengih bila menyaksikan Pengerusi SPR menerima anugerah.

Abdul Aziz dahului penerima Anugerah Khas Maulidur Rasul Selangor


2012/02/05

SHAH ALAM: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mendahului senarai lima penerima Anugerah Khas Maulidur Rasul peringkat negeri Selangor.

Beliau menerima Anugerah Umar Abdul Aziz yang disampaikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah di Stadium Malawati, sebentar tadi.
Bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Najib Abdul Aziz pula menerima Anugerah Anugerah Khalid Al-Walid. (Berita Harian)