Monday, January 9, 2012

Letupan Bom Berhampiran Kompleks Mahkamah - Pemilik Kereta Ditemui Dalam Keadaan Bergelimpangan


Benarkah laporan yang mengatakan bom meletup berhampiran kereta Elizabeth Wong? Tapi yang pasti, rakaman dia dalam keadaan bergelimpangan di rumah memang pernah terakam.


Khalid Ibrahim Akan Dahului Najib Untuk Bubarkan DUN Selangor?


Anwar Ibrahim bebas dan Hasan Ali dipecat dari PAS adalah dua peristiwa yang menarik untuk 2 hari ini.

Dengan perlepasan Anwar oleh mahkamah, maka tamatlah juga kempen Bebas Anwar 901. Namun kedudukan kerusi DUN kini adalah 14-13-7 untuk PKR, DAP dan PAS yang membawa jumlah 34 kerusi untuk PR.

Sementara bagi pembangkang kedudukan nya ialah 21-1 yang masing-masing untuk BN dan Bebas dengan jumlahnya 22 kerusi.

Kalaulah 6 anggota DUN keluar meninggalkan PR, maka kedudukan akan menjadi 28-28 untuk kerajaan dan pembangkang di Selangor. Oleh yang demikian, tidak mustahil akan berlaku krisis perlembagaan di Selangor. Malah Anwar mungkin juga telah melihat kemungkinan-kemungkinan demikian.

Andai ini berlaku, dan Anwar pula merasakan pembebasannya memberikan kekuatan kepadan PR, tidak mustahil Khalid Ibrahim akan membubarkan DUN lebih awal berbanding Najib.

Kedudukan kerusi DUNSelangor sebelum Badrul Hisham 
melompat ke BN dan Hasan Ali menjadi Bebas

Anwar Bebas Bermakna Cita-Cita Ku Li Terkubur?

 Bebasnya Anwar Ibrahim, maka terkuburlah impian Ku Li melalui AMANAH untuk mengambil tempat Anwar.

Yang lebih kecewa ialah Kadir Sheikh Fadzil yang seminggu  keputusan mahkamah sebelum keputusan mahkamah dibuat, membedal UMNO di dalam Harakah dengan harapan Lim Kit Siang akan melambai  AMANAH untuk bersama pembangkang. Namun hasilnya ternyata gagal. Sanggupkan AMANAH berketuakan Anwar dalam satu agenda menumbangkan Najib?

Wajah Terkini Anwar


Menang atau kalah inilah wajah sebenar Anwar.

Wajah durjana.

Sunday, January 8, 2012

Reaksi Anwar Ibrahim Tentang Pemecatan Dr Hasan Ali

Rasanyanya foto di atas adalah reaksi awal Anwar berhubung dengan pemecatan Dr Hasan Ali.

Kepada PAS, tahniah kerana anda telah di'Amin Ali'kan.
KUALA LUMPUR 8 Jan. - Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam negeri Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali hari ini dipecat keahliannya sebagai ahli Pas.Keputusan itu difahamkan telah dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat hari ini.
Dalam kenyataan akhbar yang disiarkan Harakahdaily, keputusan tersebut dibuat setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli jawatankuasa Pas Pusat dan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian Hasan sebagai ahli parti berkuatkuasa serta merta.
Keputusan tersebut dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan Hasan yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Pas. - UTUSAN

Ayuh Kita Protes 901 - Part 2



Ayuh Kita Protes 901 - Part 1