Monday, December 5, 2011

Aktivis PKR Tiga Suku Bogel Terjatuh Dari Tingkat 1 Dalam Keadaan Lalok?

Sebenarnya laporan BERNAMA berkenaan lelaki yang yang terjatuh dari tingkat satu dalam keadaan hanya berseluar dalam, berlaku di kompleks perumahan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Sekyen 7, Shah Alam. [Laporan berkenaan klik SINI].

Apabila PR mengambilalih pentadbiran selepas PRU12, mereka telah secara angkuh menganggap kompleks perumahan ini membazir dan kononnya akan menjual kompleks perumahan berkenaan. Walhal, adalah lebih baik anggota exco kerajaan negeri dikumpulkan dalam satu kawasan perumahan, sekurang-kurangnya memudahkan MB Khalid Ibrahim memantau tingkah laku exco-exconya.

Kejadian bila lelaki yang cuma berseluar dalam jatuh dari tigkat satu di kompleks berkenaan menimbulkan banyak tandataya dan misteri.

Tajuk perbualan di kedai kopi kini ialah, apakah kompleks perumahan itu berhantu? Ini dikaitkan apabila exco kerajaan negeri PR membuat keputusan tidak mahu tinggal di kompleks perumahan berkenaan.

Tidak kurang juga satu teori yang menarik, mungkinkah lelaki bekenaan dipengaruhi oleh arak atau pun ganja?

Difahamkan, ketika kejadian PR sedang menganjurkan kursus pilihanraya dan para peserta kursus telah ditempatkan di kompleks berkenaan. Kompleks perumahan berkenaan lengkap dengan kolam renang dan dewan, jadi ia adalah sesuai untuk penganjuran kursus anjuran kerajaan negeri.

Kumpulan sasar kursus ialah JKKK Selangor. Sebelum ini, blog ini ada melaporkan bahawa pernah berlaku seorang Pengerusi JKKK di Selangor dicekup polis dalam satu operasi di sebuah pub di Pelabuhan Klang. [Laporan klik SINI]

Telah menjadi buah mulut di kampung bekenaan, selain Pengerusi JKKK mereka 'kaki pub', beliau juga adalah pengguna ganja yang tegar. Oleh yang demikian, maka timbullah teori mengatakan bahawa lelaki yang jatuh tersebut, dalam keadaan lalok lantaran bercampur dengan Pengerusi JKKK yang turut berkursus di tempat yang sama.

Sekadar teori atau pun memang betul?

Wajah Sebenar Anak Sulung Anwar Ibrahim


Sunday, December 4, 2011

Sadist Tapi Lawak - Ahli PKR Jatuh Dari Apartment Cuma Pakai Seluar Dalam

Apalah hal pula jatuh dari apartment cuma pakai seluar dalam ketika hadiri kursus PKR Selangor?

SHAH ALAM, 4 DECEMBER, 2011: A Parti Keadilan Rakyat (PKR) member sustained injuries on his right wrist, left leg and face after falling from the first floor of a housing unit at the SUK Housing Complex, Section 7, here, at dawn today .

Shah Alam CID chief DSP Kamaruddin Ismail when contacted, said Yahya Talib, 49, from Kampung Nelayan Telok Gong, Klang, was found sprawled, clad only in his underwear, on the lower balcony of the three-storey unit, by his roommate who had just returned from performing his Suboh prayers.

"The roommate sent him to Tengku Ampuan Rahimah Hospital in Klang, before lodging a police report at the Section 6 police station.

"His condition is stable but he is unable to speak much," he said.

The Port Klang crane operator who is married and an active PKR member for three years now was attending a two-day program at the complex with about 70 PKR members.

Kamaruddin said police were awaiting the x-ray report and the case was being investigated as an accident.

- Bernama

Sajak Khas Buat Ho Chi Minh Melayu a.k.a A. Samad Said


kau bernafas dengan nama melayu
kau bangun dengan nama melayu
kau berdiri dengan nama melayu

tapi

kau rebah bersama dengan yang asing
kau berserah bersama dengan yang asing
kau sujud bersama dengan yang asing

apa nyawa dan badan boleh terpisah
ternyata kau hanya dogma
perguna nama yang ada untuk sementara

Husam Musa Nak Ubah Selera?

Foto Husam yang kelihatan kacak lagi bergaya diiringi wanita Mongolia(?) dan dikatakan akan ubah selera.

Husam disebut-sebut akan meninggalkan kerusi DUN dan bertanding kerusi parlimen PRU13. [Laporan klik Kickdefella].

Najib Kini Tak Pening Pilih MB Selangor (Kalau BN Menang)

Kalau BN menang di Selangor, Najib tak perlu pening kepala. Najib boleh letak sesiapa sahaja.

Di Selangor, kerja amat mudah. Bagi MB baru, bila timbul berdepan dengan apa jua masalah, telah tersedia skrip jawapannya. "Salah kerajaan yang lalu".

Bila berlaku banjir di Kajang pada Jumaat lepas, maka di hulu Sungai Jelok yang disalahkan. Puncanya, kerajaan BN meluluskan projek 'gondolkan hutan' di situ. Walhal dah lebih 3 tahun PR memerintah Selangor.

Barangkali mereka ni dah buta mata. Projek di kuala tak nampakkah? Kan di kuala ada projek gali pasir dan apakah tak menyumbang kepada memperlahankan pergerakan air ke muara Sungai Langat?


Yang peliknya MP Hulu Langat Dr Che Rosli pun sengaja diamkan diri. Dah serikkah menegur orang PKR? Nyatakan kebenaran, perbetulkan ADUN PKR Lee Kim Sin tu.

Masih takut dengan Fuziah Salleh ke?

Misteri SMS Haji Aznil Haji Nawawi Kepada Azwan Ali

(Foto dietik dari blog Mat Kilau Penang)

Pengacara No. 1 negara Aznil adalah antara pemerhati Perhimpunan Agung UMNO 2011, kelihatan asyik dengan teks SMS.

Hantar SMS ke pengacara terkeluar carta Azwan Ali ke?