Monday, May 30, 2011

S.Gobalakrishnan Pun Kena Beli Tanah Untuk Tanam Sayur Tapi Mazlan Aliman Mahu Dapat Percuma!

"Jika kita beri 10 ekar setiap orang, sekitar 79,000 orang akan mendapat faedah tetapi kita sedang mempertimbangkan memberi lima ekar kepada setiap orang supaya lebih ramai dapat memiliki tanah" - Mazlan Aliman
Posting di bawah sebenarnya telah disiarkan pada 28 Mei 2011. Namun bila terbaca kenyatan Mazlan Aliman di atas, tergerak hati untuk menyiarkan semula.

Mazlan cadang bubarkan Felda Plantations dan syorkan agih-agihkan pada anak peneroka. Cuba dia minta dengan MB Kelantan, boleh dapatkah? S. Gobalakrishnan semasa masih bersama PKR pun beli tanah di Lojing untuk tanam sayur secara besar-besaran dan bukannya dapat percuma.

Berikut adalah posting berkenaan:

Felda bukan lahir terus jadi kaya dan punya bisnes besar.

Felda ditubuhkan untuk elakkan pusaka tanah menjadi kecil bila dipusakai oleh generasi yang berikut. Contoh datuk ada 12 ekar, turun kepada anak seramai 4 orang maka mengecil jadi 3 ekar seorang. Andaikan tiap-tiap anak tadi ada pula anak 2 orang dapat 1.5 ekar seorang.

Jika dari generasi ke generasi diturunkan, akhirnya tiap-tiap waris hanya dapat 3 batang kelapa sawit atau getah seorang.

Ini sebenarnya sebenarnya idea asal Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) ditubuhkan, iaitu mengelakkan pecahan pemilikan kepada unit-unit yang kecil dan tidak ekonomik.

Tapi PAS tidak berfikir dan mengkaji asas dan tujuan Felda ditubuhkan. Dek kerana hasutan 'jembalang tanah', PAS jadi 'Pak Angguk Sengal' terjebak dengan idea bebal Mazlan Aliman.

Pemimpin Perikatan dan kemudian BN bukannya nak lahirkan petani-petani kecil dari generasi ke generasi. Ada akal kurnian Allah tolong gunakan dan bukannya menunggu habuan insan 'anugerah tuhan' untuk ubah nasib masa depan.

Dari situlah, Felda mengambil pendirian untuk pelbagaikan aktiviti dalam perniagaannya.

Hal ini 'ANAK' manja Mazlan Aliman tak pernah terfikir. Yang dia tahu nak minta tanah. Kerajaan Perikatan (dulu) & BN (sekarang) asalnya mahukan orang-orang kampung yang hendak jadi petani kecil, tapi tak punya tanah untuk diwarisi berupaya menjana pendapatan yang lebih tinggi dan mampu hantar anak pergi sekolah. Tapi bila kena tang Mazlan Aliman, bapa hantar pergi sekolah, dia main-main dan akhirnya kantoi. Sudahnya jadilah satu orang yang kesana-sini umpama orang mereng nak jadi orang kaya segera.

Langkah pertama Mazliman dah berjaya, bila PAS dah bagi dia satu pejabat selesa di tingkat 3, Ibu Pejabat PAS (lihat gambar bawah). Langkah kedua yang dia belum dapat ialah jadi menteri jaga Felda kalau Anwar Ibrahim jadi PM. Sorry Mazlan, jangan mimpilah!

Mazlan dah dapat pejabat yang selesa, orang-orang yang dia hasut dapat apa? Jawapannya mudah, kau orang akan jadi hamba abdi.

p/s artikel ini adalah menjawab laporan Harakahdaily, klik [SINI].

Mereka Dah Terlatih Untuk Protes & Mogok - Ahli Majlis PBT Sg Petani Mogok Mulai 29 Mei 2011

Apa dah nak dipelikkan?

Sebab dari atas sampai ke bawah, kerjanya asyik nak bantah, protes, mogok dan demontrasi. Akhirnya terkena ke atas Pakatan Rakyat sendiri.

Macam mana MB DS Azizan Yaakob nak menangani perangaiperangai anak buah sendiri?

ALOR SETAR: Members of the Sungai Petani Municipal Council have submitted a memorandum to Kedah Mentri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak to remove the council president.

In the two-page memorandum, the councillors claimed that councilpresident Rozaina Radzi had failed to perform her duties, saying that she made various decisions without discussing with them.

All the 17 councillors said that they were disappointed with the council's action in destroying stalls at Jalan Cinta Sayang on May 26 without referring to them.[The Star]

In the memorandum, the councillors said they would not attend any council meeting from May 29 until the appointment of a new president.

Kalau Kes Begini Berlaku, Anwar Perlu Qazaf Atau Ujian DNA?

Anwar Ibrahim dan para penyokongnya mahukan qazaf. Kalau kes di bawah, perlu qisas atau ujian DNA?

DHAKA 30 Mei - Wanita Bangladesh berusia 40 tahun memotong kemaluan seorang lelaki yang didakwa cuba merogolnya dan membawanya ke balai polis sebagai bahan bukti.

Wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak itu diserang ketika tidur di rumahnya pada malam Sabtu lalu di daerah Jhalakathi kira-kira 200 kilometer dari selatan Dhaka, kata seorang pegawai.

“Ketika lelaki itu cuba merogol mangsa, wanita itu memotong kemaluan penyerang dengan pisau. Wanita itu membungkus kemaluan dan membawa ke balai polis sebagai bahan bukti,” kata Ketua Polis, Abul Khaer. - AFP/Utusan

Ekslusif: Alex Ferguson Beri Komen Dalam Bahasa Melayu Selepas M.U Kalah Ditangan Barca

Sunday, May 29, 2011

Apakah Pula Hasutan Bisikan Manja Faekah Kepada Khalid Kali Ini?

Sebelum ini Tabung Budi Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd telah dihalang oleh Kerajaaan Negeri Selangor. [Baca SINI]

Hari ini Pengerusi Eksekutif Syabas Tan Sri Rozali Ismail mengumumkan pula pengecualian bayaran bil air selama setahun kepada golongan yang tidak berkemampuan.

Kita tunggu komen Faekah Husin Setia Usaha Politik Khalid Ibrahim, bagi menghalang skim yang dicadang itu.

KUALA LUMPUR: The Selangor water supply company Syabas is to exempt poor families from paying their water bills for a year, its executive chairman, Tan Sri Rozali Ismail, said Sunday.

He said that Syabas staff would carry out a survey to find out who should be given the exemption, regardless of ethnic background.

"Lower income families with many children to support will be given priority in the provision of free water," he told reporters here.

He said that Syabas, which supplies water to Selangor, Kuala Lumpur and Putrajaya, would review the situation next year.

"At times, we had to cut water supply to people whom we thought just did not want to pay their bills.

“But cutting the supply to poor families, people who have a lot of children to support or who are jobless would mean causing them further hardship."

He said that Syabas would monitor the situation to make sure that only users who did not pay their bills when they could afford to do so had their water supply cut.

Rozali urged families given the exemption not to waste water. - Bernama/The Star

Hiba Najib Bawa Kesubuh

Foto : Berita Harian

Detik-detik kegembiraan PM yang hanya seketika, sempat dirakamkan oleh jurufoto Berita Harian Izhari Ariffin.

Kegembiraan PM tidak sempat dibawa menjelang Subuh, ekoran Barcelona mengungguli perlawanan keatas Manchester United 3-1 pada final Juara-Juara Eropah di Stadium Wembley semalam.

Anda Suka Poligami? Mas Kahwin Serendah RM18!

Bagi mereka yang suka poligami dan juga yang masih bujang, jangan susah hati ada tempat yang menawarkan mas kahwin/hantaran serendah RM18.

Cuma kos perjalanan mungkin mencecah RM2k.

Eksklusif: Nikah RM18
Oleh M Hifzuddin Ikhsan
hifzuddin@bharian.com.my
2011/05/29

KUCHING: Serendah RM18! Dengan hantaran sebanyak itu lelaki dari negara ini boleh berkahwin dengan ga­­­­­­­dis negara jiran yang tinggal di kawasan Sambas, sempadan Malaysia-Indonesia melalui kegiatan dikenali sebagai 'nikah siri'.

Kegiatan ini kebanyakannya dicari oleh lelaki yang ma­­­hu berkah­win dua, tiga atau empat, dengan meng­­­gunakan orang tengah bagi melicinkan kemasukan mereka untuk urusan perni­kahan di kampung terpencil itu. [Berita Harian]