Saturday, March 12, 2011

Ini Bukan Gossip : Antara Tiara & Karin, Kedua-duanya Berenjin Citroen

Citroen Karin

Proton Tiara

Ini tiada kena mengena dengan gossip yang dipaparkan di Medan Info dan Lawyer Garang.

Hanya untuk makluman penggemar kereta-kereta antik, meski pun Proton Tiara merupakan kereta tempatan dan Citroen Karin merupakan kereta import, namun kedua-duanya menggunakan enjin Citroen.

Friday, March 11, 2011

Awas! PAS Dijangkiti Virus Tukar Pemimpin

Rupanya bukan sahaja tapuk pemerintahan negara sahaja perlu ditukar, tetapi dalam PAS sendiri seolah-olah memberi isyarat agar kepimpinan tertinggi PAS, iaitu yang melibatkan Presiden dan Timbalan Presiden perlu ditukar.

Hadi Awang sebagai Presiden dilihat membawa imej seorang Jeneral yang kalah di padang tempurnya sendiri, iaitu merujuk kepada kegagalan Hadi Awang (ketika itu berjawatan MB Terengganu) mempertahankan Terengganu diPRU2004.

Sementara Timbalan Presidennya, Nasharuddin Mat Isa digambarkan sebagai seorang tokoh yang tidak dikenali.

Jadi, siapa yang layak? Kalau dilihat dari segi kemenangan PAS diperingkat negeri, 2 tokoh yang mungkin boleh diberi pertimbangan samada Nik Aziz atau pun Azizan Yaakob!

Virus menukar pemimpin dalam PAS boleh dilihat di SINI.

Gobalakrishnan Tertipu Dengan Harga RM14k Seekar Untuk Tanah Di Lojing

Sebenarnya harga RM14,000 seekar yang dibayar oleh Gobalakrishnan kepada Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB) dianggap harga yang tertinggi di kawasan Lojing.

Sebenarnya harga tertinggi berdasarkan iklan ialah RM13,000/ekar rujuk SINI.

Harga untuk berstatus freehold cuma RM11,500/ekar rujuk SINI.

Ada juga vacant land yang lebih murah, iaitu RM10,000/ekar rujuk SINI.

Malah untuk leasehold seperti yang dibeli oleh Gobala cuma bernilai RM5,500/ekar seperti yang diklankan di SINI.

Macamana Gobala, nak teruskan transaksi atau tidak? Atau mungkinkah Gobala akan ambil tindakan undang-undang keatas KPKB kerana menipu nilai tanah dan mendedahkan transaksi kepada pihak ketiga?

Thursday, March 10, 2011

Saifuddin Nasution Dedahkan Skandal Transaksi Tanah Di Kelantan

Foto : Keadilandaily

Sebenarnya bukan sekadar isu bagaimana Gobalakrishnan memperolehi RM1.4 juta, tetapi juga isu bagaimana Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad boleh membuat transaksi dengan orang yang tidak berwang untuk 100 ekar tanah di Lojing Kelantan?

Moga-moga SPRM dan LHDN menyiasat mengikut saranan yang dibuat oleh Saifuddin Nasution dan akhirnya membongkar skandal tanah di Kelantan.

Baca pendedahan Saifuddin di S I N I.

Lim Guang Eng Yang Kelentong Atau Khalid Ibrahim Yang Temberang

Sumber Foto : Mat Kilau Penang

Kalau nak bagi konsert percuma kepada rakyat takkan sampai kena unjuk MyKad? Ini mesti kes nak tambah pengundi kot?

Tapi itu tak jadi hal sangat, sebab memang patut pun anak-anak muda didaftarkan sebagai pengundi.

Akan tetapi majlis itu yang dipersoalkan. Majlis itu dikatakan sebagai meraikan Pulau Pinang sebagai jaguh pelaburan Malaysia.

Yang mana satu betul ni? Khalid Ibrahim juga mendakwa pelaburan di Selangor mencatat jumlah RM6.533b dan kekal tertinggi di Malaysia. Rujuk S I N I.

Jadi, Lim Guang Eng kelentongkah atau Khalid Ibrahim yang temberang?

Nasrudin At-Tantawi Tersubahat Bila Dua Orang Bukan Islam Minum Beer Di Jalan Raja Laut!

"Saya tinggal di kawasan taman perumahan. Suatu malam rumah saya dinaiki pencuri [ waliyazubillah - sbg contoh ]. Sejurus saya sedar, saya dapati wang saya hilang sebanyak RM 134.000. Pencurinya hanya seorang perempuan tapi lariannya agak licik dan pantas, lalu saya berteriak : Tolong ! Tolong ! perempuan itu curi wang saya ! Tiba - tiba jiran - jiran saya yang terdiri orang India beragama hindu namanya Balendran [sekadar contoh ] dan juga orang cina beragama kristian namanya Vincent [ sekadar contoh ], malah ramai lagi jiran saya turut keluar dan mereka terdiri dari pelbaga bangsa dan agama yang tidak serupa dengan saya.

Hasrat mereka mahu membantu saya untuk mengejar dan menangkap pencuri itu. Rupa - rupanya bulan lepas rumah mereka juga dinaiki pencuri yang sama. Ada yang lesap RM 100.000 satu malam begitulah juga yang lain dengan jumlah yang tidak sedikit. Mereka sama - sama nekad mahu menangkap pencuri itu. Mereka berkumpul dihadapan rumah saya di Jalan Raja Laut [ sekadar contoh ], lalu mereka melafaz ikrar untuk bekerjasama bagi mengejar dan menangkap pencuri tersebut demi memelihara keamanan dan kesejahteraan Taman perumahan kami.

Kendati pun saya seorang muslim dan mereka yang menghulur tangan untuk bekerjasama menangkap pencuri licik itu pula terdiri kalangan non muslim, Islam membenarkan saya memeteri perjanjian kerjasama untuk menangkap pencuri profesional itu. Bodohlah saya yang baru kehilangan RM 134.000 dek kerana pencuri perempuan itu, tiba - tiba saya menolak kerjasama yang dihulurkan oleh non muslim yang juga mahu menangkap pencuri yang sama, semata - mata kerana mereka berbangsa cina, india dan pula tidak Islam. Saya tidak akan belajar sampai ke Mesir untuk jadi sebodoh itu." Nasrudin Hassan - Harakahdaily

Kebetulan nak kantoi, apa jadahnya Nasrudin Hassan bagi contoh Jalan Raja Laut. Senang-senang aja aku tambah dialog berikut:-

"Setelah penat dan berjaya menangkap pencuri tersebut, kami singgah di kedai kopi di hujung jalan untuk melepaskan dahaga. Saya cuma memesan mineral water. Tapi yang dua orang rakan saya memesan beer. Dalam hati saya, binawe punya manusia, tak respect langsung jubah dan serban yang aku pakai"

Wednesday, March 9, 2011

Khalid The Flintstones Ibrahim Puaka Projek Mega Selangor

Malaysian Insider melaporkan Persatuan Perniagaan dan Perindustrian Petaling, Selangor memohon agar kawasan Petaling Jaya Selatan dimasukkan sebagai sebahagian dari projek MRT yang bernilai RM43b yang menghubungkan Sg Buloh - Kajang.

Meskipun cadangan tersebut baik, namun pastinya ada kekangan dari Kerajaan Negeri Pimpinan Khalid Ibrahim. Satu sikap buruk Khalid Ibrahim, setiap projek yang menelan belanja besar pasti beliau mengandaikan bahawa kroni BN akan untung besar.

Contohnya, projek mega penyaluran air dari Pahang ke Selangor masih lagi tidak terlaksana gara-gara tarik tali dari Khalid Ibrahim.

Apatah lagi, bekas Kamaruddin Jaafar bekas Setia Usaha Agong PAS dan juga orang kuat Anwar Ibrahim pasti tidak bersetuju kerana beliau adalah antara peneraju dan pengasas MRT di Lembah Klang.

Cadangan memasukkan Petaling Jaya Selatan dalam rantaian MRT hanya akan terlaksana apabila Pakatan Rakyat dinyahkan dari bumi Selangor!