Thursday, January 27, 2011

PRK Tenang : Salam Terakhir



2. Disamping Abang Man, lagu ini juga diminati oleh Mat Raof dan ditujukan kepada isterinya Mili dan rakan-rakan setugasnya dengan ucapan "jadikanlah lagu ini satu kenangan apabila pemergianku ke Pasir Gudang kelak".

3. Sukirman menujukan lagu ini khusus kepada isterinya Mokmana yang akan ditinggalkannya buat sementara, untuk berpergian ke Indonesia.

4. Lagu ini khas buat para pengundi Tenang, dari para bloggers pro-BN yang bermukim di Tenang dengan ucapan "terima kasih diatas kerjasama anda dalam mempermudahkan tugasan kami di tempat anda. Terima kasih juga atas maklumat, sama yang pro mahu pun yan kon. Akhir kata UNDILAH CALON BN, Azahar Ibrahim"

Wednesday, January 26, 2011

Khalid Ibrahim Bijaksana Atau Kurang Bijaksana?

Mungkin saya yang kurang cerdik atau mungkin juga Pakatan Rakyat Selangor yang terlebih pandai. Pelbagai analisis tercetus, ekoran kegagalan rang undang-undang pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor untuk melalui proses bacaan kali kedua di Sidang Khas DUN Selangor pada 24 Januari 2011.

Justeru, PR mahu pun penganilisis membuat kesimpulan ia adalah kesudahan yang tersirat dan tersurat malah bakal menjadi liabilti kepada UMNO/BN.

Dalam pada itu, dinilai ucapan pembentangan usul MB Selangor, TS Khalid Ibrahim di DUN Selangor, tampak lebih terarah kepada madah berhelah dan menjadi ruang untuk membelasah UMNO.

Mungkin selepas ini PR terlalu yakin untuk meraih keuntungan politik dari isu ini, namun PR juga jangan terlupa dengan kegagalan protes dan perarakan rakyat. Bukankah itu petunjuk awal backfirenya kepada PR sendiri?

Khalid Ibrahim mahupun pemimpin PR yang lain harus menyedari realiti bahawa pentas politik bukannya bursar saham. Umpama, sekali Khalid berdehem, maka berduyun-duyun rakyat berarak dan berhimpun.

Seperkara lagi, kalau bijaksanalah sangat Khalid berpolitik, tentunya sudah terlebih awal dia menumbangkan TS Abu Hasan Omar di Kuala Selangor.

Kini terpulang kepada pemimpin PR, samada untuk berkerja memakmurkan Selangor, atau berpolitik 24/7 demi menghidupkan isu demi menyambung hayatnya di persada politik Selangor. Keputusan ditangan anda!

Tuesday, January 25, 2011

Saifuddin Nasution Keluar PKR?

Dalam banyak isu yang melibatkan Pakatan Rakyat mahu pun PKR, tak nampak pulak kelibat Setia Usaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail. Kalau tidak, dalam banyak perkara beliau selalunya tampil ke depan.

Baik isu pentadbiran Khalid di Selangor, isu debat Anwar-Najib, PRK Tenang tiada kedengaran langsung suara Saifuddin. Malah bekas calon Ketua Cabang Kota Raja yang dipecat dari PKR, S. Kottapan memaklumkan, surat makluman penyingkirannya dihantar melalui e-mail oleh pejabat Setia Usaha Agong PKR. Maknanya Saifuddin tidak ada untuk tandatangan hard copy?

Khuatir juga, disaat-saat PRK Tenang dah mula orang kuat yang isytihar keluar PKR. Jangan-jangan Saifudin pun rancang nak keluar juga kot?

Belalang! Aku Dah Kata Jangan Lawan

Belalang..... Belalang..... Aku dah kata jangan lawan tapi kau degil suruh lawan.

Kau bukan tak tahu Himpunan Menjunjung Kasih Rakyat dah gagal Jumaat lepas. Harapkan Ketua Kampung & Pengerusi JKKK datang bawa orang, batang tubuh dia sendiri tak nampak bayang. Siap ada yang main FB, tulis status kat Pasir Gudang. Itu belum lagi Pengerusi JKKK yang kat kampung sendiri dah macam kera sumbang. Tak guna kau orang. Ada pulak badigol yang lapor Pengawal Peribadi Sultan sambut wakil Ketua dengan girang! Entah-entah dia ketawakan kita berarak dengan beberapa kerat orang.

Belalang..... Belalang..... Aku dah kata jangan lawan tapi kau degil suruh lawan.

Kau kata boleh kumpul 10,000 orang tapi kat Stadium MBPJ cuma banyak bangku dari orang. Apa barang yang datang cuma 250 orang. Masa aku UMNO dulu, itu cuma taraf mesyuarat cawangan!

Belalang..... Belalang..... Aku dah kata jangan lawan tapi kau degil suruh lawan.

Sekarang kita dah kalah Belalang. Aku bukan nak 3/4 cuma 2/3, mana dia kau kata boleh beli orang?

Belalang..... Belalang..... Aku dah kata jangan lawan tapi kau degil suruh lawan.

Speaker dah bagi notis bukak gelanggang kat Pelabuhan Klang. Nampak gaya sumbang langkah kita di gelanggang. Kalau Pak Guru Nuar masuk, nampak gaya terkangkang

Belalang..... Belalang..... Aku dah kata jangan lawan tapi kau degil suruh lawan.

Macam nak balik Ijuk ni Belalang. Kampung kita kat Jeram, tapi tengok Amirudin Sutero pun aku dah seram. Nak lalu Kapar kena lintas Sementa, itu kawasan Rahman Palil pasti cengkam. Nak pusing jauh, masuk Batu Arang Leman Razak dah tunggu kat Permatang. Nak ambil laluan Lebuhraya Guthrie, Bushro Paya Jaras dah tunggu kat simpang. Mungkin Dr Rani Meru boleh bagi laluan, tapi kita masih kena masuk ikut Jeram. Malu Belalang malu! Aku rasa nak letak jawatan!

Monday, January 24, 2011

Anwar Ibrahim & Khalid Ibrahim Cabut Lari Menjelang Asar!

Perhimpunan HORMATI SUARA RAKYAT SELANGOR gagal memartabatkan Bani Ibrahim Selangor. Anwar Ibrahim dan Khalid Ibrahim cabut lari menjelang Asar. Penampilan Bani Ibrahim Selangor diwakili oleh Haris Ibrahim.

Wakil Bani Ibrahim

Sepi

Banyak kerusi

Grand stand

Tengok friendly match ke?

Penyair hebat

Match Inspector declares game postponed?

Hanya 250 Orang Bantah Khusrin Munawi

Gambar dari : BARAJIWA

Dalam sidang akhbar perhimpunan Hormati Suara Rakyat Selangor (HSRS), pihak penganjur yang mendakwa mewakili suara rakyat Selangor dan dianggotai oleh NGO-NGO terdiri dari Bersih 2.0, Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM), Jemaah Islah Malaysia (JIM), Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM) dan beberapa lagi telah meletakkan sasaran 10,000 kehadiran.

Perhimpunan tersebut yang telah berlangsung pada 23/1/2011 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya adalah sebagai bantahan terhadap perlantikan Dato' Mohamed Khusrin Munawi sebagai SUK Selangor.

Meskipun sasaran kehadiran ialah 10,000 orang namun menurut laporan Malaysia-Chronicle kehadiran cuma 250 orang.

Oleh yang demikian, molek benar HSRS itu ditukar kepada HANYA SYOK RASA SENDIRI!

Khalid Ibrahim semakin menggeletar lutut, sementara Khusrin boleh senyum sampai ke telinga.

Sunday, January 23, 2011

Khalid Ibrahim Jelmaan Harold MacMichael Abad Ini

Saya bukan mengatakan usul terhadap pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor sebagai umpama MALAYAN UNION, cuma dari segi modus operandi ada menunjukkan sedikit persamaan. Secara lebih mudah boleh dikatakan sebagai "laksana dahulu, maklum kemudian".

Sebagai sebuah kerajaan yang kononnya memperjuangkan ketelusan, satu teladan yang baik harus ditunjukkan oleh Kerajaan PR Selangor. Sehubungan dengan Sidang DUN Khas yang bakal berlangsung esok, saya masih tercari-cari draf rang undang-undang pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor dan hanya terjumpa sekadar kenyataan akhbar MB.

Oleh kerana kekaburan maklumat, buat masa ini saya lebih cenderung untuk terpengaruh dengan pandangan 2 pengamal guaman Warisan 2057 dan Zul4Kulim yang pindaan yang dicadangkan ialah muslihat kearah pengukuhan kuasa Khalid Ibrahim.

Rasanya tidak salah untuk melabelkan Khalid Ibrahim sebagai jelmaan Harold MacMichael abad ini!

Disamping itu juga, saya sedang menimbangkan untuk hadir ke undangan yang berbunyi:-

"Kita 2run ramai2 pd 24hb isnin jam 9pg di dataran shah alam kita bantah sidang derhaka dan menipu rakyat".