Thursday, January 5, 2017

Tiada Lagi Hak Istimewa Untuk Melayu Dibawah Pentadbiran Azmin Ali Di Selangor



Secara beransur-ansur, Kerajaaan Negeri Selangor dibawah pentadbiran DS Azmin Ali menghapuskan hak keistimewaan Melayu.

Bermula dengan penghapusan diskaun harga rumah 7% kepada bumiputera, mulai tahun 2017 cukai tanah pertanian (rezab Melayu) telah dinaikkan hampir 200%.

Kalau dulu cukai tanah untuk satu lot tanah pertanian sebanyak RM33, kini telah dinaikkan kepada RM89.



Kenaikan ini adalah mengejutkan kerana ia tidak diumumkan oleh Azmin ketika pembentangan belanjawan Selangor 2017, melainkan beliau mengunjur pertambahan 13% dalam kutipan hasil yang disebut dalam ucapannya.

Untuk perbandingan unjuran hasil oleh Azmin ialah sebanyak RM2.55 bilion pada 2017, berbanding RM2.25 bilion hasil untuk tahun sebelumnya.

Bermakna peningkatan yang diunjurkan tersebut berjumlah RM300 juta,

Dari semakan dan perbandingan dengan bil cukai tanah kategori lain, didapati kenaikan hanya berlaku keatas tanah pertanian rezab Melayu dan tidak secara menyeluruh.

Memandangkan komposi keanggotaan jemaah Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang terdiri dari 6 orang Melayu (masing-masing 3 dari PKR dan PAS) tidak termasuk Azmin sebagai MB, membuktikan betapa lemahnya mereka untuk mempertahankan kenaikan cukai tanah pertanian rzab Melayu ketika berdepan dengan exco bukan Melayu ( 3 DAP dan 1 PKR).

Malang sungguh Melayu Selangor, keistimewaan Melayu tergadai disebabkan kelemahan PKR dan PAS.

Satu soalan kepada Azmin dan exco-exco Melayu PKR dan PAS, apakah tambahan hasil Selangor RM300 juta itu, adalah dari titik peluh masyarakat Melayu desa?

4 comments:

Anonymous said...

Daripada naikkan cukai tanah reserve Melayu ke hampir 200%, lebih baik naikkan cukai premis judi/rumah urut/ladang ternakaan babi/padang golf/ukai pintu Condominium dan banglo mewah yang bernilai 1-2 juta keatas. Kerajaan Pakatan di bawah Azmin Ali sudah mula BESAR KEPALA/MENINDAS RAKYAT.

Anonymous said...

Syaitan nie...dia fikir Diri nya dah "senang" dah Kaya sampai Hak Orang Melayu pon di gadaikan nya !!! Malang sungguh nasib Melayu di bumi sendiri...semoga dipercepat Allah agar malaikat maut cabut nyawa nya !!! Dan sunggug "bodoh" nya Melayu yang menyokong dan mengangkat nya jadi Menteri Besar Telor.....iiiisssk

Anonymous said...

Mmg silap besar pkr n dapigs dipilih jadi pemerintah

xuanhathudong said...

Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!

An Thái Sơn chia sẻ trẻ sơ sinh nằm nôi điện có tốt không hay võng điện có tốt không và giải đáp cục điện đưa võng giá bao nhiêu cũng như địa chỉ bán máy đưa võng ở đâu uy tín.