Monday, October 28, 2013

Nik Aziz Ditipu Hidup-Hidup Bila Diyakinkan DAP & PKR Akan Sokong Laksana Hudud


Kesian Nik Aziz. Hidup-hidup ditipu oleh PKR dengan diyakinkan bahawa DAP dan PKR akan menyokong perlaksanaan hukum hudud.

Samada wacana mahu pun forum acap kali dianjurkan oleh PAS dan lagu yang sama berulang-kali dimainkan, dengan anganan kosong kononnya hukum hudud akan dilaksanakan jika PAS tetap bersama Pakatan Rakyat.

Pada Oktober 2011, orang kanan Anwar Ibrahim berkaitan undang-undang dan perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari meyakinkan PAS terhadap sokongan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat terhadap perlaksanaan hudud, dalam Wacana Perlaksanaan Hudud di Negeri Kelantan.

Selepas 2 tahun, semalam berlansung pula forum 'air liur' tanpa tindakan atas nama 'Hudud dan Penyelesaian Masalah Ummah', yang sekali lagi menampilkan Aziz Bari sebagai ahli penalnya.

Seperti yang berlaku 2 tahun lepas, Aziz memberikan gula-gula untuk dikemam oleh Nik Aziz dengan janji bahawa kemenangan PAS di peringkat Pusat bersama Pakatan Rakyat adalah antara faktor yang penting bagi melaksanakan perkara itu.

Malang sekali bila PAS menerima bulat-bulat janji kosong Anwar Ibrahim, walhal Karpal Singh sendiri telah bersumpah untuk langkah mayatnya dulu, jika hudud hendak dilaksanakan di negara ini.

1 comment:

Anonymous said...

Dah nyanyuk mmg senang ditipu... apatah lagi oleh kepala penipu...