Monday, September 23, 2013

Dewan Ulamak Berikan 5 Perkara Untuk Perhatian Hadi Awang Demi Selamatkan PAS Dari Musnah Jika Bekerjasama Dengan PKR & DAP


Akhirnya Dewan Ulamak PAS tampil memperincikan asas-asas yang mendorong kepada tercetus resolusi yang mendesak semakan keatas Tahaluf Siyasi PAS bersama PKR dan DAP, yang disepakati melalui Multaqa' Ulama' Se-Malaysia anjuran sayap ulamak parti berkenaan, yang diperturunkan seperti berikut:-
1. Perundingan kerusi dalam kalangan parti komponen PR yang tidak memberi lebih nilai kepada pengukuhan kedudukan dan pengaruh PAS dalam PR.  
2. Terdapat ahli PAS yang menukar keahlian dan bertanding atas tiket PKR. 
3. Terdapat dalam kalangan ahli dan pimpinan PAS yang tidak memberi tsiqah dan wala' kepada kepimpinan jamaah bahkan lebih mematuhi keputusan dan arahan orang luar PAS.  
4. Terdapat dalam kalangan ahli dan pimpinan PAS yang mengeluarkan kenyataan dan pandangan yang keluar dari skop fikrah Islam dan ada juga yang berbaur fahaman pluralisme dan liberalisme.  
5. Kemerosotan sokongan dan undi Melayu terhadap PAS berbanding PRU12 yang merupakan era sebelum wujudnya PR.
Kita sendiri dapat melihat bahawa pencerahan 5 perkara di atas tentunya melalui pengalaman yang telah pun dilalui dan dialami oleh PAS sendiri pada PRU13 yang lalu. Perkara yang dibangkitkan juga adalah mudah difahami dan tidak berkias, serta diketahui ditujukan kepada pihak yang mana.

Malah Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat Muhammad Ismi Mat Taib menegaskan bahawa perkara-perkara yang dinyatakan bukanlah dilontar secara semborono oleh perwakilan multaqa' sehingga ia diangkat sebagai resolusi. Terdapat beberapa 'problem statements' dan 'trigger factors' yang melatari perbahasan seputar isu tahalluf siyasi di multaqa' berkenaan, lapor Harakah Daily.

Dengan penjelasan berkenaan, adalah sukar untuk menafikan kewujudan rasa bimbang terhadap penularan anasir-anasir yang tidak Islamik dalam PAS dan anasir ini adalah ibarat anai-anai yang boleh meruntuhkan parti yang membawa imej Islam berkenaan.

Tidak mustahil juga ada lagi perkara-perkara yang lebih sensitif dan tidak didedahkan kepada umum, yang dibisikkan oleh Dewan Ulamak kepada TG Hadi Awang dalam menyelamatkan PAS.

4 comments:

Anonymous said...

Masalahnya, Pas lebih rela bekerjasama dgn kafir yg nyata anti Islam dan para munafik..

Anonymous said...

Kepada ahli2 Pas.

Saya yang menjadi pemerhati kepada percaturan politik Pas sejak sekian lama merasakan Pas akan hanyut dan hanyut dan hanyut jika ahli parti ini masih mahu menyimpan Hadi Awang dan Nik Aziz.

Ingat saudara2. Perjuangan Hadi Awang dan Nik Aziz untuk membolehkan kalimah suci Allah digunakan dalam bible bahasa melayu tak akan kami orang melayu yang tidak menjadi ahli Pas lupa hingga ke akhir hayat kami.

Seruan Ikhlas Dari Ku

Gunakan peluang dalam Muktamar Agong Pas 2013 untuk melakukan perubahan. Angkat lah Harun Taib menggantikan Hadi Awang sebagai Presiden Pas dan Haron Din menggantikan Nik Aziz sebagai Mursidul Am Pas.

Harun Taib dan Haron Din tidak pernah menyokong kalimah suci Allah dignakan oleh penganut kristian. Harun Taib dan Haron Din juga tidak pernah nampak ghairah giller untuk meminta bantuan Setan dalam menghadapi PRU dan Umno.

" Aku suka Umno, aku sayang Pas kerana aku adalah seorang melayu yang cintakan islam "

Ana Muslimah

hangkedee said...

Pas BARUA dapig

Anonymous said...

Saya sendiri pernah berjumpa Mat Sabu - saya syak dia ini dari puak Cina (muka dan perangai seolah mcm. Cina SAMSENG DAP). Puak Kristian Zionis sering menyamar sebagai orang Islam, termasuk utk. terus MENJAHANAMkan PAS sebagai parti Islam tulen, serta menjatuhkan Islam/umatnya dari dlm, termasuk dgn. menyebarkan fahaman Syiah, dan menjatuhkan Malaysia (dan negara Islam lain) sbg. NEGARA ISLAM! Sebab itu makin ramai si kononnya-'Islam' yg. ganjil/kurang ajaq dlm. PAS, termasuk yg. membuat lapuran polis ke atas Mufti Kedah kita yg. menghentam fahaman Syiah.

Fahaman evangelis Kristian Zionis, ialah doktrin gabungan Kristian Protestant palsu dan pengganas Yahudi Zionis, SENJATA politik merbahaya yang mempergunakan agama, oleh penjajah Barat-Israel melalui CIA-US/MI6-UK/Peranchis/Jerman/Israel-Mossad/EU-NATO (di Malaysia melalui sekutu mereka, DAPBANGKAI/PKR). Fahaman ini dipergunakan untuk menjatuhkan Islam/umatnya, dan menjajah Palestin selamanya untuk memecahbelahkan PUSAT Islam di Timur Tengah, iaitu Mekah di masa hadapan dan seluruh negara-negara Islam yang kaya minyak-gas/sumber asli lain/tanah subur (untuk pertanian syarikat global GM US-Mosanto yang diharamkan di EU sebab boleh menyebabkan penyakit kanser dll). Bahkan Vatican juga telah dikuasai puak Kristian Zionis ini.

Maka tidak mustahil ada PENYAMAQ Bukan Islam dlm. PAS - termasuk menyamaq jadi puak Syiah - kerana kalau mereka buat ibadat bukan berpandukan Sunnah Wal Jamaah, mereka akan dituduh sbg. puak Syiah sdgkan mereka mungkin Bukan Islam yg. samada tidak tahu mengamalkan hukum Islam dgn. cara betul, atau memang mahu memesongkan ajaran Islam. Ini ialah kerana antara MO PENJAJAH KAPIR ganas Barat-Isreal, ialah melatih Bukan Islam, termasuk untk MENYAMAQ sbg. pejuang Islam, untuk melagakan dan memperdayakan contohnya puak Shiah-Sunni sampai berbunuh sesama sendiri atau dibunuh amat kejam pengganas Bukan Islam itu, seperti di Palestin, Libya, Yemen, Syria, Somalia, Afghanistan, Mali, Sudan, Nigeria, Lebanon, selatan Thailand/Filipina dan Iraq, dan kemudian di Iran dll, termasuk Malaysia ini contohnya bermula dengan Sabah baru-baru ini. Bahkan pengganas TALEBAN dan AL-QAEDA adalah diCIPTA oleh Barat-Israel sendiri, untuk tujuan MENJATUHKAN Islam dan untuk melaksanakan PENJAJAHAN mereka, ke atas negara-negara Islam (lihat http://www.globalresearch.ca/fighting-al-qaeda-by-supporting-al-qaeda-in-syria-the-obama-administration-is-a-state-sponsor-of-terrorism/5339728, Fighting Al Qaeda by Supporting Al Qaeda in Syria: The Obama Administration is a “State Sponsor of Terrorism”, By Prof Michel Chossudovsky, Global Research, June 19, 2013).

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM/UMNO/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.