Friday, August 30, 2013

Anwar Tak Putus Asa - Setelah Najib Enggan Perjumpaan Tertutup, Kini Tawar Perjumpaan Terbuka


Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim kini mengambil kaedah kelembutan lidahnya untuk memujuk PM DS Najib Razak bagi memberinya peluang memainkan peranan dalam kerajaan.

Setelah didedahkan yang Anwar telah memohon bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla menjadi perantara untuk rundingan dengan Najib, yang akhirnya ditolak oleh Najib (Baca SINI), sempena hari kemerdekaan Anwar menawar dialog terbuka antara PR dengan kerajaan BN.


Anwar meletakkan isu-isu agama, jenayah, ekonomi dan pentadbiran sebagai asas pebincangan antara kedua-dua belah pihak, tanpa membincangkan soal kerajaan perpaduan.

Namun begitu blog Akar Umbi ingin mempersoalkan kewajaran 'perundingan' yang ditawarkan oeh Anwar, walhal kita mempunyai parlimen yang boleh menjadi forum untuk menegur dengan berhemah, disamping melontarkan pandangan oleh kedua-dua belah pihak demi kemakmuran dan kesejahteraan negara.

Adalah dihuatiri, rundingan tersebut hanya menjadi agenda tanpa keputusan dan tindakan.

Cadangan oleh Anwar ini mengesahkan cerita yang mengatakan beliau menggunakan Jusuf Kalla dengan tawaran kerajaan perpaduan dengan terma yang berikut:-

1) Anwar akan memecat Khalid Ibrahim dan Najib boleh memilih individu pilihannya untuk mengetuai Selangor.
2) Anwar dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
3) Empat orang ahli parlimen PKR dilantik sebagai menteri.

Seperkara lagi, kini telah timbul cerita yang tidak dapat dipastikan kesahihannya yang khabarnya anak lelaki seorang pemimpin komponen PR telah memohon untuk bertemu Najib.

Mungkinkah, lantaran itu Anwar tampil dengan tawaran sempena 'Hari Kemerdekaan' kepada Najib?

7 comments:

Anonymous said...

Just damn the dog!

Anonymous said...

si muka taik tak tahu malu...anugerah tuhan konoooonnn.

Anonymous said...

pajib...ko camner..?

Anonymous said...

Dah kalah, kalah lah. Lagi mahu ape?

Anonymous said...

JANGAN DILAYAN SI KUAT MERAYAN DAN MEROYAN NI....KEMARUKNYA UNTUK MENJADI PM TAK AKAN PUPUS. KALAU DILAYAN BERTAMBAH MEROYANLAH DIA. KATAKANLAH NAJIB. 'KAMI TAK MAHU DENGANR CAKAP HANG'...

Anonymous said...

Aku takut si Najib tu trgoda dgn jantan SIAL permatang pauh nih. Sbb Najib hapuskan ISA, EO pn sbb tergoda gdn laungan jantan sial tu.. hrp2nya tidak.

KEMAROK SUNGGUH2 JANTAN SIAL TU NK JD PM.

Anonymous said...

DS Anwar patut menerima jawatan TPM. Beliau sudah agak berumur dan pru14 boleh dikatakan sudah terlambat bagi beliau.