Thursday, August 23, 2012
Kalau Ikut Idea Rafizi Lembu, Rakyat Akan Naik Kereta Lembu
Bila Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli menjadi gila dengan kempen 'Turunkan Harga Kereta', harap-harap rakyat pun jangan turut menjadi gila.
Sekali pandang, mungkin ramai akan terpengaruh apabila Rafizi memberi sasaran penurunan harga kereta bagi yang dalam kumpulan bawah 2,000 c.c. Namun perlu diingat bahawa idea ini akan membebankan rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana.
Dengan kemudahan kredit yang sedia ada, iaitu margin pembiayaan setinggi 90% dan tempoh pembayaran sehingga 9 tahun, penurunan harga kereta akan memberi kesan keatas pemilik kenderaan, pembiaya (bank) dan pengusaha kereta terpakai.
Pemilik kereta akan mengalami kerugian dari segi susutnilai yang amat ketara bagi kereta yang dimilikinya, iaitu ditambah dengan penurunan harga baru bagi kereta yang sama jenis miliknya. Andaikan nilai harga kereta yang sedia ada diparas RM35,000 dan penurunan harga kereta adalah sebanyak RM5,000 maka nilai semasa kereta milik individu akan menjadi RM30,000.
Hakikatnya, tempoh pembiayaan yang panjang tidak membawa banyak perubahan kepada prinsipal yang dibayar oleh pemilik kereta. Oleh yang demikian, jika pemilik kenderaan ingin melupuskan kenderaan (contohnya melalui trade-in), mereka akan rugi kerana terpaksa membayar perbezaan prinsipal dengan nilai semasa kenderaan berkenaan.
Bagi pihak bank pula, mereka menghadapi risiko terhadap kereta-kereta yang ditarik kerana pastinya akan berada dibawah nilai pinjaman yang diberi.
Begitu juga dengan pengusaha kereta terpakai, disamping berdepan dengan susutnilai kepada stok dalam simpanan mereka, mereka juga berdepan dengan masalah permintaan terhadap stok yang dimiliki.
Akhirnya, idea Rafizi ini akan mendatangkan mudarat kepada ekonomi negara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment