Pernahkah anda melihat objek dalam gambar di atas? Jangan sekali-kali anda terbayang Anwar Ibrahim, apabila menatap objek berkenaan.
Ia adalah pili gergasi yang kini bak tugu peringatan, sebagai kenangan kepada krisis air di Selangor pada 1997.
Seingatan saya, pili gergasi biasa kelihatan di Taman Petaling, Klang (foto di atas) dan di Persiaran Selangor, Seksyen 15, Shah Alam. Namun, pili gergasi di Seksyen 15 sudah tidak kelihatan di tapak asalnya.
Ia berfungsi sebagai pusat pengisian air ke lori tangki sebelum diagihkan kepada pengguna-pengguna ketika krisis air yang meruncing pada tahun tersebut.
Mengimbas kembali ketahun tersebut, ia adalah peristiwa ngeri yang seboleh-bolehnya tidak mahu diulang kembali. Kesian kepada arwah ibu yang terpaksa beratur untuk mendapatkan air dari lori-lori JBA yang datang membekalkan air di kawasan perumahan kami.
Sebelum krisis air di Selangor, Melaka terlebih dahulu mengalami krisis air, sehingga mendapatkan bantuan bekalan air dari Negeri Sembilan.
Berttitik tolak dari situlah, maka satu langkah proaktif dari Kerajaan BN Negeri dan Kerajaan Persekutuan untuk menyediakan bekalan air yang mencukupi melalui, penyaluran air dari Pahang ke Selangor.
Meskipun perancangan telah dilakukan sejak dulu, apabila berlaku pertukaran kerajaan di Selangor penyaluran air dari Pahang telah tergendala. Puncanya adalah keengganan MB Khalid Ibrahim untuk bekerjasama dalam merealisasikan kewujudan Empangan Langat 2.
Khalid nampaknya lebih berpolitik dan mempertaruhkan nasib rakyat di Selangor, walhal sedia maklum bahawa kapasiti bekalan air hanya mampu bertahan sehingga 2014. Hakikatnya, Khalid sendiri sedia maklum bahawa sebanak 129 projek perindustrian dengan nilai pelaburan RM 3.8 bilion yang telah diluluskan oleh MIDA telah tertangguh ekoran tiada jaminan bekalan air ke premis mereka.
Dalam satu kenyataan Tuanku Sultan Selangor bertitah,
“Ada sesetengah pihak beranggapan masalah air adalah remeh, tetapi beta memandang serius kerana kita berdepan dengan masalah yang boleh menjejaskan kehidupan dan pembangunan negara. Oleh itu, beta tidak mahu isu air dipolitikkan kerana rakyat memerlukannya dan tiada alternatif lain menggantikannya”
Seperkara lagi, cubalah dielakkan agar pili-pili gergasi di atas tidak akan menjadi pemandangan biasa di Selangor menjelang 2014.
3 comments:
Wooshh bengkoknye......
bengkok dan besow wowww
ko jgn kurang ajar dgn org Selangor.. Tugu kote anwar ke najib ke bapak ko ke, jgn nk burukkan Selangor dlm bab politik2 korang ni..
Post a Comment