Sunday, February 19, 2012

Gambar Rektor KUIN Disimbah Cat Oleh Abang Yang Marah Kerana Adiknya Digantung Pengajian

Rektor KUIN Prof Dato' Dr Jamil Osman yang didendami oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) sebenarnya pernah menjadi guru saya. Beliau pernah mengajar saya subjek stastiks di ITM, ketika beliau menjadi pensyarah di sana. Oleh yang demikian, adalah amat sukar bagi saya untuk memaafkan perlakuan biadap SMM ini.

Sinar Harian melaporkan,
Dalam pada itu, portal pro PAS Tranungkite awal-awal lagi menyifatkan SMM sebagai kumpulan tajaan UMNO. (Keratan artikel seperti di bawah dan artikel penuh, klik SINI). Malah portal berkenaan mendakwa Pengerusi SMM Ahmad Syukri Che Abd Razab dan pelajar KUIN yang dikenakan tindakan disiplin Muhamad Aiman Che Abd Razab adalah adik beradik.

Jadi ini bermakna ia lebih bersifat dendam si abang membela si adik.


Ternyata bahawa di pihak PAS telah dibutakan matanya oleh Anwar Ibrahim, walhal SMM dan Che Bard adalah begitu akrab. Oleh itu tidak hairanlah mengapa mereka menolak kenyataan bahawa Anwar wujud dalam video China Doll.

Atau mungkinkah putarbelit yang tersiar di Tranungkite sebagai untuk mengelakkan perpecahan sesama parti di dalam PR?

Jika PAS masih beranggapan bahawa SMM sebagai satu komplot tajaan UMNO, mengapakah PAS Kawasan Kapar dibawah kepimpinan Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman menjadi terlalu tolol untuk menyelamatkan kumpulan tersebut yang terkangkang bersendiri ditinggalkan oleh PKR dalam kekecohan di Kg Idaman, Pelabuhan Klang?

Saya telah menyaksikan sendiri bila mana, kumpulan PAS dari DUN Meru (kawasan parlimen Kapar) datang memberi perlindungan kepada SMM di IPD Klang pada malam kejadian.

Video di bawah menjadi saksi betapa tidak seorang dari PKR Klang yang melindungi mereka, melainkan PAS Meru.

1 comment:

NSK said...

Budak baju merah dlm video nie byk keluarkan kenyataan menghasut, menfitnah dan bolehlah dilabelkan poyo tak kena tmpt...
Psoalan aku, byk duit diorg nie bgerak nak wat roadshow ye... katanya demi mahasiswa, tapi lps tu nak wat gerakan tolak najib... ungkit pulak kebangkitan di korea dan indonesia...
Benda yg huru hara nak ditimbulkan... tlglah anak2 muda, tolak jauh2 pimpinan anak muda mcm nie...
Inilah akibatnya bila anwar jd panduan dan idola...
Rasa mcm ringan jer tangan aku tgk bdk SMM nie...