Wednesday, September 14, 2011

Amanat Tok Wan 8 Tahun Sebelum Mat Sabu Dilahirkan

Ketika 8 tahun sebelum Mat Sabu dilahirkan, tokwan-tokwan Mat Sabu telah berkumpul membuat satu perintah (resolusi) di Istana Besar Johor Baru pada 11 Mei 1946.

Wakil-wakil yang dipilih ialah Dato' Onn Jaafar, Dato' Panglima Bukit Gantang dan Tunku Abdul Rahman. Sementara itu Zainal Abidin Abas dilantik sebagai pengganti, jika salah seorang dari yang dilantik tidak dapat turut serta.

Berikut diperturunkan perintah (resolusi) kepada perwakilan yang dilantik dan ia adalah mengikut minit yang tercatat dan mengikut susunan dan gaya bahasa ketika itu, tanpa sebarang pindaan:-

"Hendaklah kamu belayar ke England apabila dapat ditentukan kenaikan subaya membentangkan kepada rakyat British dan kepada ahli-ahli Mesyuarat British dan kepada pertubuhan-pertubuhan siasah dan lain-lain pertubuhan yang mewakili suara rakyat dan juga kepada lain-lain orang yang kamu fikirkan patut, akan bantahan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang mewakili umat Melayu di dalam Semenanjung Tanah Melayu ini diatas:

  • Ketaklukan Negeri-Negeri Melayu
  • Perjanjian-perjanjian yang ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu itu dan Sir Harold Mac Michael wakil khas bagi Yang Maha Mulia King ialah perjanjian-perjanjian itu tiada diaku oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu dan yang demikian itu disifatkan tidak sah diatas umat Melayu yang menjadi rakyat Raja-Raja itu
  • Supaya menuntut bagi dikembalikan taraf negeri-negeri Melayu menjadi Negeri-Negeri Melayu yang merdeka
  • Supaya dijalankan langkah-langkah atau lain-lain pekerjaan yang akan memeliharakan kemerdekaan Negeri-Negeri Melayu itu
Mat Sabu memang tak tahu menahu pun sebab dia belum dilahirkan dan masih belum kenal bau dan kena lekit ***** Mah!

No comments: