Kematian pegawai kastam di Pejabat SPRM, Jalan Cochrane telah disensasikan oleh portal berita Malaysikini.
Saya cuba menjejak punca kematian, apabila ada desas-desus mengatakan bahawa mangsa dikatakan diserang sakit jantung lalu jatuh.
Persoalan jatuh yang macam mana?
Menurut sumber yang berdekatan, hanya menyatakan bahawa beliau sekadar diberitahu oleh rakan-rakannya bahawa mangsa jatuh (tetapi tidak menyebut sebagai jatuh dari bangunan) dan enggan mengulas lanjut.
Khabarnya mayat mangsa ada dihantar ke HUKM.
Juga difahamkan, mangsa seorang yang baik dan meninggal seorang balu serta 7 atau 8 anak.
Tambah menjadi misteri, Utusan Malaysia telah menarik balik berita kematian mangsa. [SINI]
SPRM wajar dengan segera memberi kenyataan, memandangkan pembangkang dan portal berita pro-pembangkang telah mensesasikan berita tersebut.
No comments:
Post a Comment