Saya yakin saranan Azmin Ali berhubung dengan kenaikan elaun guru-guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) telah ditolak oleh Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Selangor. Sehingga kini, guru-guru KAFA cuma menikmati imbuhan RM1,000. Ini bermakna ia adalah berlawanan dengan kenyataan oleh 2 orang Ahli Parlimen PKR di parlimen pada November 2008.
Cuba perhatikan dan hayati petikan-petikan yang berikut:-
“Akan tetapi saya menghargai pengiktirafan Yang Berhormat Menteri sekurang-kurangnya usaha yang dibuat oleh Pakatan Rakyat di Selangor yang telah pun pengumumannya dibuat oleh Menteri Besar menaikkan elaun guru agama kepada RM1,500.” - Saifuddin Nasution.
“ Maka, untuk memperkasakan sekolah agama ini, kita mengambil keputusan untuk menghargai sumbangan guru-guru agama ini, guru-guru KAFA dengan menaikkan elaun mereka daripada RM738 kepada RM1,500.
Saya salah seorang pembahas dalam Dewan Undangan Negeri untuk mencadangkan perkara itu dan alhamdulillah Menteri Besar Selangor telah pun bersetuju dan akan dibuat pengumuman dalam masa yang terdekat.” - Azmin Ali
“Sebenarnya apa yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor hanya RM1,000. Jadi, guru KAFA Selangor sebenarnya masih berada di bawah garis kemiskinan. Jangan mendabik dada. Saya sebut figure.” - Ahmad Zahid Hamidi
Sumber dari Ahli Parlimen Pas
Namun begitu daripada amaun RM1,000 tersebut, RM500 adalah dari sumber Kerajaan Persekutuan seperti yang dibuktikan oleh petikan-petikan berikut:-
“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menyemak semula elaun guru-guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di seluruh negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.Katanya, ini kerana guru-guru KAFA berada dalam kelompok miskin dengan pembayaran elaun RM500 sebulan sejak 2006.” Dipetik di sini.
"Guru Kafa kini hanya menerima elaun RM500 sebulan dan kebanyakannya adalah bekerja secara sambilan. Elaun ini masih terlalu rendah jika dibandingkan dengan sumbangan yang mereka berikan," kata kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom kepada pemberita selepas merasmikan Multaqa Penyelia dan Guru-Guru Kafa Negeri Sarawak " seperti dilaporkan oleh Bernama.
Akhirnya, saya mempersoalkan kewajaran Saifuddin Nasution dan Azmin Ali membuat pengisytiharan mendahului Kerajaan PR di Selangor dan persoalan yang kedua, siapakah dikalangan Ahli-Ahli Exco yang menolak kenaikan elaun RM1,500 yang sepatutnya diterima oleh guru-guru KAFA?
No comments:
Post a Comment