Tuesday, June 2, 2009

Pelabuhan Klang Bakal Menyusul Selepas Penanti?

Mungkin ada kebenaran cakap-cakap orang bahawa calun-calun PR untuk pilihanraya yang lalu umpama main tangkap muat. Dengan demikian maka terhasillah satu saf kepimpinan yang tidak bermaya, tidak mempunyai ketokohan, apatah lagi kewibawaan.

Bagi kawasan DUN N.46 Pelabuhan Klang, Selangor cakap-cakap di kedai kopi kuat menghentam wakil rakyat PKR YB Tuan Badrol Hisham Abdullah. Tidak menjadi pelik kalau hentaman dan pukulan dari UMNO/BN tetapi yang menghairan malah menjengkelkan, pukulan dan hentaman datang dari kalangan PKR dan JKKK yang dilantik oleh Kerajaan PR Selangor. Mengikut penganilisis politik kedai kopi YB Tuan Badrol menjadi liabiliti kepada PKR. Kedudukan beliau umpama akan bakal ‘mati beragan’, kekal dalam PKR susah dan melompat ke UMNO pun susah.

Mungkinkah ada lagi pilihan raya kecil seperti yang diramalkan oleh X-PKR yang meletakkan YB Tuan Badrol toplist untuk ditukar oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim sesudah PRK Penanti?

1 comment:

kulatlapok said...

salam,

Betul lah tu Bro, wa tengok klip berita tu berkali2 dan cara dia menyampaikan hastanya tu memang tak meyakinkan langsung yg dia seorang pemimpin yg harus dipimpin.