Wednesday, November 12, 2008

Tangan Ajaib Pak Lah dan Rafidah

Pemilihan untuk kepimpinan tertinggi UMNO akan berlangsung pada bulan Mac 2008. Setelah selesai pemilihan di peringkat cawangan dan bahagian, maka kini ahli-ahli UMNO untuk menunggu lebih 3 bulan untuk membuat pemilihan di peringkat tertinggi parti. Tan Sri Muhiyuddin Musa memberi komen bahawa anjakan tarikh Perhimpunan Agung UMNO yang sepatutnya pada Disember 2008, boleh menjejaskan kerja calun-calun yang mempunyai jawatan di dalam kerajaan. Namun komen tersebut telah ditempelak oleh banyak pihak termasuk Pak Lah yang berkedudukan sebagai Presiden UMNO, sebagai tidak menghormati keputusan Majlis Tertinggi.

Sementara untuk sayap Wanita UMNO, isyarat telah diberikan oleh bahagian-bahagian melalui pencalunan Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk jawatan Ketua Pergerakan UMNO bagi mencabar kedudukan Dato’ Seri Rafidah Aziz. Sharizat telah memohon tarikh peralihan kuasa dipercepatkan ke Mac 2008. Mesyuarat Exco Pergerakan Wanita dilaporkan menegas pendirian dengan berpegang pada plan asal, iaitu pada Jun 2009.

Nampaknya masing-masing, Presiden dan Ketua Pergerakan Wanita UMNO mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi. Menyelesaikan tugasan dan meredakan pergolakan parti menjadi alasan. Namun, pendirian yang diambil oleh mereka, mampu meredakan keresahan dikebanyakan ahli dan juga rakyat ? Rasanya tak perlu dihuraikan satu persatu tentang kesan dan juga akibat dari pendirian tersebut. Apa yang jelas, rasanya Pak Lah dan Rafidah mempunyai ‘tangan-tangan ajaib’ untuk menyelesaikan semua perkara dalam tempoh 3 bulan. Persoalannya, adakah ‘tangan-tangan ajaib’ juga akan dapat menyentap Muhiyuddin dan Kamilia atau Shahrizat sekali?

3 comments:

melayuangkat said...

Assalamualaikum Saudara Azlan,

Apa Khabar?

Saya pun berharap pada Tangan Tangan Ajaib, bukan sahaja pada Pak Lah dan Rafidah, malah pada semua anggota UMNO yang boleh mengundi. Masing masing dengan peranan yang tidak kurang penting.

Saya tidak ikut sangat perkembangan UMNO atau apa yang sedang berlaku dalam UMNO tetapi sebagai seorang Melayu saya amat berharap segalanya berjalan lancar dan UMNO tetap mantap demi masa hadapan bangsa Melayu dan Malaysia sendiri.

WaAllahuAlam.

man_helang said...

dah lama aku tak selak paper tgk cite pasai politik...aku dah bosan ngan politik kat malaysia nih...tak sudah2...tp baca ko punya entri nih kira aku taulah serba sedikit apa yg berlaku...

sha said...

Salam Pak Usu...
Pak Usu try baca blog Labun Kulup Sakah.. kak cha terkedu dan terkelu membaca blog dia.. nanti pak usu tolong terangkan ye...