Saya terserempak dengan sepupu saya di sebuah hypermarket dan oleh kerana suasana kerja beliau mengikut shift, soalan yang sering menjadi pembuka perbualan ialah “kerja bila?”. Saya terkejut dengan jawapannya bahawa beliau telah bekerja mengikut waktu bekerja biasa apabila jabatan beliau (di sebuah syarikat GLC, pengendali pelabuhan) telah di ‘outsource’, berkuatkuasa pada 1 September yang lalu.
Nampaknya telah menjadi trend apabila semakin bertambah banyak organisasi perniagaan termasuk GLC melaksanakan ‘outsourcing’ yang pada pandangan pihak pengurusan organisasi berkenaan akan meningkatkan kecekapan dan meminimumkan kos. Persoalannya, apakah pandangan ini berasas?
Saya merumuskan, andainya trend ini terus berleluasa maka akan wujud keadaan Pembangunan Modal Insan VS Pembelaan Insan. Hal ini, dinyatakan melalui hipotesis saya yang seperti berikut:-
1. Apakah memadai KPI pengurusan syarikat cukup dengan dinilai melalui keuntungan bersih syarikat tanpa disertakan dengan keadilan dan tanggungjawab sosial?
2. Tidakkah pihak pengurusan menyedari keuntungan yang dianugerah oleh Allah s.w.t adalah termasuk rezeki pihak lain dan harus dikongsi bersama?
3. Kerajaan mepertingkat dan mempromosi Pembangunan Modal Insan dan adakah memadai dengan menyedia asas kecekapan insan dan kemudiannya membiarkan insan terbabit berjuang sendiri mendapatkan kebajikan dan pembangunan jasmaninya?
4. Kerjaya yang diwujudkan harus diberi ruang untuk dikembangkan, dipupuk dan diberikan balasan yang setimpal supaya jurang pendapatan dapat dikecilkan.
5. ‘Outsourcing’ menyekat perkembangan kerjaya dan sumber manusia tidak akan dapat memaksimumkan pendapatan mereka, sebaliknya pihak penyedia perkhidmatan akan berusaha melakukan ‘recruitment’ berbanding menyimpan sumber manusia yang bergaji tinggi.
6. ‘Outsourcing’ juga lebih kepada usaha lepas tangan dan lari dari tanggungjawab sosial pihak majikan.
7. Menghakis gerakan Kesatuan Sekerja justeru mewujudkan keadaan yang berat sebelah antara majikan dengan pekerja.
Sebagai kesimpulan, apa yang berlaku hari ini merupakan usaha yang saling kontra antara kerajaan dan organisasi perniagaan, malah GLC sendiri. Jelas bahawa usaha Pembangunan Modal Insan tidak akan kemana kerana disatu pihak lagi jelas mengabaikan Pembelaan Insan. Akhirnya, ia akan menyumbangkan kepada ketidakseimbangan sosial dalam jangkamasa panjang. Kos boleh dikurangkan melalui pelbagai cara, malah boleh dihasilkan oleh ketelusan di pihak pengurusan. Akhir sekali, saya ingin mengingatkan kepada semua pihak, merangkumi Kerajaan, Pengurusan Organisasi dan Kesatuan Sekerja supaya memberi perhatian, melaksanakan kajian atau semakan dan lebih bertanggungjawab dalam kebajikan insan supaya kegawatan sosial tidak akan berlaku. Sesungguhnya, unsur kerohanian juga perlu ada dalam sistem pengurusan terkini.
3 comments:
Assalamualaikum Saudara Azlan,
Memang dalam dunia perniagaan, semua syarikat GLC atau tidak GLC mahukan keuntungan jestru akan cuba mengurangkan kos kos mereka semana boleh. Inilah hakikatnya.
Sedih tapi benar.
Mereka pentingkan supaya balance sheet mereka tidak dalam braket. Tapi tidak dinafikan syarikat GLC dan tidak pun, ada yang baik dan memenuhui tuntutan sosial mereka tetapi ada yang cuba mengabaikannya semana boleh.
Inilah kenyataannya..dalam dunia business.
Saudara Azlan telah komen dalam blog saya mengenai 9-11, betapa telah terlambat untuk saudara jual share dan esoknya faham fahamlah.
Sebenarnya kaya atau miskin kalau rugi tu sama sahaja. Ini semua rezeki masing masing yang Allah swt tentukan.
Ramai orang fikir 'kaya' itu segalanya baik tetapi saya tak fikir begitu. Saya dikurniakan Allah swt peluang untuk berkawan dengan kawan dan kenalan dari segala jenis status.
Pernah satu pagi 15 tahun lalu seorang kenalan yang agak rapat telefon saya merunggut bahawa suami dia tidak memberi sepenuhnya kepadanya hadiah yang dijanjikan iaitu wang tunai seratus ribu RM, jika dia dapat deal dalam satu business.
Dalam hati saya, syukurlah tu,kalau suami boleh bagi 70 atau 80 ribu kalau tak dapat 100 ribu pun, sudah amat bagus!! Kalau saya dah sujud syukur!!
Pada petang yang sama, seorang lagi kenalan yang agak rapat pulak telefon merunggut bagaimana suaminya telah tidak pegang pada janji untuk bayar road tax untuk kereta kedua mereka tahun itu. Road tax tu seratus lebih RM sahaja!
Saya terfikir, agaknya Allah swt nak tunjukkan pada saya bahawa wang memang tak pernah cukup pada si kaya atau si tak sekaya, sebab itu kita kena berhemah sendiri bila ada wang.
Dan dalam dunia perniagaan, saya lihat sendiri bagaimana banyak yang jadi kaya, hidup hancur. Bila sama sama susah dengan isteri, hidup bahagia, aman dan tenteram.
Kaya sahaja, segalanya musnah. Rumah tangga hancur, anak anak entah jadi apa, isteri merana kerana suami tiba tiba telah tukar selera kerana statusnya bertukar. Dia lupa dulu sama sama sepak kertas dengan isternya!!
Jadi saudara, kita jangan heranlah tengok orang kaya. Ramai yang tak tahan diduga bila Kaya. Its hard to manage your success. Harder then to be successful itself!
I think we should be thankful for all the blessings Allah swt pour upon us. And live a moderate life!! Its the best.
salam... selamat aidilfitri 2008
Assalamualaikum Saudara Azlan,
Selamat Hari Raya AidilFitri buat Saudara Azlan Sekeluarga, Maaf Zahir Batin.
Post a Comment