Saturday, September 15, 2012

"Jom Balik! Jom Balik!" - Jerit ADUN DAP Sekinchan Ng Sue Lim Bila Gagal Malukan Noh Omar


ADUN DAP Sekinchan Ng Sue Lim pernah memberi label kepada Menteri Pertanian & Asas Tani DS Noh Omar sebagai gangster.

Siang tadi, Ng Sue Lim, calon AMK PKR yang tewas Chegu Bard dan Ketua Cabang PKR Tanjung Karang Yahya Saari cuba membuat provokasi terhadap Noh.

Mereka telah mendalangi demontrasi dan pada masa yang sama berhasrat menghantar memo daripada pengusaha-pengusaha burung walit seluruh Selangor kepada Menteri Pertanian.

Hasrat untuk memalukan Noh gagal, bila beliau terus respons terhadap kandungan memo berkenaan.

Aksi Menantu Ketua Pembangkang DUN Selangor


Aksi menantu Satim Diman (Ketua Pembangkang Selangor) dalam membantu penjanaan kemenangan Selangor 2-0 keatas Sarawak dan seterusnya mengesahkan laluan ke suku akhir Piala Malaysia 2012 malam tadi, bikin Presiden FAS Khalid Ibrahim serba salah.

Samada nak puji atau nak keji?

Rasanya yang lebih afdal ialah puji, sebab misi Selangor yang lebih utama dari politik.

Begitulah juga dengan bab air Selangor. Adalah lebih afdal bagi Khalid mengutamakan air terawat untuk rakyat Selangor berbanding bab ego politik PKR. Setuju sahajalah dengan pembinaan Empangan Langat 2.

Friday, September 14, 2012

Imbas Kembali 4 Tahun Dulu - Detik-Detik Kegagalan Anwar Ibrahim


Lusa 16 September adalah Hari Malaysia.

Bagi Anwar Ibrahim tarikh tersebut adalah hari kegagalan bagi dirinya.

Bagi rakyat Malaysia, disamping mengenang hari tertubuhnya Malaysia, ia juga hari mengenang 'pembohongan Anwar'.

Di bawah, diperturunkan kenyataan akhbar Anwar yang berlangsung 16 September 2008:-

Hari ini rakyat Malaysia menyambut Hari Malaysia- hari di mana negara kita menjadi satu dan rakyatnya bersatu. Hari ini mempunyai makna baru. Selepas bertahun berjuang, melawan sistem yang dilanda dan mengabaikan prinsip keadilan- kita sekarang berada diambang kemenangan. Hasrat kita untuk membina semula negara dan menyatu padukan rakyat Malaysia sebagaimana yang dicita-citakan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan sudah semakin dekat.
Keadaan ekonomi yang merudum jatuh dengan kadar pengangguran dan inflasi yang tinggi telah menyebabkan rasa tidak puas hati rakyat yang meluap-luap. Hubungan antara kaum menjadi tegang, diburukkan lagi dengan propaganda oleh media yang dikawal oleh kerajaan. Pentadbiran sekarang gagal untuk menawarkan jawapan buat negara kita keluar dari kedudukan sukar ini.
Pakatan Rakyat yakin dapat menyelamatkan Malaysia dari masalah ekonomi dan politik berbaur perkauman. Kami akan melaksanakannya secara bertanggungajwab, menuruti prinsip undang-undang dan tidak akan sama sekali menjejaskan keselamatan dan kestabilan negara dan rakyat negara ini.
Pakatan Rakyat kini memiliki majoriti yang selesa untuk membentuk sebuah kerajaan baru yang stabil. Kerajaan baru yang mencerminkan masyarakat Malaysia yang majmuk.
Jesteru itu kami ingin duduk semeja dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk melaksanakan peralihan kuasa secara bertanggungjawab, lancar dan aman. Hasrat ini telah kami sampaikan kepada Perdana Menteri melalui surat yang dikirimkan jam 2.30 petang semalam.
Dengan mandat ini kami bertekad untuk melaksanakan peralihan kuasa yang aman. Kami tidak ingin berulangnya peristiwa yang berlaku sewaktu mengambil alih kuasa di negeri Perak dan Selangor, di mana dokumen milik kerajaan negeri di lupuskan oleh pentadbiran terdahulu.
Kami mengingatkan kepada elemen radikal di dalam Barisan Nasional agar tidak menyalahgunakan kuasa serta menahan para penyokong Pakatan Rakyat. Penyiasatan yang dibuat secara tergesa-gesa oleh BPR terhadap Dato Seri Yong Teck Lee selepas mengumumkan akan membuat undi tidak percaya terhadap Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi merupakan di antara taktik yang kita tolak. Penggunaan ISA terhadap Ahli Parlimen Teresa Kok merupakan contoh untuk menghalang perubahan dengan tidak mengikut lunas-lunas perundangan. 
Jesteru itu kami ingin duduk semeja dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk melaksanakan peralihan kuasa secara bertanggungjawab, lancar dan aman. Hasrat ini telah kami sampaikan kepada Perdana Menteri melalui surat yang dikirimkan jam 2.30 petang semalam dan kami menuntut beliau memberi perhatian terhadap beberapa perkara seperti berikut :
1) Agar Barisan Nasional tidak menghalang ahli parlimennya dari bertindak menurut suara hati mereka, hak yang dijamin undang-undang serta keputusan yang mereka buat tanpa paksaan.
2) BN tidak boleh menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk menahan ahli parlimen yang berhasrat untuk menyertai Pakatan Rakyat atau ahli parlimen Pakatan Rakyat yang berjumlah 82 itu.
3) Kerajaan BN tidak seharusnya menggunakan kuasa darurat, kuasa polis, atau menggantung perlembagaan mahupun membubarkan parlimen di dalam usaha mereka untuk menghalang Pakatan Rakyat dari berkuasa.
4) Dan Kerajaan Barisan Nasional tidak membuat sekatan jalan raya dan menghalang ahli parlimen, dari memasuki parlimen dan juga institusi-institusi kerajaan lainnya. 
Kami yakin Perdana Menteri berkongsi keperihatinan yang sama terutamanya berkenaan kebajikan rakyat dan keselamatan negara. Kami percaya beliau akan memastikan Barisan Nasional bertindak mengikut perlembagaan dan prinsip-prinsip demokratik demi memastikan peralihan kuasa yang aman, serta tiada tindakan sabotaj untuk menghalang hasrat rakyat ataupun menggunakan retorik berbaur perkauman.
Kami menyeru masyarakat di semua lapisan agar memahami hasrat kami semata-mata untuk kebaikan negara ini. Saya juga ingin mengingatkan media massa jangan lagi berada di dalam penafian dengan meneruskan propaganda bahawa kami berbohong. Kita sekarang berada dalam era baru maka saya menyeru media massa meninggalkan tabiat lama dan mengambil iltizam untuk meningkatkan professionalisme kewartawanan.
Selepas pertemuan dengan Perdana Menteri, kami berhasrat untuk meneruskan gerak kerja kami sebagaimana yang digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan di dalam kami membentuk kerajaan baru dengan perkenan Yang Di-Pertuan Agong.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang/Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat



Khusus kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat semua peringkat, diucapkan selamat menyambut hari penipuan Anwar Ibrahim.

Anwar Meransang Wanita PKR Di Shah Alam


Anwar Ibrahim semakin tidak punya masa.

Nafsunya untuk menjadi PM semakin meluap-luap.

Semalam, Keadilan Daily melaporkan  meransang wanita PKR supaya bekerja lebih gigih untuk meraih sokongan di desa.


Anwar sedar bahawa, dipihak lawan, (khususnya UMNO) wanita menjadi tulang belakang kepada kekuatan mereka.

Thursday, September 13, 2012

Aksi Abby Tergedik-gedik Cari Orang UMNO - Orang PAS Tak Ada Oomph Kot?


Bagi Abby orang PAS tak ada oomph.

Dalam majlis hiburan ala-PAS pun, masih tergedik-gedik nak cari orang UMNO.

Abby juga dah declare tak mau jadi bini nombor 2 orang PAS!


Ustaja Abby Punya Pasal, Ceramah Politik PAS Dah Jadi Macam Program 'Melodi' TV3


Rupanya majlis-majlis PAS sekarang dah jadi ruang untuk populariti artis-artis yang mula tenggelam.

Ada majlis soal jawab berkenaan peribadi, seperti dalam 'Melodi' di TV3.

Kalau tak percaya, tonton video di bawah.

Panggilan Menggoda Dari 07-8931456 Untuk Anwar Ibrahim


Sebenarnya kalaulah ada mana-mana pihak yang nak bunuh Anwar dah lama dia mati.

Berpeleseran tanpa escort, sudah cukup untuk mendedahkan dirinya dalam bahaya. Tapi mengapa pula dia tidak ditembak?

Hakikatnya, tiada siapa nak bunuh Anwar. Tapi kalau nak ludah, itu pasti!

Anwar begitu teringin kawalan polis terhadap dirinya. Kalau ramai polis, apatah lagi yang beruniform, Anwar rasa gah dan untuk psiko orang awam, yang kononnya dirinya adalah penting.

Untuk tujuan itu, maka direka cerita kononnya ada panggilan ancaman dari 03-8931456.