Monday, September 2, 2013

Anak Sahkan Nik Aziz Hadapi Masalah Sukar Buang Air Kecil


Sudah lama kita tidak mendengar khabar berkenaan Mursyidul Am PAS TG Nik Aziz.

Malah kedengaran khabar angin mengatakan tahap kesihatannya lebih kronik berbanding dengan bekas MB Kedah Ustaz Azizan.

Walau bagai mana pun Nik Abduh  mengesahkan Nik Aziz menghadapi masalah sukar membuang air kecil, tetapi telah keluar hospital minggu lepas.

Budak Perempuan Ini Belum Kenal Erti Roket Sebenarnya


Budak perempuan di atas bernama Dyana Sofya Mohd Daud dan merupakan Setia Usaha Politik kepada pemimpin DAP Lim Kit Siang.

Dalam wawancara dengan Malaysikini, yang turut disiarkan di blog Lim Kit Siang, Dyana meluahkan kekecewaan terhadap UiTM, IPT yang dia memperolehi ijazah undang-undang kerana menghadkan kemasukan hanya untuk Melayu dan Bumiputera sahaja.

Dyana nyata tidak tahu asal-usul UiTM bahkan tidak tahu betapa susahnya anak-anak Melayu sebelum merdeka hingga ketahun 70an untuk mendapatkan pendidikan.

Ketika itu sekolah-sekolah menengah hanya terdapat di kawasan-kawasan bandar. Apatah lagi bagi anak-anak Melayu dari kawasan luar bandar terpaksa berulang-alik berpuluh km setiap hari, samada menaiki bas malah ada yang berbasikal.

Cuba tanyakan pada orang UMNO yang menyertai DAP, Aspan Alias dan Arif Sabri berapa jarak kampung masing dengan sekolah menengah aliran Inggeris yang paling berdekatan? Paling tidak, jawapannya pasti berbelas km. Maka tidak hairanlah ketika itu ramai anak Melayu yang tidak melanjutkan ke sekolah menengah.

Pada masa yang sama, Dyana tidak pula mempertikaikan kewujudan saingan UiTM iaitu Kolej Tunku Abdul Rahman yang mendapat bantuan kerajaan, tetapi asalnya adalah untuk anak-anak Cina melanjutkan pelajaran. Bahkan Dyana tidak tahu betapa gaji permulaan yang diterima oleh anak Cina yang sekadar punya diploma kolej berkenaan, adalah mengatasi gaji permulaan anak Melayu yang memegang ijazah jika bekerja di syarikat-syarikat milik tauke Cina. Ini bukan kenyataan rasis, tetapi adalah hakikat yang pernah dialami oleh anak-anak Melayu.

Sepatutnya tidak apa yang patut dipertikaikan terhadap kewujudan UiTM yang khusus untuk Melayu dan Bumiputera. Seharusnya kekalkan dengan sistem yang ada.

Sedangkan pendidikan peringkat rendah melalui Sekolah Kebangsaan yang jauh lebih murah yurannya pun orang Cina lebih memilih Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan, masakan pula mereka akan memilih UiTM.

Sesungguh budak perempuan bernama Dyana ini belum kenal erti roket sebenarnya.

Sunday, September 1, 2013

Husam Musa - From Hero To Zero


Apabila Husam Musa tidak lagi terlibat secara lansung dalam pentadbiran kerajaan negeri Kelantan, idea-ideanya telah dipinggirkan oleh pentadbiran baru yang bukan lagi diketuai oleh TG Nik Aziz.

Dengan terkeluarnya Husam dari anggota pentadbiran negeri Kelantan, maka dengan sendirinya memahatkan namanya sebagai pakar 'pecah tanah dan letak batu asas' di negeri berkenaan.

Imej asal 1peluru.com

Husam yang kini tidak lagi duduk sebagai anggota exco kerajaan negeri, berasa amat kecewa apabila ideanya untuk membina Lebuhraya Kota Bharu - Kuala Kerai telah tidak diberi keutamaan oleh pentadbiran baru negeri Kelantan.

Bagi menampung kos pembinaan lebuhraya berkenaan, Husam tampil dengan cadangan mencagarkan kawasan perlombongan besi seluas 3,000 hektar dengan nilai RM2.5 bilion kepada kontraktor.


Idea mencagarkan kawasan perlombongan besi ini, dilihat sebagai cadangan tidak cerdik oleh pentadbiran baru Kelantan.

Pada saya, pentadbiran baru Kelantan tidak mahu kelihatan begitu bodoh dengan menuruti cadangan Husam itu, yang memaksa kerajaan negeri bergolok bergadai semata-mata untuk membina lebuhraya sepanjang 73km dengan RM1.8 bilion.

Tentunya kerajaan negeri terpaksa memilih keutamaan, lantas menolak idea asal Husam, meskipun ia telah pun dipersetujui semasa dibawah teraju Nik Aziz, apatah lagi wujudnya Lembaga Lebuhraya Malaysia yang bertanggungjawab untuk tujuan tersebut.

Lantaran itu, mungkin demi mengelakkan 'riak' Husam, maka pentadbiran baru Kelantan membekukan pembinaan lebuhraya berkenaan.

Akhirnya bagi Husam adalah 'from hero to zero', walau pun berjawatan Naib Presiden PAS diperingkat pusat.

Saturday, August 31, 2013

Andai Kata Anwar Ibrahim Ambil Tempat Tunku Abdul Rahman Pada 31 Ogos 1957, Gerenti Tiada Laungan Azan Sejurus Baca Pemasyhuran Kemerdekaan


Mungkin Allah hendak menduga kita untuk mempertahankan apa yang berlaku keatas pergolakan dan keberantakan dalam politik pada hari ini.

Sejarah tidak pernah berbohong dan mujurlah detik-detik permasyhuran negara telah dirakam dan dapat ditonton hingga kehari ini.


Elemen-elemen utama pada detik bersejarah tersebut ialah;

  • Negara ini diisytihar dengan nama Persekutuan Tanah Melayu (untuk memudahkan sebutan bagi bukan Melayu maka disebut Malaya)
  • Berkumandangnya 'Negaraku' dengan frasa keramat 'Tanah Tumpahnya Darahku'
  • Laungan azan (yang mungkin tidak akan didengar kalau Anwar dengan sekutunya Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Hadi Awang yang mengetuai kemerdekaan Malaysia)
  • Bacaan doa (kandungan penuh boleh baca SINI)
Sesungguhnya Allah telah takdirkan Tunku dan bukan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Friday, August 30, 2013

Anwar Tak Putus Asa - Setelah Najib Enggan Perjumpaan Tertutup, Kini Tawar Perjumpaan Terbuka


Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim kini mengambil kaedah kelembutan lidahnya untuk memujuk PM DS Najib Razak bagi memberinya peluang memainkan peranan dalam kerajaan.

Setelah didedahkan yang Anwar telah memohon bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla menjadi perantara untuk rundingan dengan Najib, yang akhirnya ditolak oleh Najib (Baca SINI), sempena hari kemerdekaan Anwar menawar dialog terbuka antara PR dengan kerajaan BN.


Anwar meletakkan isu-isu agama, jenayah, ekonomi dan pentadbiran sebagai asas pebincangan antara kedua-dua belah pihak, tanpa membincangkan soal kerajaan perpaduan.

Namun begitu blog Akar Umbi ingin mempersoalkan kewajaran 'perundingan' yang ditawarkan oeh Anwar, walhal kita mempunyai parlimen yang boleh menjadi forum untuk menegur dengan berhemah, disamping melontarkan pandangan oleh kedua-dua belah pihak demi kemakmuran dan kesejahteraan negara.

Adalah dihuatiri, rundingan tersebut hanya menjadi agenda tanpa keputusan dan tindakan.

Cadangan oleh Anwar ini mengesahkan cerita yang mengatakan beliau menggunakan Jusuf Kalla dengan tawaran kerajaan perpaduan dengan terma yang berikut:-

1) Anwar akan memecat Khalid Ibrahim dan Najib boleh memilih individu pilihannya untuk mengetuai Selangor.
2) Anwar dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
3) Empat orang ahli parlimen PKR dilantik sebagai menteri.

Seperkara lagi, kini telah timbul cerita yang tidak dapat dipastikan kesahihannya yang khabarnya anak lelaki seorang pemimpin komponen PR telah memohon untuk bertemu Najib.

Mungkinkah, lantaran itu Anwar tampil dengan tawaran sempena 'Hari Kemerdekaan' kepada Najib?

Wednesday, August 28, 2013

Skuad Khalid Ibrahim Disyaki Rasuah - Slip Pertaruhan Sime Darby 3 - Selangor 0 Ditemui


Jawatan Presiden FAS disandang oleh MB Selangor TS Khalid Ibrahim. Kini desas-desus tersebar yang mengaitkan organisasi pimpinan Khalid dengan bibit-bibit rasuah.

Blog Keris Putera mendedahkan slip pertaruhan di bawah.

Monday, August 26, 2013

Lawatan Anwar Ibrahim Ke Kelantan Disambut Dengan Siaran Artikel Kerajaan Perpaduan UMNO-PAS Oleh Harakah Daily


Khabarnya Ketua Umum PKR DS Anwar Ibrahim sedang berada di Kelantan.

Menurut blog Gelagat Anwar, disamping bertujuan menyelesaikan masalah hubungan PKR-PAS di Kelantan, kunjungan pemimpin utama PKR itu turut bersama misi untuk memperbaiki Kerajaan Negeri Kelantan.

Namun begitu, lidah rasmi PAS Harakah Daily bagai menyambut Anwar dengan artikel yang menyatakan perihal bekas pemimpin PKR yang begitu mengimpikan Kerajaan Perpaduan UMNO-PAS yang tersiar dalam portal berkenaan. (Klik SINI)


(P/S - Screen capture dibuat kerana khuatir Harakah Daily menarik balik artikel berkenaan)